Korang perasan tak, Rorouni Kenshin yang jadi live-action anime Samurai X dicipta dari kisah benar. Apa yang lagi menarik, ia diinspirasi dari watak Himura Kenshin bernama Kawakami Gensai.
Latarbelakang tahun 1878 M itu merupakan tahun ke-11 era Meiji di Jepun. Reformasi Meiji digerakkan dengan agresif. Sistem feudal dan samurai mula dimansuhkan dan ia mengundang pemberontakan rakyat.
Himura Kenshin bermaksud samurai yang bebas mengembara dan melindungi orang yang tak bersalah daripada keganasan. Dia juga bersumpah tak ambil nyawa orang?
Betul ke dengan kisah sebenar?
Watak asli iaitu Kawakami Gensai taklah sesempurna itu. Dia pernah membunuh seorang sarjana bernama Sakuma Shozan sebab lelaki ini cuba untuk membuka hubungan dagang dengan barat. Dia juga pernah dipenjarakan dan selepas bebas, ditangkap lagi sebab membantu para pemberontak kepada shogunate.
Gansai sangat berdisiplin. Ada masa lapang je dia akan berlatih pedang. Samurai ni sangat ditakuti dengan kepantasan pedangnya yang mengambil nyawa lawan tanpa sempat disedari.
Tak seperti watak Samurai X, Gansai tak pernah mengembara untuk melindungi nyawa orang awam. Kematiannya pun kerana dihukum bunuh oleh kerajaan Meiji.
Walaupun kisah benar Kawakami Gansai tak terlalu heroic, ia telah berjaya mengilhami cerita Ruroini Kenshin yang berjaya menggambarkan polemik samurai dengan reformasi Meiji. Inilah pergeseran di antara tradisional dengan modenisasi. Sejarah telah mencatat, zaman samurai berakhir di masa kehidupan Gansai.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Ruroini Kenshin dah ada live-action yang best. Korang kena tahu latarbelakang Jepun zaman tu baru lagi syok. Bacalah KITAB TAMADUN JEPUN nak bagi mudah faham. Klik https://bit.ly/3nD5c1g




No comments yet