Jumaat, 23 Oktober 202623 Okt 2026
Rabiah Al Adawiyah: Pelopor Tasawuf Berkonsep Mahabbah
Mutiara Islam

Rabiah Al Adawiyah: Pelopor Tasawuf Berkonsep Mahabbah

Rabiatul AdawiyahSerikandi yang terciptaSungguh agung pengabdianmuKau berjaya menjadi ikhtibar

Mesti siapa yang membaca senikata di atas dengan
menyanyikan? Siapa yang tidak pernah dengar lagu Rabiatul Adawiyah nyanyian
kumpulan nasyid InTeam. Setiap bait bait lagunya akan membuat pendengar
terbayang seorang wanita dan muslimah yang mengabdikan dirinya demi agama tanpa
ragu. Pada ketika ini, di mana para wanita memperjuangkan hak asasi bagi
dirinya, maka Rabiatul Adawiyah ketika itu berjuang dalam keilmuan dan
kebergantungannya pada Tuhan.

LATAR BELAKANG

Rabiatul Adawiyah telah dilahirkan pada 713 M di
Basra di mana pada zaman pemerintahan Kerajaan Umayyah. Nama lengkap beliau
ialah Rabiah binti Ismail al-Adawiyah al-Qissiyah. Beliau berasal dari keluarga
yang miskin. Ayah beliau meninggal ketika beliau masih lagi kecil dan sejak itu
beliau hilang perhatian dan kasih sayang.

Fariduddin Attar, seorang penyair mistik Parsi dalam menggambarkan keprihatinan Rabiah, menulis bahawa dia dilahirkan di rumah, di mana tidak ada satu pon yang dapat dimakan dan yang dapat dijual. Malam gelap gelita kerana minyak untuk menerangi rumah juga telah habis.

Pada suatu hari menjelang usia remajanya, ketika keluar rumah, beliau telah ditangkap oleh penjahat dan dijual dengan harga 6 dirham (RM 6.82). Orang yang membeli Rabiah menyuruhnya mengerjakan pekerjaan yang berat, memperlakukan dengan bengis dan kasar.

Pada siang hari, beliau melayani tuannya, dan pada malam hari beribadah kepada Allah s.w.t, terlalu inginkan redha-Nya. Pada suatu malam, tuannya terjaga dari tidur, dan melalui tingkap melihat Rabiah sedang berdoa, “Ya Allah, Engkau tahu bahawa hasrat hatiku adalah untuk dapat mematuhi perintah-Mu; jika aku dapat mengubah nasibku ini, nescaya aku tidak akan beristirehat walau sebentar pun dari mengabdikan kepada-Mu”.

Menyaksikan peristiwa itu, dia merasa takut, semalaman termenung sampai terbit fajar. Pagi pagi lagi dia memanggil Rabiah, bersikap lunak padanya dan membebaskannya. Setelah menikmati kebebasan, Rabiah menjalani kehidupan sufistik, beribadah dan berkhalwat (menyepi), lebih memilih kemiskinan daripada kemewahan kehidupan duniawi.

Beliau hidup menyendiri, tidak menikah, dan enggan menerima bantuan kebendaan daripada orang lain. Dengan sikap dan kesalihannya itu namaya sebagai orang suci dan pengkhutbah makin lama makin harum. Dia dihormati oleh orang orang zuhud di masanya dan sering dikunjungi untuk bertukar tukar pengalaman masalah kesufian. Para Sufi yang sering berkunjung antara lain Malik bin Dinar, Sufyan as-Sauri, Syaqiq al-Balkhi dan lain lain.

Rabiah memilih untuk menempuh jalan hidup sendirian
tanpa nikah, hanya mengabdi diri kepada Allah. Pengalaman kesufian dia peroleh
bukan melalui guru, melainkan melalui pengalamannya sendiri. Dia tidak
meninggalkan ajaran tertulis langsung melalui tangannya sendiri, akan tetapi
ajarannya dikenal melalui anak muridnya, dan baru dituliskan setelah beliau
wafat.

KISAH BERSAMA HASAN AL BASRI

Sedia maklum bahawa Rabiatul Adawiyah memang tidak
berkeinginan untuk berkahwin. Ramai lamaran lelaki yang bukan calang calang
orang. Antaranya Abdul Wahid bin Zaid, seorang yang dihormat dalam kalangan
masyarakat setempat. Selain itu, Muhammad bin Sulaiman al-Hasyimi juga pernah
melamar. Beliau merupakan amir
Abbasiyah dari Basrah. Kalau di Malaysia boleh anggap macam Menteri Besar
Negeri. Pun ditolak oleh Rabiatul Adawiyah.

Akhirnya datanglah Hasan al Basri. Yang ni tahap
Mufti Wilayah dah. Rabiatul Adawiyah terima tapi dengan syarat 4 soalan yang
diberikan mampu dijawab tepat, maka beliau akan berkahwin dengan Hasan al
Basri. Antara 4 soalan itu adalah:

1.  Apakah
yang akan dikatakan oleh Hakim dunia ini saat kematianku nanti, akankah aku
mati dalam Husnul Khatimah atau Suul Khatimah?

2. Apakah yang akan anda katakan, jika ragaku telah
diletakkan di bumi pemakaman, dan telah ditanya oleh Munkar dan Nakir, apakah
aku mampu menjawab pertanyaan darinya?

3. Jika manusia telah diarak, di akhirat kelak, masing-masing
dari mereka menerima kitab amal perbuatannya. dan aku telah benar-benar
menerima kitab amal-perbuatanku, ditangan mana aku menerimanya, apakah tangan
kiri atau tangan kanan?

4. Pada saat Hari Perhitungan nanti, “Jika telah
dipanggil manusia, beberapa diantara mereka ada yang di syurga, ada yang
dineraka, dimanakah aku berada diantara dua golongan ini?”

Jawapan Hasan al Basri hanya satu, “Hanya Allah Maha
Mengetahui”. Kemudian Rabiatul Adawiyah pun berkata, “Seseorang yang baginya
ghaib bagi empat hal ini, bagaimana boleh sibukkan diri dengan penikahan”?

Beliau menyambung lagi, “Aku dianugerahkan kemampuan
untuk menjaga sembilan nafsu dengan satu akal, bagaimana engkau yang ada
sembilan akal tidak mampu menjaga satu nafsumu”?

Menangis Hasan al Basri kerana merasakan dirinya
begitu kurang di hadapan Allah. Merasakan masih belum cukup untuk ‘membeli’
hati seorang hamba Allah yang sangat taat walaupun dengan ilmu yang cukup
tinggi. Lalu beliau keluar dari kediaman Rabiatul Adawiyah.

KEHIDUPAN RABIATUL ADAWIYAH

Cinta Rabiatul Adawiyah kepada Allah swt telah
memenuhi seluruh jiwa dan raganya. Ketika ditanya kepadanya mengenai cinta
kepada Rasulullah, dia menjawab, “Aku, demi Allah sangat mencintai Rasul, akan
tetapi cintaku kepada al Khaliq (Maha Pencipta) telah memalingkan perhatianku
daripada sesama makhluk (segala ciptaan)”, dan beliau ditanya kenapa menolak
perkahwinan sebagai salah satu sunnah Rasulullah saw maka beliau menjawab
bahawa dirinya milik Allah yang dicintai-Nya; barangsiapa ingin memperisterikannya,
maka hendaklah minta izin dengan Allah.

Rabiah telah meninggal dunia di Basra pada tahun 801
Masihi. Dia telah dimakamkan di rumah tempat dia tinggal. Ketika jenazahnya
diusung ke perkuburan, orang-orang soleh, para sufi dan orang-orang Islam turut
mengiringinya dalam jumlah yang luar biasa ramainya. Cintailah Allah kerana Dia
mencintai kita, tunaikanlah perintah Allah kerana Dia akan mengadili kita,
buatlah sesuatu yang dituntut semata-mata kerana Allah  sebab yang akan menilai setiap amal adalah
Allah.

Banyak puisi mahabbah
kepada Allah yang banyak diucapkan oleh para sufi yang dinisbahkan kepada diri
Rabiatul Adawiyah, contohnya:

“Ya Allah, jika aku menyembah-Mu, kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka; dan jika aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga; tetapi janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi padaku.”

RUJUKAN:

1. Hamka, Buya. 1953. Tasawuf dari Abad ke Abad.
Halaman: 69-73. Jakarta: Pustaka Islam.

 2. Drs. H. A.
Hafizah Dasuki, 1994, Ensiklopedia Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet