Konflik Ukraine-Rusia adalah konflik yang sedang hangat dibincangkan ketika ini. Konflik ini mendapat perhatian seluruh segmen dunia kerana ia dikatakan adalah “permulaan” kepada Perang Dunia Ketiga. Dunia kini terpecah kepada dua segmen iaitu di antara mereka yang menyokong Amerika Syarikat dan NATO dan juga mereka yang menyokong Rusia.
Kali ini kita akan buat sedikit analisis strategik terhadap latar belakang krisis yang berlaku dan kesannya kepada dunia Arab dan Palestin. Krisis ini telah menunjukkan dua empayar moden yang terbesar iaitu Soviet Union (Rusia), yang telah berjaya memberi ketakutan kepada negara-negara yang pernah berada di bawah Soviet Union satu ketika dulu dan negara-negara NATO manakala sebuah lagi kuasa besar yang pengaruhnya kian merudum iaitu Amerika Syarikat, yang mempunyai kekuatan nuklear dan tenteranya.
Ramai sebenarnya merepek apabila berbicara pasal konflik Rusia-Ukraine. Ada yang meremehkan macam gaduh adik-beradik. Ada yang merapu lebih katanya ini perbalahan suami isteri. Jauh sekali. Ukraine dalam sejarah sudah teruk ditindas Rusia, sampai terpijak bahasa dan budaya serta identitinya. Tidak pernah Rusia dan Ukraine hidup macam adik beradik apatah lagi suami isteri. Kalau kalian ingin tahu lagi mendalam, kalian dipelawa beli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA. Beli di https://bit.ly/3SUBFvi.
Fenomena penurunan pengaruh Amerika Syarikat telah banyak dikaji oleh institusi di Amerika Syarikat sendiri di mana ia bermula dengan Paul Kennedy yang melihat Amerika Syarikat telah melampaui hadnya dalam cuba menjadi “orang tengah” kepada konflik yang berlaku di negara dunia. Kemudian, Richard Barnet yang menganggarkan pada 1980, pengaruh Amerika Syarikat akan menurun secara mendadak dalam jangka masa suku pertama dalam 100 tahun.
Satu kajian juga telah menunjukkan bahawa pengaruh dasar luar Amerika Syarikat terhadap Timur Tengah telah menurun. Ini telah menyebabkan beberapa negara menggunakan peluang ini untuk menguatkan pengaruh negara mereka dengan mendekati Israel, untuk menyelesaikan masalah dalaman negara mereka dan cuba untuk mengekang pengaruh Iran di Timur Tengah.
Ini sebenarnya sangat menarik untuk kita lihat bahawa respon Timur Tengah terhadap Amerika Syarikat dalam usaha Amerika Syarikat untuk memastikan Timur Tengah menyokong Ukraine dan terus membekalkan minyak mentah tidaklah begitu ‘teruja’ di mana ia menggambarkan bahawa Amerika Syarikat sudah mula ‘lemah’ di Timur Tengah.
Di pihak Rusia pula, di antara cabaran yang dihadapi oleh polisi Rusia terhadap rantau Arab adalah mereka ketakupayaan mereka untuk mendamaikan kuasa-kuasa di Timur Tengah di mana kita dapat lihat melalui beberapa aspek:
1. Masalah untuk mendamaikan kepentingan Rusia di antara Iran dan Israel
2. Masalah untuk mendamaikan perpecahan kuasa di negara-negara Teluk yang mempunyai peratusan orang Arab yang besar dan sebagiannya lagi di bawah pengaruh Iran.
3. Masalah untuk mendamaikan di antara keperluan keselamatan di Israel di Syria dan keperluan keselamatan Syria sendiri.
4. Masalah Rusia untuk membantu Palestin atau Israel
Seterusnya kita akan melihat dimensi Palestin dan Israel dalam krisis Ukraine. Seperti yang kita ketahui, Israel mempunyai hubungan yang sangat kuat bersama Amerika Syarikat dan Presiden Ukraine sendiri, Volodymyr Zelensky yang mempunyai susur galur Yahudi dan sokongannya terhadap polisi Israel terhadap Palestin. Israel juga sebenarnya tidak berminat untuk melakukan provokasi terhadap kepimpinan Rusia.
Disebabkan itu, Israel perlu mengimbangkan kedudukan mereka supaya tidak ‘bias’ kepada mana-mana pihak sehingga merugikan Israel sendiri.
Walaupun dilihat seolah-olah Israel mempunyai ‘kunci’ kepada pengaruh baru di rantau Timur Tengah, Palestin perlu melihat ini sebagai sebuah ruang untuk bangkit:
- Penyatuan di antara dua wilayah bebas di bawah republik Ukraine di Timur Ukraine (wilayah Donbass) akan menguatkan idea dari sudut pandang orang Palestin untuk terus berusaha membebaskan negara mereka dari cengkaman penjajah Zionis.
- Kedudukan Rusia yang nampak stabil walaupun telah dikecam dan diboikot ekonomi mereka oleh NATO, Amerika Syarikat dan sekutunya ini menampakkan Amerika Syarikat sebenarnya lemah dan kedudukan mereka boleh dilawan. Ini ruang yang boleh digunakan oleh Palestin di mana dunia sekarang melihat Ukraine cuba dijajah oleh Rusia dan ini menyebabkan ada beberapa negara melihat nasib Palestin juga sama seperti Ukraine.
Beberapa konklusi dapat dibuat dari kesan yang melanda dunia Arab dan juga Palestin disebabkan oleh krisis Ukraine-Rusia:
- Keutamaan Israel kini adalah untuk membawa sebanya mungkin imigran Yahudi dari Rusia dan Ukraine untuk menduduki Palestin.
- Peluang untuk Israel menjadi mediator kepada krisis ini sangat tipis.
- Peningkatan harga tenaga dan tepung gandum akan memberi impak besar kepada Paletin berbanding Israel.
- Kemenangan Rusia akan membawa idea ‘international multipolarity’ di mana ia akan memberi “sedikit impak positif” terhadap pandangan dunia terhadap isu Palestin.
- Keperluan untuk memperkasakan kempen media untuk mendedahkan ketidakadilan diplomasi Barat dan media apabila berkaitan isu di Ukraine dan Palestin.
RUJUKAN:
Walid ‘Abd al-Hay, American Declinism and the Dilemma of Arab and Israeli Strategic Options, Site of al-Zaytouna Centre for Studies and Consultations, 11/11/2020, https://eng.alzaytouna.net/2020/11/11/academic-paper-american-declinism-and-the-dilemmaof-arab-and-israeli-strategic-options/#.YkP0SudByUk
“Interim National Security Strategic Guidance,” The White House, Washington, March 2021, https://www.whitehouse.gov/wp-content/uploads/2021/03/NSC-1v2.pdf
Aleksandr Dugin, Usus al-Geoplitika: Musaqbal Rusya al-Geopolitiki (Foundations of Geopolitics: The Geopolitical Future of Russia), Translated by Imad Hatem (Beirut: Dar al-Kutub al-Jadida al-Muttahida, 2004), pp. 400–401 and 432–438.
U.S. Diplomatic Push for Ukraine Falters in a Middle East Influenced by Russia, The Wall Street Journal, 3/3/2022, https://www.wsj.com/articles/u-s-diplomatic-push-for-ukrainefalters-in-a-middle-east-influenced-by-russia-11646214130
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih