Normal bila orang memuji kecantikan dan keindahan sesuatu baik manusia, haiwan atau objek. Tetapi pujian tanpa disusuli dengan kata-kata yang memuji kebesaran Ilahi mengundang risiko penyakit ain atau penyakit mata jahat.

Penyakit ain atau nazar (renungan dalam Bahasa Turki) atau cheshm (sama maksud dalam Bahasa Parsi) terjadi akibat pandangan mata yang disertakan dengan perasaan iri hati. Atau rasa takjub melihat sesuatu yang disukai tanpa sekelumit rasa dengki sama ada daripada orang soleh atau orang yang dicintai.

Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah dalam kitabnya Fathul Bari, ia boleh saja membawa bahana buruk kepada si penerima. Ini termasuk ditimpa malang berterusan seperti diakui Professor Aref Abu-Rabia dari Universiti Ben-Gurion Negev. Ini menyebabkan ramai orang terutama di Timur Tengah menggunakan kaedah yang diperakui syarak atau kaedah tradisional bagi mencegah penyakit ain.

Kisah tentang ain sebenarnya sudah lama wujud sekurang-kurangnya 5,000 tahun lalu – sekitar era kerajaan Sumeria. Prof Abu-Rabia yang mengkaji penyakit ain dalam kalangan orang Badwi melihat ia amat ditakuti mereka kerana ia boleh mengundang kerosakan sama ada secara terus atau tidak langsung.

Mengikut tradisi orang Badwi, terdapat tiga jenis ain. Pertama, orang yang memuji sesuatu tetapi terlupa atau sengaja tidak memuji Ilahi. Kedua, orang yang dengki tetapi mengelak daripada menyebut apa-apa. Ketiga, orang yang sengaja mencari orang yang disasarkan dan memandang dengan niat mahu mencelakakan si mangsa.

Atas sebab itulah, Rasulullah s.a.w mengingatkan dalam satu hadis bahawasanya penyakit ain sememangnya wujud dan tidak patut dipandang remeh. Bagi orang Yahudi, mereka selalu menyebut kennahara, perkataan yang berlawanan dengan perkataan kein eina hara yang bermaksud tanpa mata jahat. Bagi pengikut Kabbalah, mereka mengikat tali berwarna merah di pergelangan tangan kiri bagi mengelak terkena ain.

Berikut beberapa cara yang digunakan untuk mengelak penyakit ain;

  1. Tangkal. Di sesetengah wilayah Timur Tengah yang mempunyai pengaruh Yunani, Rom, Uthmaniyyah dan Carthage, mereka menggunakan manik berwarna biru dengan titik berwarna putih dan titik kecil berwarna hitam. Manik ini dikenali sebagai nazar dalam Bahasa Turki dan dijadikan sebagai azimat. Bagi orang Syiah dan Yahudi, mereka menggunakan simbol tangan dengan mata di tengah-tengahnya yang dipanggil Tangan Fatimah atau Tangan Miriam sebagai cara mengelak ain.
Rajah 1: Contoh azimat Tangan Miriam/Tangan Fatimah. Sumber: CC.
  1. Bacaan ayat suci al-Quran. Antara ayat yang diajar bagi menghilangkan ain ialah bacaan Surah al-Falaq dan Surah al-Nas. Kedua-dua surah ini dikenali sebagai Al-Mu’awwidhateyn atau ayat-ayat pelindung. Menurut anekdot yang diriwayatkan Ibnu Qayyim al-Jauzi, pada satu ketika, seorang Badwi mendapati untanya yang sihat tiba-tiba jatuh sakit kerana ain. Selepas membacakan ayat-ayat suci al-Quran pada untanya, unta tersebut pulih dengan izin Allah.
  2. Membakar setanggi. Di Asia Timur, Asia Selatan dan Timur Tengah, amalan membakar setanggi dilihat dapat mengusir tenaga negatif termasuk semangat jahat. Tetapi ia tidak terhad kepada setanggi semata-mata. Di Mesir, mereka lebih suka membakar daun thyme atau biji hitam (habbat el barakah).
  3. Meludah sebanyak tiga kali. Berpura-pura meludah sebanyak tiga kali telah dipraktikkan dalam banyak budaya termasuk Yunani dan Rom. Sekiranya ia dilakukan, ia ibarat meludah kepada entiti-entiti jahat. Dalam agama Yahudi, ia diiringi dengan doa-doa termasuk kinchore. Bagi orang Badwi pula, ludah tabib digunakan untuk merawat ain di mana ludah lelaki untuk pesakit lelaki dan ludah wanita untuk pesakit wanita.
  4. Garu atau cubit punggung mengikut budaya orang mana. Mengikut orang Armenia, menggaru punggung bila dipuji mengelakkan pujian itu bertukar menjadi sumpahan. Bagi orang Assyria pula, mencubit punggung menunjukkan si polan dalam kesakitan sekaligus mengelak daripada menjadi sasaran ain.
  5. Celak. Kaedah ini biasa digunakan oleh orang Mesir Purba sebagai cara melindungi mata mereka daripada ain. Ini kerana mata merupakan tingkap kepada roh seseorang dalam badan.

RUJUKAN

Middle East Eye. (2021, 29 Oktober). Five ways people in the Middle East ward off the ‘evil eye’.

Muah, N. (2020, 3 Januari). Waspada panahan penyakit ain, usah lambung pujian melampau. Sinar Harian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply