Sabtu, 24 Oktober 202624 Okt 2026
Alam Melayu

Raja Hawaii Yang Mengaku Dirinya Melayu

1- Sewaktu
Raja Hawaii ini berkunjung ke Siam bersama-sama orang kanannya, beliau
menziarahi Raja Chulalongkorn di Istana
dan beramah mesra. Raja Hawaii ini mengatakan bahawa beliau mempunyai darah
melayu dan ia dibalas oleh Raja Siam dengan menyatakan bahawa bangsa Siam juga
mempunyai pertalian dengan Melayu.

2- Peristiwa ini berlaku pada tahun 1881, Raja Kalakaua
meninggalkan Hawaiʻi dan menjadi raja pertama di dunia, untuk melakukan
perjalanan keliling dunia untuk mempelajari masalah imigrasi dan meningkatkan
hubungan luar negeri. Dia juga ingin mempelajari bagaimana para penguasa
lainnya memerintah. Dalam ketidakhadirannya, saudara perempuan dan pewarisnya,
Puteri Liliʻuokalani, memerintah sebagai Pemangku Raja (Raja Leleiohoku, mantan
pewaris, telah meninggal pada tahun 1877).

3- Persinggahan pertama Raja Kalakaua ialah ke
San Francisco di mana ia mendapat sambutan rasmi dari
kerajaan.
Kemudian beliau berlayar ke perairan Jepun, di mana dia bertemu dengan Maharaja
Meiji. Ia melanjutkan melalui Dinasti Qing di China,
Kesultanan Johor, Siam di bawah Raja Chulalongkorn (Rama V), Burma, Raja
English Mesir, Itali, Belgium, Jajahan Jerman, Austria-Hungary, Republik Ketiga
Perancis, Sepanyol, Portugal, Jajahan Raja English
dan Ireland, dan kembali melalui Amerika Syarikat sebelum kembali ke Hawaii.

4- Sejak
sekian lama, rumpun Austronesia ini turut dikenali sebagai rumpun Melayu. Pada
tahun 1879, untuk pengetahuan semua, parlimen Haiwaii dengan bantuan
Maharaja Abu Bakar, Sultan Johor pada ketika itu telah mengusulkan satu usul
yang bertajuk, “Penyatuan Dunia Melayu.” King Kalākaua, seorang Raja
kerajaan Hawaii yang bebas pada ketika itu, merupakan antara orang yang
mencadangkan penyatuan tersebut. Mereka saling memanggil “ADIK BERADIK MELAYU
YANG HILANG.”

5- Sultan
Johor mempunyai pengaruh yang besar. His Highness Sir Sultan Abu Bakar
memerintah Johor sekitar tahun 1868 hingga 1895 dan Menteri Besar Johor Pertama
pada tahun 1882. Perlu diingat Sultan Johor adalah Sultan Melayu yang dihormati
oleh Queen Of England pada masa itu , Kerana sebab itulah penasihat English di
Johor pada tahun 1900 hanya sebagai Konsul dan bukannya Residen, maksudnya
wakil kerajaan English ini hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja dan tiada
kuasa campur tangan dalam hal-ehwal pentadbiran Johor.(sebab itulah juga Johor
hingga sekarang mempunyai Johor Military Force(JMF) – Tentera Setia Negara  yang disahkan dan perakui DI bawah Enakmen
Undang-undang Johor pada tahun 1880-an)



6- Tiada negeri-negeri di Malaysia hingga sekarang mempunyai kuasa menubuhkan
atau mempunyai pentadbiran tentera sendiri kecuali Johor sahaja. Sebabnya
Undang-undang Johor telah ada semenjak 120 tahun yang lepas sebelum Malaysia
merdeka lagi. Ini adalah mengapa Johor juga agak berbeza dengan negeri-negeri
Melayu yang lain.

HUBUNGAN AKRAB
JOHOR DAN HAWAII




1- Semasa kakak King Kalakalao di timpa
musibah politik, Sultan Johor menawarkan Queen Lilioukalani untuk
menubuhkan kerajaan diRaja Hawaii di luar negeri (Johor), tetapi ditolak
kerana  tidak mahu meninggalkan Hawaii.



2- Lagi sekali, semasa lawatan ke-2 1896, Sultan Johor menawarkan sokongan
kepadanya, tetapi lagi sekali ditolak dengan hormat. Queen Lilioukalani ni
terkenal kerana pada portrait negara, dia memakai seutas rantai taring harimau
yang dihadiahkan oleh Sultan Johor semasa
lawatan King Kalakalao. Pada King
Kalakalao pula, Sultan Johor menghadiahkan senaskah Al Quran bertinta emas..

3- Setelah sekitar 100 tahun hidup di bawah monarki, perebutan terhadap
takhta di Hawaii pemerintahan Raja David Kalakaua akhirnya meledak. Ketika dia
meninggal pada 1891, saudaranya Lili’uokalani menggantikannya sebagai ratu.
Namun dia digulingkan dalam sebuah kudeta 1893 oleh pemimpin perniagaan.

4- Sebuah pemerintahan baru, Republik Hawaii, kemudian dibentuk pada 1894 dan kemudiannya menyertai Amerika Syarikat pada tahun 1898. Pada 1903, Negeri Melayu (Hawaii) ini jatuh ketangan Amerika Syarikat sehingga sekarang.

Petikan dari buku: Around the world with a king

“Kalākaua’s remarked
to the Siamese King that “Polynesians had Malay blood”, King Chulalongkorn replied, “The Siamese are
partly Malay; we are related (Armstrong 126)”

From Siam,
the King continued to Singapore, Johore, Malaya, and the British Indian Empire (including Pakistan and Burma). The
Maharajah of Johore [Sultan Abu Bakar] and the King compared common legends and common words (such as API in
Malaysian and ahi in Hawaiian for fire; alima in Malaysian and Lima in Hawaiian
for five), concluding that Malays and Polynesians
were long-lost Malay brothers (Armstrong 144). This expression would later be
part of the Pan-Malaysian movement led by such imminent scholars as Dr. José
Rizal, Philippine Representative
Wenceslao Vinson’s, and President Diosdado Macapagal (father of the current
president of the Philippines). The idea of “long lost brothers” of a
great Pan-Pacific Malay maritime civilization stretching from Malaysia to Hawaii
would become a major theme in the national
liberation struggles of Southeast Asia until today.

The
King was also introduced to Islam from the Maharajah of Johor who also gave him
a green and gold copy of the Qur’an (Armstrong 145). In letters from Malaysia,
the King remarked to his sister how Malays looked very similar to native
Hawaiians and that the Maharaja looked exactly like Prince Leiohoku, the late
husband of Princess Ruth Ke`elikolani. The King described the Maharajah as:

  …The Maharaja is a splendid man. He is liked and beloved by all nationalities here in Singapore especially the ladies. He is a fine looking man and resembles the first Leleiokhoku very much. If he could have spoken our language I would take him to be one of our people the resemblance being so strong…. (Letter of King Kalakaua to Princess Liliuokalani, May 12th, 1881).

Rujukan:

Armstrong, William N. (1904). Topics Kalakaua. Voyages Around The World. Publisher New York, F. A. Stokes Company

Bantu kami untuk berkembang dengan menyumbangkan derma anda kepada Persatuan Patriots Malaysia – 2206 2133 3608 (Bank Rakyat). Dengan hanya RM1 sebulan, anda akan membantu kami untuk terus menulis dan beroperasi. Nak bagi lebih kami tak menghalang. 

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet