Kawasan gunung sudah tidak lagi memainkan peranan utama dalam kehidupan manusia. Hari ini pergunungan menjadi wadah alam sekitar dan tempat riadah. Namun bagi kerajaan terdahulu, pergunungan merupakan kawasan terbaik untuk membangunkan sebuah bandar.

Sistem perpaipan yang ringkas sudah cukup untuk memasukkan air. Tebang pokok di kawasan terlindung untuk pengeluaran makanan. Faktor geografi memberi kelebihan strategik untuk melawan musuh. Belum lagi ambil kira pengaruh keagamaan yang menghubungkan kepercayaan manusia pada unsur alam. Kalau hari ini pun orang percaya Gunung Jerai sebagai tempat turunnya Nabi Adam (as), bayangkan zaman dulu macam mana.

Salah satu gunung yang wajar dibincangkan adalah Gunung Namrut. Dalam bahasa tempatan, gunung ini dipanggil Nemrut Dagr – sebuah gunung di bahagian tenggara Turkiye dengan ketinggian 2,134 meter.

Keadaan di atas Gunung Namrut (Zhengan/CCBY-4.0.)

Gunung ini menjadi tempat tersemadinya seorang raja yang agung.

Kerajaan Daripada Rahim Achaemenid

Tiada masalah kalau tidak begitu tahu pasal sejarah rantau ini. Filem 300 bercerita pasal pertempuran antara Parsi dan Sparta. Pihak Parsi itu adalah Empayar Achaemenid. Seabad selepas garisan masa 300, empayar ini dipimpin Maharaja Artaxerxes II. Tidak penting untuk berbicara lebih tentang baginda. Yang agak penting sekarang adalah menantu baginda bernama Orontes I, yang mengasaskan kerajaan Sophene di pinggir Syam dan Anatolia.

Peta menunjukkan lokasi Sophene. (Sémhur/CCBY-4.0.)

 

Selepas zaman Alexander the Great pula, Sophene jatuh dalam pengaruh kerajaan lain dengan nama baru iaitu Commagene. Bahagian sejarah ini yang penting untuk faham pasal Gunung Namrut. Pada tahun 62 S.M., Commagene dipimpin Raja Antiochus I yang membina sebuah makam di puncak gunung. Baginda melengkapkan makam tersebut dengan patung-patung batu berwajah dirinya sendiri setinggi lapan meter.

Mudah kata, biar diri pendek – asalkan patung tinggi. Bersama patung-patung tersebut, ada patung singa dan helang – kedua-duanya sepasang. Kemudian ada juga patung dewa-dewi Yunani dan Iran. Penyembahan dewa-dewi sudah sangat rumit pada zaman tersebut. Yunani sembah Heracles. Rom sembah Hercules. Iran sembah Verethragna. Indo-Aryan sembah Indra. Penduduk Antiochus I melihat keempat-empat nama ini sebagai cerminan pada dewa yang sama (Heracles = Hercules = Veretraghna = Indra).

Itu kepala patung Antiochus. (Florian Koch/CCBY-4.0.).

Maka lengkaplah patung Heracles-Verethragna-Ares, Zeus-Oromasdes dan Apollo-Mithras-Helios-Hermes (Shayegan & Rahim, 2016). Baginda borong habis semua akidah secara pukal macam mana penjual Shopee borong daripada Alibaba. Tidak cukup dengan pemborongan ini, Antiochus I meminjam banyak unsur pembinaan daripada budaya Armenia dan Parthia.

Jatuhnya Pasar Borong Antiochus

Idea pembinaan makam ini boleh kata cerdiklah juga. Tetapi Antiochus I salah catur dalam bab kuasa. Semua orang tahu Rom ada sejarah yang kuat berperang saudara. Entah berapa kali bangsawan-bangsawan Rom bangkit menentang satu sama lain demi kuasa republik. Antiochus pergi merapatkan saf dengan Jeneral Pompey yang tewas pada tangan Julius Caesar. Walau bagaimanapun baginda sempat tarik tali diplomasi yang menyelamatkan kerajaan Commagene daripada bala Rom dibawah Julius Caesar.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Cuma baginda sekadar menangguhkan takdir semata-mata. Beberapa dekad selepas kemangkatan Antiochus, kerajaan Commagene dihentam Maharaja Tiberius yang ingin meluaskan pengaruh Rom di Syria. Serangan Rom dipercayai merosakkan “pasar borong” Antiochus, iaitu makamnya di Gunung Namrut. Pakar-pakar arkeologi menemui banyak kerosakan pada makam ini, mungkin dijarah begitu teruk. Patung-patung yang rosak tidak sempat dibaiki pewaris Antiochus. Jadi dunia sekarang dapat melihat wajah-wajah nenek moyang Antiochus… cuma dengan muka yang pecah (Spawforth, et al., 2014).

Siapa sangka – Antiochus bina makam berkompleks besar dengan rancangan untuk anjurkan perayaan agama. Namun golongan datang beraya adalah pihak musuh yang boleh tahan gila juga. Teruk Commagene dihentam sampai Makam Antiochus dilupakan hingga tahun 1883 apabila pakar-pakar arkeologi Jerman menemuinya. Itu pun ditemui dalam keadaan cacamarba.

RUJUKAN:

Shayegan, M., & Rahim, M. (2016). The Arsacids and Commagene. Oxbow. Halaman 13.

Spawforth, A., et al. (2014). The Oxford Companion to Classical Civilization. Oxford University Press. Halaman 542.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply