Semua maklum ketika ini, kes Covid-19 di Malaysia semakin bertambah dengan catatan kes pada 29 April lalu menyaksikan negara merekodkan lebih 3,300 kes. Sekiranya keadaan ini berterusan, Kementerian Kesihatan memberi amaran ia boleh saja mencecah 5,000 kes. Dan melihat kepada apa yang berlaku di India hari ini, maka ini sesuatu yang kita harus jadikan sebagai iktibar.
Kes jangkitan Covid-19 di India kini mencatatkan lebih 300,000 kes sehari dengan lebih 3,000 kes kema.ti.an dilaporkan setiap hari. Hospital-hospital di seluruh negara itu sudah tidak mampu menampung pertambahan bilangan pesakit sehingga terpaksa menolak mana-mana pesakit yang cuba mendaftar masuk. Selain itu, bekalan oksigen diperlukan untuk pesakit-pesakit Covid-19 semakin berkurangan sehingga memaksa sesetengah beralih kepada pasaran gelap untuk mendapatkannya.
Ya, memang benar kemunculan varian baru Covid-19 yang lebih mudah berjangkit menjadi pencetus gelombang kedua pandemik di India. Tetapi hakikatnya, pengisytiharan ‘kemenangan’ pra-matang yang dibuat kerajaan Narendra Modi pada September tahun lepas sebagai pencetus gelombang kedua Covid-19. Mereka menyangka selepas berjaya menempuh gelombang pertama pada 2020, imuniti berkelompok sudah dicapai sekaligus membuka jalan kepada kehidupan normal pra-pandemik.
Ya, mungkin ramai menggaru kepala dengan dakwaan ini yang dikemukakan oleh Modi kepada rakyat India pada tahun lepas. Tetapi dakwaan mengarut ini disokong dengan model kajian kes Covid-19 di India yang menunjukkan imuniti berkelompok tercapai. Dakwaan ini bukan sekadar dijaja di jurnal-jurnal penyelidikan, malah dalam kolum-kolum akhbar tempatan.
Selain itu, figura-figura terkemuka terutama ahli politik berterusan menjaja bilangan jangkitan dan kadar kema.ti.an yang rendah sebagai bukti kejayaan India menangani Covid-19. Mereka memberi gambaran bahawa orang India mempunyai ciri istimewa yang membantu mereka kebal daripada jangkitan. Bagi pakar virulogi dari Universiti Ashoka, Shahid Jameel, anggapan sebegitu mengarut semata-mata dan terbukti sudah memakan diri.
Bagi K Srinath Reddy, Presiden Yayasan Kesihatan Awam India, beliau memahami mengapa ahli-ahli politik berusaha menjaja naratif ini kepada rakyat jelata. Sebelum pandemik Covid-19 melanda, India berdepan situasi kemelesetan ekonomi dan baru saja hendak bangkit semula. Selain itu, pemimpin-pemimpin sektor perniagaan turut menggesa sektor-sektor ekonomi dibuka semula lantaran mereka menanggung kerugian besar menutup operasi semasa PKP dilaksanakan di India.
Dengan bilangan kes semakin berkurangan pada Februari tahun ini, kehidupan dilihat kembali seperti pra-pandemik. Pertandingan sukan dihadiri ribuan penonton, pusat-pusat beli-belah dibanjiri pengunjung dan aktiviti perkumpulan ramai dibenarkan termasuk perhimpunan-perhimpunan politik dan keagamaan.
Walaupun jawatankuasa parlimen India memberi amaran bilangan katil di hospital tidak akan mencukupi sekiranya berlaku gelombang Covid-19 yang seterusnya, ia langsung tidak diendahkan oleh Modi. Hospital-hospital sementara dirobohkan termasuk empat buah hospital sementara di New Delhi dan hospital sementara dengan kapasiti 800 buah katil di Pune.
Selain itu, aktiviti perhimpunan terus giat dijalankan di sebalik amaran ia boleh menjadi pencetus pandemik. Salah satu daripadanya yang diluluskan kerajaan ialah festival keagamaan Kumbh Mela di Haridwar, Uttarakhand. Ketua Menteri Tirath Singh Rawat menggalakkan ramai orang untuk hadir sambil menambah, “Tiada siapa yang akan dihalang di bawah nama Co3vid-19 kerana kami pasti keyakinan kepada Tuhan akan mengatasi ketakutan kepada virus ini.”
Sejak itu, Uttarakhand mencatat pertambahan kes mendadak sebanyak 1,800% dalam tempoh 25 hari. Dan ironinya, antara individu yang disahkan positif Covid-19 ialah Singh Rawat sendiri. Sementara di West Bengal pula, kempen-kempen pilihan raya negeri dinyatakan sebagai punca peningkatan kes Covid-19 paling tinggi di India. Pada Khamis lepas, proses pengundian dijalankan di sebalik peningkatan kes.
Dan kini, harga yang dibayar akibat kebebasan palsu ini ialah peningkatan kadar kema.ti.an yang tinggi terutama dalam kalangan generasi muda. Menurut Dr Amit Thadhani, pengarah hospital Niramaya di Mumbai, varian baru ini dilihat lebih ag.re.sif dengan kebanyakan mangsanya ialah orang muda. Tambahnya, kebanyakan kes yang dimasukkan ke hospital ialah individu muda yang menderita simptom-simptom Covid-19 yang kritikal.
Tetapi yang paling memilukan ialah melihat ramai orang di atas pengusung yang menunggu giliran untuk dibawa masuk ke hospital. Bagi yang bernasib baik, mereka boleh menunggu sambil menggunakan tangki oksigen yang dibeli sendiri. Tetapi bagi yang tidak bernasib baik, maka tempat letak kereta hospital menjadi tempat untuk mereka menghembuskan nafas terakhir.
Bagi Dr Jalil Parkar dari Hospital Lilavati, beliau mengakui sistem kesihatan awam India kini di ambang keruntuhan. Mereka bukan saja berdepan kekurangan pelbagai bahan seperti kit ujian saringan Covid-19, vaksin dan tangki oksigen. Malah, pihak hospital terpaksa menggunakan semua ruang yang ada termasuk koridor dan ruang bawah tanah sebagai wad pesakit Covid-19.
Dan bukan rakyat biasa saja yang berdepan masalah sebegini. Hatta, pemimpin kerajaan juga turut bergelut mendapatkan katil rawatan untuk ahli keluarga mereka seperti dihadapi Vijay Singh Kumar. Singh Kumar merupakan Ahli Parlimen Uttar Pradesh dan Menteri Pengangkutan India. Dalam satu ciapannya di Twitter, beliau merayu agar abangnya ditempatkan di hospital untuk rawatan Covid-19.
Berikutan bilangan kes Covid-19 yang tinggi, usah terkejut ada negeri cuba menyorokkan kadar kema.ti.an mereka dalam laporan rasmi Covid-19. Antara negeri yang dituduh terlibat dalam perkara ini ialah Gujerat dan Uttar Pradesh dengan bilangan ma.y.at yang disimpan di rumah ma.y.at mengatasi angka rasmi kema.ti.an. Dengan lambakan ma.y.at sebegitu rupa, penggali kubur dan rumah-rumah pengebumian berdepan tugas sukar menguruskan pengebumian dan pemba.ka.ran ma.y.at.
Contoh mudah, kemudahan pemba.ka.ran ma.y.at Nigambodh Ghat di Delhi melaporkan mereka sudah kehabisan ruang untuk melaksanakan pemba.ka.ran ma.y.at walaupun telah menyediakan 60 tempat pemba.ka.ran. Manakala saban hari, penggali-penggali kubur menggali kubur baru setiap hari untuk mengebumikan ma.y.at yang baru tiba dari rumah ma.y.at.
Kini, kerajaan-kerajaan negeri di Delhi dan Mumbai berlumba-lumba membina semula hospital-hospital sementara selepas dirobohkan berbulan-bulan sebelumnya. Dan kerajaan pusat turut mengumumkan mana-mana individu berusia 18 tahun ke atas layak mendapat vaksin bermula 1 Mei ini. Bagaimanapun, India masih berdepan isu kekurangan vaksin yang masih belum diselesaikan.
Di samping itu, India turut mengeluarkan perintah semua oksigen untuk kegunaan perindustrian dialihkan untuk kegunaan perubatan. Malah, gerabak-gerabak keretapi turut diubahsuai sebagai wad-wad tambahan pesakit Covid-19.
Bagaimanapun, apa yang dilakukan Modi ibarat nasi sudah menjadi bubur. Bagi Dr Thandani, perkara ini sepatutnya disedari kerajaan sejak pertengahan tahun lepas tetapi mereka seolah-olah duduk dalam dunia mereka sendiri dan memandang enteng kesan pandemik Covid-19. Dan beliau percaya gelombang kedua ini belum sampai ke puncaknya sekaligus menyaksikan ramai orang akan menderita untuk bulan-bulan seterusnya.
RUJUKAN:
Ellis-Petersen, H dan Sartaj Alam, M. (2021). ‘The system has collapsed’: India’s descent into Covid he.ll. The Guardian.
Safi, M. (2021). ‘We are not special’: how triumphalism led India to Covid-19 dis.as.ter. The Guardian.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih