Perjanjian Hudaibiyah dianggap satu detik penting bagi Rasulullah s.a.w dan Negara Islam Madinah (NIM). Ini kerana menerusi perjanjian itu, NIM bukan saja diiktiraf sebagai sebuah negara oleh musyrikin Quraisy Makkah. Tetapi pada masa sama, ia turut membenarkan NIM memburu mana-mana pihak yang mengαncαm keselamatan Madinah termasuk Khaibar yang diduduki orang Yahudi. Namun begitu, di kota inilah Rasulullah s.a.w hampir dirαcυn oleh seorang wanita.

Secara ringkas, Pertempurαn Khaibar tercetus pada tahun ketujuh Hijrah atau Mac/April 628 Masihi. Di atas kertas, bilangan tεntεrα NIM hanya sekitar 1,600 orang jika dibandingkan pihak Yahudi sekitar 10,000 orang. Ditambah dengan kekuatan sekutu mereka Bani Ghatafan seramai 4,000 orang, ini menjadikan mereka terlalu yakin. Lantas, ini mendorong kepimpinan Yahudi Khaibar mengarahkan kubu-kubu dijaga secara berasingan daripada dijaga secara bersama.

Tanpa pihak Khaibar sedar, bilangan 1,600 orang tenterα ini membantu pihak NIM mara dengan pantas dan senyap ke Khaibar. Justeru, sebaik saja mereka mengetahui kehadiran pihak NIM, pihak Yahudi terus panik. Ini ditambah dengan kegagalan Bani Ghatafan datang membantu turut menambah rasa cemas mereka. Selain itu, tindakan mereka yang membenarkan kubu-kubu dikawal secara berasingan turut membawa kepada kejatuhan kubu-kubu Khaibar satu persatu.

Tinggalan kubu al-Qamus di Khaibar. Sumber: Hardscarf/CC BY-SA 4.0

Ini termasuk kubu al-Qamus yang dikawal oleh seorang pαhlαwαn bernama Marhab. Marhab kemudiannya mati dibunuh oleh Ali bin Abi Talib r.a atau Muhammad bin Maslamah r.a. Selepas kubu-kubu ini jatuh, Khaibar berada di bawah kawalan NIM. Pertempuran Khaibar menyaksikan 20 orang tεntεrα NIM gugur dengan 93 tentera Khaibar mαtι.

Sebelum itu, kami cadangkan korang dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM. Sesetengah pihak sentiasa melabel orang Islam sebagai mundur dan lemah. Tetapi mereka terlupa kebanyakan kemajuan dan teknologi berasaskan sumbangan para cendekiawan Zaman Keemasan Islam. Nak elak terpedaya dengan auta sebegini, dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Islam.-i.238336777.5538250581

Salah seorang yang terbunuh di pihak Khaibar ialah seorang pembesar mereka dari Bani Nadhir, Salam bin Mishkam. Beliau memang diketahui memang memusuhi NIM dan Rasulullah s.a.w termasuk memberi maklumat tentang kelemahan Madinah kepada Abu Sufian (Ghazwah as-Sawiq) dan rundingan membentuk pakatan anti-NIM (Pertempuran Khandak). Apabila Pertempuran Khaibar tercetus, Salam juga turun melawan pihak NIM tetapi mαti terbυnυh.

Kemαtιαn beliau menyebabkan isterinya Zainab bin al-Harith merasa sedih dan marah. Lantas, dia mahu membυnυh Rasulullah s.a.w sebagai membalas dendαm terhadap apa yang berlaku kepada Salam dan Khaibar. Caranya ialah dengan meletakkan rαcυn pada daging panggang yang disediakan khas untuk baginda.

Sebaik melihat daging panggang yang disediakan Zainab, Rasulullah s.a.w dan para sahabat merasa gembira. Mereka ketika itu sedang sibuk merundingkan syarat-syarat penyerahan kalah Khaibar terhadap NIM. Dengan perut rasa lapar, ia merupakan makanan terbaik pihak NIM untuk mengisi perut sebelum menyambung semula rundingan.

Rasulullah s.a.w dan beberapa orang sahabat mengambil beberapa ketul potongan daging untuk makan. Baginda baru mengunyah daging sekali tetapi tidak menelannya dan memuntahkan daging tersebut. Malangnya, seorang sahabat bernama Bisyr bin Barra r.a telah menelannya sekaligus menjadi punca kemαtιαnnya.

Lantas, Rasulullah s.a.w memanggil Zainab dan bertanya sama ada dia meletak rαcυn pada daging itu atau tidak. Zainab mengesahkan itu perbuatannya sebelum bertanya siapa yang memberitahu baginda tentang rαcun tersebut. Baginda bersabda, “Daging itu yang memberitahu aku bahawa ia merupakan daging berαcun.”

Bila ditanya motifnya meletakkan rαcυn pada daging tersebut, Zainab mengakui ia sebagai tindakan balas dendam selepas apa yang dilakukan NIM terhadap orang-orang yang disayanginya. Dia juga mengakui jika Rasulullah s.a.w seorang rasul, sudah pasti daging tersebut akan memberitahunya. Lantas, baginda memberitahu Allah melindungi baginda daripada semua cubaan bυnυh.

Selepas pulang dari Khaibar, Rasulullah s.a.w menjalani rawatan bekam bagi memulihkan semula kesihatannya. Walaupun baginda dirαcυn, ia sedikit pun tidak menafikan hakikat bahawa NIM kini merupakan kuasa baru yang digeruni di Tanah Arab pasca-Khaibar. 18 bulan selepas itu, Makkah jatuh ke tangan NIM sekaligus merealisasikan impian Rasulullah s.a.w melihat Islam bersinar di tanah kelahirannya itu.


Kami mempunyai banyak buku – fiksyen dan bukan fiksyen – yang tersedia untuk dinikmati kalian. Buku-buku kami boleh dibeli di https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2018, 15 Disember). IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-317: PERISTIWA RASULULLAH SAW (ditapiskan).

Tejomukti, R.A. (2021, 7 Oktober). Rasulullah SAW Selamat dari Hidangan Kambing yang (ditapis). Republika.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply