Memiliki rumah merupakan suatu keperluan buat semua orang. Rumah secara asasnya boleh didefinisikan sebagai tempat berlindung dari basah hujan dan panas matahari. Namun dalam dekad yang semakin mencabar ini, disebabkan permintaan yang tinggi daripada populasi dunia yang semakin meningkat, kadar faedah yang tinggi dan harga bekalan mentah seperti besi, batu, simen, pasir dan keluli semakin mahal telah menyukarkan seseorang yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri.

Keadaan ini semakin dirasai di sebuah wilayah autonomi China bernama Hong Kong. Kadar pemilikan rumah di wilayah ini sangat rendah iaitu sekitar 46.82 peratus (2021). Malah jika dibandingkan di Malaysia iaitu pada kadar 76.9 peratus(2021) menunjukkan perbezaan hampir sekali ganda. Keadaan ini semakin membimbangkan kerana indeks harga rumah semakin meningkat dari tahun ke tahun dan menjejaskan peluang memiliki rumah terutamanya golongan muda. Malah masih wujud golongan warga emas di Hong Kong yang masih belum mempunyai rumah sehingga hari ini.

Cuba teka sebab utama mengapa Hong Kong mengalami masalah pemilikan rumah ini?

Mungkin ada yang akan kata Hong Kong kekurangan tanah. Manakan tidak, kerana Hong Kong hanya 1.4 kali lebih besar daripada Bandar Raya New York. Ditambah lagi dengan keadaan Hong Kong yang berbukit bukau tentulah akan menyukarkan membina rumah. Tapi maaf jika anda kecewa kerana faktor itu bukanlah penyebab utama masalah pemilkan rumah di Hong Kong. lihat peta di bawah;-

Kalau kita perhatikan peta ni, kita akan nampak sebenarnya masih banyak kawasan yang belum dimajukan di Hong Kong. Maka kalau ikutkan logik, dengan permintaan yang banyak dan sumber yang sedia ada sudah tentulah masalah ini tidak akan timbul. Masalah ini sebenarnya berpunca dari satu perkara iaitu POLISI TANAH HONG KONG.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, semua tanah di Hong Kong adalah milik Kerajaan. Jadi segala urusan jual beli dan hal ehwal pemilikan diuruskan oleh Kerajaan Hong Kong. Wilayah ini juga merupakan kawasan bebas cukai perdagangan. Maka sumber kewangan kerajaan ditampung oleh urusan jual beli tanah kepada syarikat pemaju perumahan.  Kebiasaanya di negara kita pembelian tanah akan mengikut nilai pasaran semasa tetapi di  Hong Kong seratus peratus pembelian tanah menggunakan sistem BIDA. Syarikat asing terutamanya dari tanah besar China akan membida dengan jumlah yang tinggi kerana mahu mendapatkan tanah tersebut walaupun hanya sebesar sekangkang kera. Dahlah bida harga tinggi lepastu ditambah pula dengan bilangan syarikat yang banyak yang turut serta dalam proses pembidaan ini menyebabkan harga semakin mencanak naik. Sebagai contoh pada sekitar 2018 sebuah tanah yang bakal dimajukan sebagai kawasan perumahan telah dijual pada harga 17.3 Billion Hong Kong Dollar (2.2 Billion USD) dan lebih meletupkan minda adalah keluasan tanah ini hanyalah 1.25 ekar. Mantap!!

Maka disebabkan harga tanah yang yahudi , maka terpaksalah rumah yang dibangunkan diatas tanah tersebut dijual pada harga tinggi seperti harga pergi haji balik hari iaitu pada harga 186 ribu meter persegi. Itu harga beli rumah, kalau sewa rumah pula 500 Hong Kong Dollar segimeter persegi. Purata luas rumah di Hong Kong sekitar 13,6 Meter persegi jadi sewa bulanan sekitar 6800 HK Dollar. Namun masalah yang lain pula gaji purata rakyat Hong Kong hanyalah sekitar 2000 USD sahaja.

Maka solusi banyak pihak pemaju telah melaksanakan rumah yang bermodelkan “microhouse”. Tengoklah kat bawah senang, payah nak explain

setiap rumah akan dibahagikan menjadi beberapa sub-rumah yang akan dihuni oleh setiap keluarga. Ruang seperti tandas dan dapur adalah “communal” dimana perlu dikongsi oleh beberapa keluarga. Solusi ini cuma merawat simptom dan bukan puncanya kerana walaupun lebih ramai dapat menyewa rumah, tetapi bayangkan kau perlu duduk dalam satu apartment dengan beberapa keluarga lain dengan setiap orang ada ragam dan pe’el masing-masing. Tapi paling tak boleh tahan part kongsi tandas tulah, tak boleh bayang setiap pagi kena beratur untuk bersiap ke tempat kerja.

Tapi memiliki rumah mikro ini boleh dikatakan cukup beruntung. Untuk golongan yang berpendapatan lebih rendah, mereka akan sewa sangkar. Ya, korang tak silap baca. SANGKAR

Tapi sangkar-sangkar pun harga sewa dekat 1800-2500 HK dollar sebulan tau. HIdup dalam ni lagi sengsara. Dengan padat dipenuhi oleh orang lain, masalah penyebaran penyakit, masalah kutu ddan kekurangan cahaya matahari. Lebih menyedihkan kebanyakan yang tinggal dalam sangkar ini adalah warga emas.

Jadi sesuai dengan perangai Bangsa cina, masalah ni diorang buat niaga, sekarang terdapat beberapa syarikat kecil telah bangunkan perusahaan yang membina model rumah kapsul

 

Tetapi walau apa pun solusinya, selagi Kerajaan Hong Kong tak bina lebih banyak rumah mampu milik seperti PPRT di negara kita, selagi itulah rakyat Hong Kong akan merana dengan Polisi Tanah Hong Kong ini.

Artikel dikirimkan oleh Hazimisan untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply