Okey, ini bukan nak reviu filem. Ini perkongsian sejarah revolusi di China. Rasa nak berkongsi selepas menonton filem 1911 yang mengisahkan tentang revolusi menggulingkan Dinasti Qing.

1. Kemelesetan Dinasti Qing.

Dinasti Qing mula meleset dan mengalami kerugian sewaktu tewas dalam Perang Opium Pertama (1842). Selepas peperangan tersebut, Dinasti Qing bergelut untuk mengawal ‘pencerobohan’ kuasa luar ke dalam China.

Usaha untuk melakukan reformasi yang sesuai dengan keadaan semasa terhalang dengan sikap menteri-menteri yang konservatif dalam kalangan Manchu yang tak mahu berikan kuasa kepada etnik Han yang majoriti.

Selepas itu, banyak rentetan peperangan yang berlaku antara China dan kuasa-kuasa luar yang membuktikan tentara Qing tidak begitu cekap dan banyak bergantung dengan tentera Han.

Selepas kekalahan dalam perang Opium Kedua (1856), Dinasti Qing cuba untuk adaptasi teknologi Barat sebagai aras untuk momodenkan China.

Kekalahan ketika Perang Sino-Japanese Pertama (1895), ia menjadi aras bahawa sistem masyarakat feudal harus dimodenkan juga sekiranya mahu maju dalam sektor teknologi dan komersial.

Maharaja Guangxu pernah cuba untuk melakukan reformasi radikal dan drastik ke atas pendidikan, ketenteraan dan ekonomi tetapi gagal setelah digulingkan oleh Permaisuri Dowager yang konservatif. Sejak daripada itu, Dinasti Qing dibawah Permaisuri Dowager memastikan tiada sebarang pemberontakan dan pembaharuan berlaku.
.

2. Motif dan Matlamat Revolusi

Banyak kumpulan ditubuhkan dalam revolusi ini. Antara yang terkenal dan turut diberikan perhatian dalam filem ini adalah kumpulan Tongmenghui yang merupakan gabungan kumpulan Revive China Socitey, Huaxinghui dan Guanfuhui yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat-Sen.

Selain mereka, banyak lagi kumpulan-kumpulan lain yang cuba untuk menggulingkan Dinasti Qing. Setiap kumpulan ini membuat idea berbeza berkenaan masa depan China. Juga membawa matlamat berbeza dalam revolusi ini.

Dr. Sun yang mendapat jolokan ‘Bapa Revolusi China’ membawa idea mahu hidupkan kembali China, membina republik dan membahagikan tanah sama rata dalam kalangan warga China.

Majoriti revolusioner membawa fahaman anarkis. Bagi mereka menjatuhkan satu kerajaan dan membangunkan kerajaan yang lain tidak akan membuahkan sebarang hasil. Kuasa politik sudah tidak diperlukan lagi apabila revolusi ke atas sosial dan budaya dapat dilakukan.

Terdapat juga dalam kalangan revolusioner menanam sentimen anti-Qing ataupun anti-Manchu. Mereka mahu menanamkan kebencian ke atas Dinasti Qing yang bertetnik Manchu. Mahu menjatuhkan Dinasti Qing dan mengembalikan Dinasti Ming, iaitu dinasti terakhir yang dikuasai oleh etnik Han.

Secara umumnya, mereka mahu memusnahkan sistem feudal yang tidak lagi relevan pada zaman moden. Sistem feudal yang tidak dapat lagi meletakkan China berada di hadapan dalam sektor ekonomi, teknologi dan ketenteraan.

Tambahan lagi, revolusioner melihat Dinasti Qing sudah begitu lemah dan tidak mampu membawa kemajuan kepada China. Sesetengah kumpulan revolusi tidak dapat melihat keperluan menghapuskan kuasa monarki yang menjadi tradisi selama 2000 tahun, lalu mahu hidupkan kembali Dinasti Ming. Tetapi majoritinya, tidak mahu lagi pemerintahan beraja dan pemimpin dipilih berasaskan demokrasi.

Warga China yang tinggal dan belajar di luar negara memberikan sumbangan dengan menyumbang dana dan melakukan hubungan diplomatik dengan bank-bank negara luar. Dr. Sun pernah memujuk bank-bank yang memberikan pinjaman kepada kerajaan Qing supaya membekukan pinjaman tersebut supaya tiada lagi peperangan tercetus antara revolusioner dan kerajaan Qing.
.

3. Republik China Yang Pertama

Banyak peperangan tercetus di sekitar China akibat revolusi ini seperti di Wuchang, Taiwan, Dihua, Ningxia dan banyak lagi. Ramai tentera yang terkorban. Sedikit demi sedikit negeri-negeri dan wilayah China merdeka daripada cengkaman Dinasti Qing.

Dr. Sun Yat-Sen merupakan presiden pertama Republik China, tetapi pada masa itu, revolusioner belum menguasai keseluruhan China dan Dinasti Qing masih belum tumbang. Jadi, republik ini hanya menguasai sebahagian China.

Dr. Sun akan meletakkan meletakkan jawatan sebagai presiden dan memberikan jawatan tersebut kepada Yuan Shikai, Perdana Menteri Diraja Qing, sekiranya dia dapat menuruntkan takhta Permaisuri Dowager. Dr. Sun sanggup melakukan hal ini kerana melihat revolusi tidak mampu bertahan lama lagi apabila peperangan berterusan dan dia pun tak mahu lagi peperangan berterusan.

Yuan Shikai dapat memujuk permaisuri tersebut. Tak tahu macam mana dia pujuk, tapi dalam filem ini Yuan Shikai menceritakan bagaimana Raja Louis XVI dan keluarganya dibunuh sewaktu Revolusi Perancis.

Akhirnya, Dinasti Qing tumbang dan Yuan Shikai dilantik sebagai Presiden Republik China yang kedua.
.

4. Selepas Revolusi

Sentimen anti-Manchu dan anti-Qing masih berleluasa di seluruh China, malah pernah berlaku peristiwa berdarah selepas revolusi. Di Beijing, 1000 terbunuh kerana sentimen ini kerana Dinasti Qing pernah mengketatkan syarat residen ke atas etnik Han.

Ada beza antara revolusi dan reformasi. Reformasi hanya satu proses, iaitu proses pembaharuan. Memperbaharui budaya dan idea lama. Revolusi pula, dua proses, iaitu menghancurkan dan membina yang baru. Revolusi Xinhai menghancurkan sistem masyarakatnya, tetapi tidak dapat membinanya kembali. Malah, masih terdapat sisa-sisa kuasa feudal yang masih berleluasa.

Terdapat beberapa individu yang masih memegang kuasa wilayah secara mutlak dan mengamalkan sistem feudal. Sara hidup pun masih tidak berubah. Sejarawan menyatakan, revolusi ini hanya menghancurkan kuasa monarki saja, tanpa sebarang perubahan yang signifikan.

Ketika Yuan Shikai berkuasa, beliau cuba untuk mengembalikan semula kuasa menarki dan feudalism, tetapi gagal. Walau bagaimanapun, kuasa monarki sudah tiada lagi semenjak itu di China dan idea demokrasi disebarkan di serata China.

Revolusi ini menjadi pra-syarat revolusi yang berlaku seterusnya di bawah kuasa Mao Zedong yang melengkapkan revolusi dengan mengusir kuasa barat serta membangunkan kuasa ketenteraan dan industri. China hari ini merupakan kesan daripada revolusi Mao Zedong.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.