Padang pasir Mesir Purba jika boleh bercakap tentu sekali akan memberitahu bagaimana berkemungkinan setiap incinya pernah berlvmuran dengan d4rah.

Sekitar tahun 1560 S.M., Mesir Purba terbahagi kepada dunia. Di sebelah Utara dikuasai bangsa pendatang iaitu Hyksos yang 100 tahun menundukkan penguasa-penguasa asal Mesir yang dikenali sebagai para Firaun.

Namun semasa pemerintahan Seqenenre Tao, realiti ini telah berubah dengan ketara. Seqenenre mempunyai seorang ibu yang sangat mencintai budayanya. Ratu Tetisheri tidak sama sekali seorang wanita lemah.

Baginda dikurniakan tiga orang anak yang mencetuskan penebvsan maruah Mesir Purba. Selepas Seqenenre, Tetisheri melahirkan dua anak perempuan yang dinamakan Ahhotep dan Sitdjehutti. Menuruti tradisi, Seqenenre berkahwin dengan kedua-duanya.

Seqenenre Tao

Perjvangan menentang Hyksos mempunyai harganya. Kerana Ahhotep dan Sitdjehutti kemudian menjadi balu selepas abang/suami mereka terbvnuh dalam suatu pertempvran menentang Hyksos. Sejarah mendapati kepala mereka menerima hent4man k4pak (National Geographic, n.d.).

Petunjuk Merujuk Kepada Kec3d3raan Seqenenre

Namun malang buat Hyksos, kerana Seqenenre bukanlah kepala yang mengetuai misi ini. Cuma Ahhotep menerima kep3dihan kedua selepas anaknya Kamose pun tvmpas pada tangan Hyksos.

Memandangkan Ahhotep sebagai kakak sulung, tradisi mewajibkannya menerajui Mesir Purba ketika anak keduanya masih kecil. Sitdjehutti hanya hidup di sebalik tabir sahaja, apabla Ahhotep dijadikan pemangku raja yang menguasai Mesir Purba.

Tangan Yang Menghayunkan Buaian

Ratu Ahhotep memberikan kualiti kepimpinan yang diperlukan Thebes. Semasa berkuasa, baginda perlu mendapatkan talian h4yat memandangkan Hyksos telah menjalinkan kerjasama dengan Nubia.

Kiranya Thebes dijervt di tengah-tengah, dimana Hyksos meng4ncam daripada utara dan Nubia pula daripada selatan.

Ahhotep I

Tidak banyak diketahui bagaimana Ahhotep mengendalikan masalah ini secara terperinci.

Namun apa yang dituliskan hanyalah, “bagindalah yang satu-satunya berjaya menjaga tradisi dan Mesir. Baginda menjaga para t3ntera, menjaga Mesir, dan membawa pulang para pelarian dan mengamankan Mesir Utara daripada pemb3rontak (Hyksos)”.

Kembalinya Sistem Firaun

Apa yang pasti adalah, Ahhotep berjaya menjaga Thebes daripada tangan-tangan asing sehinggalah tibanya masa untuk turun daripada takhta.

Kerana Ahmose mencapai usia matang dan sudahpun layak mengambil alih sebagai Firaun.

Apabila Thebes sudah tidak lagi perlukan pemangku, seluruh Mesir bergegar kerana Ahmose meneruskan usaha yang dimulakan ibu bapanya.

Baginda menghormati neneknya Tetisheri dengan membina kvbur kosong di Abydos dimana penyembah-penyembah Osiris menetap. Umumnya Osiris ialah dewa yang menguasai alam barzakh.

Ahmose

Dan Ahmose pun menuruti tradisi lama. Baginda berkahwin dengan adik perempuannya Ahmose Nefertari (lebih mudah digelar Nefertari sahaja).

Nefertari pun mewarisi kecekalan ibundanya Ahhotep selepas menyaksikan pengebvmian ayahandanya Seqenenre.

Sementara Ahmose menguasai Mesir, Nefertari berfungsi sebagai ratu yang menyeliakan keamanan dan keharmonian selepas pep3r4ngan yang panjang.

Malah semasa pemerintahan anak Ahmose-Nefertari iaitu Amenhotep, Nefertari masih lagi bermegahan dengan kuasa politik besar untuk memastikan penyatuan Mesir Purba dikekalkan.

Dan pencapaian Nefertari jauh mengatasi ibundanya, kerana baginda digelar “Isteri Tuhan”.

Bangsa Pendatang Kembali Berhijrah

Selepas kejatuhan Hyksos, bangsa pendatang ini pun berpecah kembali. Thebes menawarkan suatu perjanjian damai dimana Hyksos perlu beredar daripada Mesir Purba.

Jika menuruti, Hyksos takkan diapa-apakan. Dan dipercayai bahawa 240,000 orang beredar begitu sahaja kembali ke Tanah Syam.

Namun penemuan arkeologi mendapati bahawa ramai masih menetap di Avaris, kerana tembikar masih lagi dihasilkan dalam rekabentuk Hyksos sepanjang pemerintahan Firaun semula di Utara Mesir (Bietak, 2012).

RUJUKAN:

Bietak, M. (2012). Hyksos. Encyclopedia of Ancient History. Hlmn 5.

National Geographic. (n.d.). How three rebel queens of Egypt overthrew an empire and gave birth to a new kingdom.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.