Penaklukan Nebuchadnezzar II dari Babylon telah menyebabkan keadaan Yahudi dan kerajaan mereka hidup dalam keadaan yang kucar kacir. Bangsa ini tidak dibenarkan mendiami tanah ini dan mereka dipaksa keluar dari tanah ini. Keadaan ini berlanjutan sehingga era Achaemenid menaklukkan Jurusalem dari kekuasaan Babylon. Penaklukan Achaemenid di Filistin seterusnya memberi peluang kembali kepada Bani Israil ini untuk kembali ke tanah Jurusalem semula.
Raja Cyrus Agung inilah yang memimpin Achamenid pada waktu itu. Kemurahan hati Raja Cyrus Agung ini sehinggakan Kitab Suci Yahudi telah memuji Cyrus Agung dengan pujian yang sebanyaknya kerana jasa Raja Cyrus ini kepada bangsa Yahudi untuk mendirikan semula komuniti mereka.
Raja Cyrus Agung telah memberi kelonggaran kepada Bani Israil untuk menduduki semula tanah mereka di Jurusalem. Bani Israil ini juga dibenarkan bagi mengamalkan ajaran agama mereka dalam tanah Jurusalem. Bukan sekadar itu, Cyrus Agung telah memberikan bantuan kepada Bani Israil untuk membina rumah ibadat mereka semula sama seperti zaman Nabi Sulaiman AS.
Namun, kebaikan Cyrus Agung ini telah dimanfaatkan oleh pihak Yahudi ini. Mereka telah menyeleweng dana pembangunan rumah ibadat Yahudi ini dengan menunjukkan pelan binaan yang palsu kepada Cyrus dan menyatakan binaan yang lebih mewah dari binaan sebelumnya.
Penguasaan Yahudi di tanah ini pada era ini kemudiannya berlanjutan sehinggalah penaklukan Rom di Jurusalem.




No comments yet