Sangkaan sebuah hotel di Jepun yang kononnya robot boleh melancarkan lagi kerja, tiba-tiba meleset bila pekerjaan jadi berlipat kali ganda. Apa yang berlaku?
Hotel Henn na di Nagasaki, Jepun menjadi yang terawal menggunakan 243 robot untuk menguruskan kerja hotel. Namun, mereka terpaksa membuang lebih separuh daripadanya, setelah ia menambah lagi pekerjaan untuk manusia!
Robot yang beroperasi, banyak yang rosak. Menyebabkan pasukan jurutera robot kerap dipanggil untuk membaikinya berulang kali. Ingatkan dapat jimat kos, sekali kena tambah kos pulak.
Pengunjung mengadu sebab perangai robot-robot yang menyakitkan hati. Tengah-tengah malam, robot akan datang mengganggu tidur mereka, kerana menyangka bunyi dengkuran adalah sejenis arahan. Kalau tidur pun kena kacau, buat apa tidur hotel kan.
Lain ceritanya di front desk. Robot yang ditugaskan menyambut tetamu, gagal pula menjawab soalan-soalan asas. Para pengunjung hotel terpaksa memanggil staf-staf hotel untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan robot. Ingatkan mengurangkan masalah, rupa-rupanyanya menimbunkan masalah.
Robot yang sepatutnya menggantikan bellboy, bermasalah pula bila gagal membawakan beg-beg yang diberikan. Lagi mudah nak minta bellboy angkat, daripada minta tolong robot. Nampaknya, kekuatan fizikal bukanlah segala-galanya.
Fenomena yang berlaku di hotel Jepun ini menunjukkan bahawa robot dan AI masih belum mampu menggantikan pekerjaan manusia, sekurang-kurangnya untuk masa sekarang. Robot teknologi terkini yang digunakan, masih gagal beradaptasi dengan persekitaran. Ditambah pula tak faham dengan tugas asas yang diperintahkan.
Di sinilah kelebihan manusia. Staf-staf yang digajikan, walaupun tidaklah mempunyai otot besi atau urat dawai, mempunyai sesuatu yang tidak dimiliki robot, iaitu kemampuan belajar sesuatu yang baru lalu beradaptasi. Mungkin, kita tidak perlu terlalu bimbang dengan kebangkitan AI, kerana robot-robot masih punya kekurangan yang belum dapat diselesaikan.
Hotel Henn na mula beroperasi di taman tema Nagasaki’s Huis Ten Bosch pada 2005. Ia bertempat di sebuah kawasan mewah Tokyo dan menarik perhatian ramai pengunjung. Apa alasan sebenar penggunaan robot? Demi menyambut tetamu-tetamu semasa sukan Olympic 2020. Nampak gaya, modus operandi mereka kena dikemaskini semula.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Bagaimana kita boleh sampai ke tahap AI dan robot? Bacalah GENESIS II : SAPIEN & NEO MANUSIA. Klik: https://shp.ee/jdi0h8m




No comments yet