Persoalan ini mesti hadir di benak pemikiran semua pembaca termasuklah aku, adakah harga minyak semasa RON95 di subsidi oleh kerajaan atau sebaliknya? Berapakah harga pasaran minyak yang telah diproses (refined oil) berbanding dengan harga jualan runcit RON95 di Malaysia?
Artikel berkenaan perkiraan harga minyak RON95 menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) pernah aku tulis secara terperinci pada tahun lepas ketika harga jualan runcit diapungkan mengikut harga pasaran dan ini pautan nya;
Maka untuk menjawab persoalan diatas mari kita sama-sama kira;
Formulanya adalah A + B;
A = Kos produk MOPS95 (Means of Platt Singapore 95)
B = Kos tetap (Alpha + Kos Operasi + Margin Keuntungan Syarikat Minyak + Margin Keuntungan Stesen Minyak)
Kita bermula dengan (B) dahulu, kosnya adalah TETAP sebanyak RM0.3173 seliter apabila dijumlahkan komponen-komponen yang terlibat seperti dibawah;
* Alpha = RM0.05
* Kos operasi = RM0.0954
* Margin Syarikat Minyak = RM0.05
* Margin Stesen Minyak = RM0.1219
Jumlah (A) iaitu kos produk pula dihitung berdasarkan harga pasaran MOPS95 (refined oil) dan kos ini berubah mengikut harga pasaran dan juga tukaran matawang USD ke ringgit. Untuk mengetahui harga pasaran MOPS95 boleh rujuk laman sesawang seperti dibawah;
http://www.cmegroup.com/trading/energy/refined-products/singapore-mogas-95-unleaded-platts-swap-futures.html
Maka untuk pengiraan kos (A) pula;
1. Harga pasaran MOPS95 (refined oil) bertarikh 21 Disember 2018 adalah sebanyak USD60.2 per barrel.
2. Tukarkan barrel kepada liter (1 barrel bersamaan 159 liter) USD60.2 / 159 = USD0.3786 per liter.
3. Tukarkan pula kepada matawang ringgit semasa dan berdasarkan tukaran BNM adalah sebanyak 4.1795 = RM1.58 per liter
4. Kos (A) adalah RM1.58 per liter
Makaa harga pasaran RON95 kos (A) + kos (B) = RM1.58 + RM0.3173 = RM1.8973
Maka jika dibundarkan, harga minyak pasaran RON95 mengikut formula APM diatas adalah sebanyak RM1.90 dan ianya berbeza dengan harga runcit semasa iaitu sebanyak RM2.20 per liter yang tidak berubah semenjak Mac 2018.
Persoalan akan muncul adakah formula ini boleh diguna pakai dan adakah ianya tepat? Untuk menjawab persoalan itu, ini adalah graf formula pengiraan APM perbandingan “harga simulasi vs harga rasmi runcit RON95” pada tahun 2017 ketika harga minyak diapungkan mengikut bulanan dan mingguan;
Perbezaan adalah sebanyak RM0.01 hingga RM0.06 dan ia menunjukkan formula pengiraan Automatic Pricing Mechanism (APM) yang diguna pakai ini hampir tepat untuk dibuat perbandingan.
Untuk pengetahuan subsidi atau cukai minyak sebenarnya bukannya perkara asing kerana dua komponen ini termasuk dalam formula APM yang mula diperkenalkan pada tahun 1983; jika harga pasaran lebih tinggi dari harga runcit bermaksud terdapat komponen subsidi dimaksukkan dan jika sebaliknya bermaksud komponen cukai dimasukkan dalam formula pengiraan APM.
Walau apa pun ianya semua bergantung kepada pembaca untuk membuat penilaian bagi menjawab persoalan adakah harga minyak RON95 disubsidi atau dicukai?
Selamat menilai semua.
Sumber:
1. Ismail Ahmad (Feb 2009). “Setting the retail price for petrol and diesel”. The New Straits Times.
2. Hamzah Zainudin (Feb 2017). “Kerajaan tak dedah formula kiraan harga minyak”. Berita Harian.
3. CME Group. https://www.cmegroup.com/
4. Bank Negara Malaysia. http://www.bnm.gov.my/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih