Semua maklum semasa Perang Dunia Kedua (WWII), ia merupakan pertembungan pihak Bersekutu (Amerika Syarikat (AS), Britain dan Kesatuan Soviet) dengan Axis (Jerman, Itali dan Jepun). Tetapi bak kata Ayman Rashdan Wong, “Tiada kawan atau musuh yang kekal.” Kata-kata itu lantas menjelaskan mengapa Britain mahu langgar Soviet menerusi Operation Unthinkable sebaik saja WWII berakhir.

Pada awal tahun 1945, AS, Britain dan Perancis sedang mara ke Jerman dari sebelah barat dengan Rusia/Kesatuan Soviet dari sebelah timur. Kempen di belah Pasifik juga berjalan lancar terutama selepas kejatuhan Saipan pada Jun 1944. Tetapi bagi Perdana Menteri British ketika itu, Sir Winston Churchill, beliau berdepan satu dilema: apa akan jadi kalau Soviet menguasai sebahagian besar Eropah?

Churchill takkan melambai dan membuat tanda V kalau tau skala sebenar kemusnahan jika Operation Unthinkable diteruskan.

Secara ideal, negara-negara yang diduduki oleh Jerman sepatutnya bebas selepas pihak Bersekutu masuk ke situ. Tetapi pemimpin utama Soviet, Joseph Stalin tiada niat untuk menghormati ketetapan yang dibuat di Tehran beberapa tahun sebelumnya. Poland kini dikawal oleh pemimpin-pemimpin pro-Soviet dengan geng partisan dipenjarakan. Romania, Hungary dan Czechoslovakia turut dikawal oleh mereka dengan Turki dan Greece berdepan ancaman sama.

Lantas, Churchill mengarahkan geng perancang strategi tentera agar mewujudkan satu pelan operasi bagi menentang Kesatuan Soviet. Walaupun cadangan tersebut mendapat sambutan dingin daripada mereka, arahan tetap arahan. Mahu tak mahu, perancang-perancang strategi diketuai Brigadier Jeneral Geoffrey Thompson terpaksa merancang dan menilai setiap senario sekiranya perkara tersebut menjadi nyata. Dan itu membawa kepada operasi yang dipanggil Operation Unthinkable.

Sebelum itu, kami mahu cadangkan korang dapatkan SOVIET DI HUJUNG JARI. WWII dianggap tempoh mencabar buat mereka terutama di Stalingrad. Tetapi terima kasih kepada kebodohan Jerman itu, akhir perang menyaksikan mereka muncul sebagai kuasa besar dunia sebaris dengan AS. Nak tahu macam mana itu berlaku, dapatkan buku ini sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Soviet-Di-Hujung-Jari-i.238336777.6768174598

Mengikut rancangan, AS dan Britain melancarkan serangan mengejut ke atas kedudukan Soviet pada 1 Julai 1945. Dengan melancarkan serangan mengejut, ia akan memaksa mereka berundur ke Sungai Oder dan Neisse, kira-kira 55 batu di timur Berlin. Pada ketika itu, pihak Soviet mengawal Berlin dan sebahagian besar Eropah Timur.

Bagi memastikan pelan ini berjaya, 8,000 kereta kebal akan digerakkan untuk mara ke Oder dan Neisse. Di sinilah, akan berlakunya pertempuran kereta kebal besar-besaran seperti disaksikan di Kursk dua tahun sebelumnya. Kalau menang, AS dan British akan mara bagi mengawal sempadan sejauh 250 batu antara Danzig dan Breslau. Sebarang kemaraan seterusnya akan dihentikan bagi mengelakkan pihak Bersekutu diserang tentera Soviet yang berada di sebelah selatan.

Yang kelakarnya bagi para sejarawan, Operation Unthinkable sama seperti pelan Jerman untuk Soviet iaitu Operation Barbarossa. Persamaannya ialah serangan mengejut dan kelebihan pelbagai aset termasuk laut dan udara bagi menyokong pihak tentera. Tetapi jika ini dapat dicapai sekalipun pada musim luruh 1945 dan Stalin masih tak ubah fikiran tentang Eropah Timur, apa nak buat lepas itu? Nak mara sampai ke Motherland? Kalau itu berlaku, maka pihak Soviet akan kerjakan pihak Bersekutu habis-habisan.

Senario perang habis-habisan dengan Kesatuan Soviet merupakan satu senario yang cuba dielak. Dari segi bilangan saja, Red Army jauh mengatasi pihak Bersekutu dengan askar seramai 11 juta orang berbanding empat juta orang. Majoriti yang dihantar ke Eropah bagi menewaskan Jerman kemudiannya akan dihantar semula ke teater Pasifik untuk menewaskan Jepun. Kalau AS dipaksa memilih, lebih baik utamakan Jepun sebab mereka ancaman utama kepada kedudukan mereka di Pasifik.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Thompson juga telah menggariskan kemungkinan Jepun bersekutu dengan pihak Soviet sekiranya Operation Unthinkable berlaku. Jepun seperti Jerman telah menandatangani pakatan anti-permusuhan dengan Soviet pada 1941. Jika itu berlaku, Stalin pastinya membantu Jepun melewatkan kemaraan AS di Pasifik sekaligus menambah beban perbelanjaan perang kerajaan. Dan pastinya, aset-aset Soviet juga akan dihantar ke wilayah-wilayah Asia yang masih dikawal Jepun bagi mengekang kejatuhan wilayah itu ke tangan pihak Bersekutu.

Satu cara untuk menambah bilangan tentera yang ada ialah merekrut tentera Jerman yang menyerah kalah pada Mei 1945. Jika ini direalisasikan, terdapat 10 buah divisyen tentera Jerman untuk menyokong kempen AS dan Britain terhadap Soviet.

Bagaimanapun, idea ini dianggap kontroversi kerana jika dapat lepas pun, mereka memerlukan masa untuk bersedia. Selain itu, idea bekerjasama dengan musuh lama ini pastinya akan menjejaskan moral tentera yang terlibat dalam pertempuran sebelum ini.

Bagi Jeneral Hastings Ismay, itu akan memberi motivasi kepada pihak Soviet untuk menewaskan mereka kerana bersubahat dengan musuh yang menyerang mereka sebelum ini. Semasa WWII, lebih 27 juta orang Soviet – orang awam dan tentera mati di tangan tentera Jerman. Jumlah tersebut jauh lebih ramai daripada 450,000 orang (Britain) dan 407,000 orang (AS).

Bagi ramai pemimpin tentera British, usul Operation Unthinkable boleh disimpulkan dengan satu perkataan: GILA! Mereka menganggap Churchill sebagai hilang akal kerana sanggup mencadangkan idea sebegitu. Bagi Field Marshal Sir Alan Brooke, jika itu berlaku, maka AS dan Britain akan terperangkap dalam peperangan untuk satu tempoh yang lama.

Bagi para pemimpin tentera British seperti Field Marshal Sir Alan Brooke, idea Operation Unthinkable mengarut sama sekali.

Jika pihak AS menggunakan bom atom ke atas pihak Soviet seperti di Hiroshima dan Nagasaki, apa jaminan ia akan menghalang pihak Soviet? Kalau kena sekalipun, hanya sedikit saja yang terbunuh. Dan mereka pasti akan berlawan bersungguh-sungguh untuk mengenakan kembali AS dan Britain. Dan usah terkejut jika pihak Soviet turut menggunakan senjata sama terhadap mereka. Pendek kata, jika itu berlaku, maka ia bak menang jadi arang, kalah jadi abu.

Operation Unthinkable dianggap bermasalah dalam pelbagai segi oleh kepimpinan tentera British dan ditolak mentah-mentah pada 8 Jun 1945. Walaupun usul tersebut ditolak, Churchill masih tak boleh lepaskan idea itu. Semasa mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Luarnya Sir Anthony Eden, beliau melihat kalau Soviet tak ditewaskan sekarang, maka sebarang cubaan untuk menewaskan mereka selepas ini dianggap mustahil.

Tetapi idea tersebut tetap ditolak baik pihak British mahupun pihak AS. AS yang diterajui Harry Truman selepas pemergian negarawan mereka yang terkenal, Franklin Roosevelt melihat Operation Unthinkable ini sama saja seperti pelan Operation Downfall. Kalau yang terkorban membabitkan ramai askar AS, maka yang merana ialah rakyat. Dan jika itu berlaku, Truman boleh ucapkan selamat tinggal kepada peluang duduk di Rumah Putih untuk penggal kedua.

Sebulan selepas Operation Unthinkable ditolak, Churchill dipaksa keluar dari Downing Street selepas kalah dalam pilihan raya 1945. Dan idea ini tertanam dalam ribuan dokumen Pejabat Perang British sehinggalah ia dinyahsulit pada 1998. Hari ini, ia menjadi sebahagian daripada koleksi dokumen kerajaan yang disimpan di National Archive (Arkib Negara Britain).

RUJUKAN

Edwards, E. (2022, 12 Ogos). Operation Unthinkable: Winston Churchill’s Plan to Invade the Soviet Union. War History Online.

Howard, H. (2021, 25 Mei). Churchill’s secret plan to start World War THREE: New book charts PM’s bid to launch surprise attack on Stalin straight after defeating Hitler in scheme so bold it was codenamed: Operation Unthinkable. Daily Mail.

Peck, M. (2017, 28 September). Operation Unthinkable: Britain’s Secret Plan to Invade Russia in 1945. National Interest.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply