Kota Konstantinopel memiliki benteng yang utuh dan kukuh. Disebabkan kekukuhan inilah menyebabkan benteng Kota Konstantinopel ini amat sukar ditakluki. Bukan sekadar benteng Kota ini dipertahankan dengan pertahanan kota yang ampuh, tetapi perairan untuk masuk ke Konstantinopel juga dibentengi rantai besi raksasa yang merentangi Tanduk Emas (Golden Horn).
Rantai ini merentangi antara Tanduk Emas dan berperanan untuk menghadang sebarang kapal musuh yang cuba memasuki perairan Konstantinopel. Rantai ini seberat 500 KG dan panjangnya 750 meter. Besarnya setiap rantai sebesar sepemeluk. Dan rantai ini dikawal diantara dua menara di Tanduk Emas.
Mana mana kapal yang cuba untuk masuk ke Benteng Kota Konstantinopel, menara ini akan diisyaratkan supaya mengangkat rantai tersebut dan pengawal rantai akan menarik rantai tersebut. Serta merta, rantai tersebut berperanan sebagai barrier menghalang kapal tersebut dari masuk kedalam benteng.
Rantai tersebut pula dikuatkan lagi dengan besi tajam yang akan membocorkan mana mana kapal yang melanggar rantai tersebut bagi mengelakkan rantai tersebut dirempuh oleh mana mana kapal.
Sultan Muhammad Al-Fatih melihat halangan rantai ini menyulitkan serangan ke atas Konstantinopel. Pelbagai kaedah digunakan untuk menangani rantai tersebut seperti mengubah suai kapal perang Uthmaniyyah dengan besi kukuh dan merempuh rantai tersebut agar putus namun gagal. Uthmaniyyah juga cuba melepaskan meriam ke arah rantai tersebut namun tidak berjaya.
Akhirnya, Sultan Muhammad Al-Fatih berikhtiar di luar jangkaan manusia iaitu menarik kapal perang Uthmaniyyah sebanyak 80 buah kapal merentasi Golden Horn, Bukit Galata dan masuk kedalam Perairan Konstantinopel semula. Tindakan ini akhirnya berjaya membuka laluan pasukan Turki untuk menyerang dan mengepung kota Konstantinopel.
Oleh : Muqri Nizam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih