Nabi Musa AS merupakan seorang Nabi dan Rasul yang mempunyai banyak kisah dalam perjalanan hidupnya. Hidupnya dihiasi dengan pengembaraan, dakwah dan cabaran yang sangat hebat dalam kehidupannya. Baginya, cabaran ini merupakan suatu anugerah daripada Tuhan untuknya untuk terus berdakwah di Jalan Allah SWT.
Beberapa tempat yang menjadi tumpuan pengembaraan Nabi Musa AS yang dapat kita ambil pengajaran dan ibrah daripadanya kemudian kita akan menggalurkannya menjadi sebuah garis masa.
[Mesir: Bermulanya Kisah]
Kisah hidup Nabi Musa AS dimulakan dengan cabaran yang sangat dahsyat. Pada ketika itu, Firaun telah mengeluarkan dekrit untuk membunuh mana mana anak anak lelaki dalam kalangan Bani Israil. Nabi Musa AS merupakan salah seorang daripadanya.
Ibunda Nabi Musa AS, kemudiannya terpaksa membuat pilihan iaitu menghilangkan Nabi Musa AS supaya dirinya tidak dibunuh. Nabi Musa AS kemudiannya telah dihanyutkan oleh ibunya Nabi Musa AS di Sungai Nil dan Sungai Nil inilah membawanya kepada takdirnya yang baharu.
Kini, Nabi Musa AS benar benar hanyut dan tiba di Gerbangnya Istana Firaun. Nabi Musa AS diangkat menjadi anak angkat Raja Firaun pada ketika itu.
[Hijrah Ke Madyan]
Bergulir tahun, Nabi Musa AS membesar sebagai seorang lelaki yang gagah perkasa. Baginda merupakan seorang yang sangat menjunjung keadilan dan hak bagi semua orang.
Pernah suatu ketika, terjadi perbalahan antara seorang Bani Israil dan Orang Mesir. Orang Mesir itu terang terang sedang menzalimi Bani Israil. Sedang perkelahian mereka, Nabi Musa AS berniat untuk meleraikan pergaduhan mereka. Namun, lain pula jadinya. Nabi Musa AS tertumbuk Orang Mesir itu dan mati.
Peristiwa ini telah menggemparkan Mesir. Nabi Musa AS tiada pilihan lain selain daripada membawa diri ke tempat lain.
Di Madyan, Baginda bertemu dengan Nabi Syuaib. Seorang Nabi yang berdakwah kepada kaumnya tentang pentingnya menjaga takaran dan timbangan. Di sinilah Nabi Musa mempelajari jerih kehidupan dengan mengembala kambing. Nabi Syuaib kemudiannya menikahkan anak perempuannya bersama Nabi Musa AS.
Setelah sekian lama, Nabi Musa AS berkehendak untuk pulang ke Mesir. Dalam perjalanannya, baginda telah mendapat Wahyu untuk berdakwah kepada Firaun dan membawa keluar Bani Israil dari Mesir.
[Kembali Ke Mesir]
Nabi Musa AS kemudiannya kembali ke Mesir dan menjalankan tugasnya sebagai Nabi dan Rasul. Dakwah yang disampaikan merupakan seruan kepada Umatnya bagi menyembah Tuhan yang Satu. Dakwah Nabi Musa AS kemudiannya menerima tentangan hebat dari Firaun dan Pembesarnya.
Akhirnya Allah mengazab Firaun dan Seluruh Pembesar dan Tenteranya atas ingkar dakwah dan seruan Nabi Musa AS.
[Berjalan di Sinai]
Di Sinai inilah, perjalanan hidup Baginda sekali lagi bertemu dengan cabaran yang baharu. Kali ini baginda telah berhadapan dengan kaumnya tersendiri. Bani Israil kemudiannya mengingkari Nabinya sendiri.
[Kewafatan Nabi Musa]
Usai beberapa lama, berdakwah kepada golongannya. Akhirnya, Baginda telah wafat dan meninggalkan Bani Israil. Bani Israil terus dengan pengingkaran mereka terhadap Nabi Dan Rasul setelah Nabi Musa AS.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih