Bangsa Arab merupakan bangsa yang tidak pernah kenal erti kemajuan dan pembangunan negara yang pesat. Bangsa ini tidak mengenali tamadun dan budaya bahkan kemajuan sekalipun. Namun, Islam hadir bagi menerangkan yang gelap, menyuluh yang suram.
Islam hadir dengan menyalakan obor pengetahuan dan kobaran pengetahuan dalam kalangan Bangsa Arab ini agar mengubah hidup mereka. Dari mereka yang suka bertempur antara satu sama lain, dari mereka yang gemar membunuh antara satu sama lain.
Kini, mereka mula mengorak langkah membentuk sebuah negara yang bersatu. Pada era Rasulullah SAW, beberapa dasar sosial telah diperkenalkan bagi mengubah struktur dan gaya hidup Bangsa Arab pada ketika itu.
Islam hadir mengharamkan perbuatan Riba’ yang menjadi duri dalam daging umat Islam. Bukan sekadar itu, malahan Islam hadir menegakkan keadilan buat mereka yang tertindas khususnya perhambaan yang dilakukan oleh pembesar Arab pada ketika itu.
Menjelang Khalifah Umar Al-Khattab, reformasi ini terus diperkasakan. Khalifah Umar telah menyerap sistem birokrasi daripada Rom dan Parsi untuk tujuan pembangunan negara. Katib negara ditubuhkan bagi merekod dana negara keluar dan masuk. Dengan hal ini dapat melicinkan pentadbiran negara disamping dapat mengetahui dana negara yang keluar masuk.
Khalifah Umar turut memperkenalkan sistem ketenteraan yang formal. Tidak seperti sebelum ini, sistem ketenteraan berupa sukarelawan tetapi pada era Khalifah Umar Al-Khattab sistem ini diperkasakan dan menetapkan bahawa tentera perlu bekerja kepada negara semata mata dan bukan lagi sifat sukarela.
Tentera ini diberikan elaun dan pencen serta keluarga mereka akan ditanggung oleh pihak Kerajaan. Kesemua ini diperkenalkan bagi memperkasakan sistem ketenteraan dan pembangunan negara Islam Madinah.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply