Kening terangkat gaya ‘The Rock’ apabila membaca tajuk artikel kali ini? Ya, sememangnya wujud penyakit gangguan jiwa ini ke atas semua manusia tidak terkecuali penyakit ini juga muncul di dalam kalangan beberapa pemerintah yang pernah memerintah sesebuah kerajaan pada masa dahulu. Pada kali ini kita akan terbang ke negara Perancis & mengetahui kenapa raja ini dikatakan gila ?

• Raja Charles VI dilahirkan pada tanggal 3/12/1368M di ibukota Paris, Perancis.

• Menaiki takhta pada umur 11 atau 12 tahun pada tanggal 25/10/1380M.

Pada masa awal pemerintahannya yang masih muda, kuasa kerajaan dipegang & dikendalikan oleh bapa saudaranya serta Philip the Bold of Burgundy ( Ketua ‘Council of 12’ ).

• Akhirnya, pada tahun 1385M, ketika Raja Charles VI berumur 21 tahun, baginda memegang kuasa sepenuhnya memerintah negara Perancis & menyingkirkan bapa saudaranya dari kerajaan.

Bapa saudaranya disingkirkan kerana telah menyebabkan negara Perancis pada masa itu berada dalam kondisi yang tidak stabil apabila gagal mengurus kewangan negara & menyebabkan munculnya beberapa pemberontakan oleh rakyat.

• Salah seorang penasihat ayahnya yang terkenal dengan kebijaksanaan, The Marmousets dipanggil semula berkhidmat dengan Raja Charles VI untuk memulihkan politik & ekonomi kerajaan yang sebelumnya dimusnahkan oleh bapa saudaranya.

Pada waktu ini, Raja Charles VI digelar dengan gelaran ‘Raja Yang Penyayang’ kerana sikapnya yang menyayangi rakyatnya.

• Pada musim sejuk tahun 1389M, Raja Charles VI bertemu dengan Raja Clement VII di Avignon untuk menyertai pakatan anti-Pope & mahu mengangkat Clement VII sebagai Pope serta menuju ke pusat kekuasaan empayar Rom.

Ini merupakan strategi politik Raja Charles VI untuk meluaskan kuasa Perancis ke Itali dengan mempergunakan Raja Clement VII.

• Di pihak lain, Raja Richard II dari England pula mahu mengangkat Raja Boniface XI sebagai Pope.

Akibat daripada perbezaan ini, kerajaan Perancis & kerajaan England berunding di dalam isu Pope & isu ‘Perang 100 Tahun’.

• Pada tahun 1392M, ketika di pertengahan rundingan damai dengan kerajaan England, Raja Charles VI diserang demam panas & baginda telah diserang dengan penyakit sawan pertamanya.

• Penyakitnya semakin menjadi apabila baginda mengejar & ingin membunuh penasihat istana yang disangkakannya adalah musuh.

Raja Charles VI juga membunuh beberapa tenteranya apabila baginda terdengar suara tombak jatuh dari langit, tidak mengenali ahli keluarganya sendiri sehingga baginda terlupa bahawa beliau adalah seorang raja, berlari-lari di dalam istana sambil mengaku dirinya adalah seorang Saint George, tidak mahu mandi dalam jangka waktu yang lama dan yang paling pelik sekali baginda mengaku dirinya diperbuat daripada kaca.

• Pengakuan ini membuatkan baginda melarang sesiapa pun untuk menyentuh badannya & baginda dipakaikan dengan pakaian khusus supaya badannya tidak pecah atau retak.

Pada waktu ini, Raja Charles VI mendapat gelaran yang kedua iaitu ‘Raja Yang Gila’.

• Rakyatnya percaya bahawa baginda telah disumpah dengan penyakit gangguan mental disebabkan mendukung pakatan anti-Pope pimpinan Raja Clement VII.

• Akhirnya pada tanggal 21/10/1422M, Raja Charles VI telah meninggal dunia akibat penyakit ini & pemerintahannya digantikan oleh anaknya iaitu, Raja Charles VII.

Jadinya, jika anda mahu berasakan peluang untuk memiliki tubuh yang diperbuat dari kaca, lupakanlah. Jika anda teringin tubuh atau wajah diperbuat dari plastik maka berangkatlah ke negara Korea sekarang. Yeyeah !!

– TAMAT –


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Leave A Reply