Selalu bila kita fikir pasal Revolusi Industri Pertama dan Kedua, kita akan fikir pasal kilang arang batu dan mesin stim. Revolusi Industri Keempat pula pasal Kecerdasan Buatan. Revolusi Industri Ketiga pasal apa? Pasal komputer.
Komputer sebenarnya dah muncul sejak ribuan tahun dulu lagi. Sempoa (abakus) yang budak budak belajar tadika dulu tu pun sejenis komputer, tapi komputer mekanikal. Kenapa panggil komputer? Sebab abaskus tu boleh guna untuk komputasi nombor. Cuma bila ada komputer elektronik termasuk kalkulator, baru muncul Revolusi Industri Ketiga.
Asalnya, komputer elektronik ni muncul sebab nak nyahkod mesej tentera Jerman masa Perang Dunia Kedua. Lama lama, orang mula perasan komputer ni juga boleh guna untuk buat komputasi lain macam buat anggaran kalendar sampai ratusan tahun depan. Kemudian, boleh guna untuk simpan data dan tulis surat. Ni je dah ubah terus sistem industri sebab tak perlu dah orang kira kira manual dan simpan data dalam kertas. Dalam komputer je dah cukup.
Bila pihak tentera US cipta internet sekitar tahun 60-an, Revolusi Industri Ketiga capai kemuncak dia. Orang mula simpan maklumat dalam internet dan boleh berhubung antara satu sama lain dalam masa yang sangat cepat, tak perlu surat sangat dah sampai sekarang.
Kalau perasan, tema setiap Revolusi Industri ni sama je. Yang RI pertama, mesin stim untuk jana kuasa. RI Kedua, mesin peralatan macam gerudi. RI Ketiga, mesin komputasi macam komputer. RI Keempat, mesin kecerdasan macam AI.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih