“Di mana sahaja anda lakukan penggalian, r4ngka seorang lagi kanak-kanak pasti akan ditemukan,” ujar ketua arkeologis yang menjalankan kerja-kerja ekskavasi di tapak berkenaan.

Di padang pasir yang terletak di pesisiran utara Lima, Peru, para arkeologis menemukan tulang-belulang milik seramai 227 orang kanak-kanak yang dipercayai mati dib*nuh dan dikebumikan pada ratusan tahun dahulu dalam sebuah upacara ritual k0rban secara besar-besaran. Menurut pasukan penyelidik yang melakukan ekskavasi di tapak berkenaan selama lebih dari setahun, penemuan ini diperkirakan sebagai tapak pengebumian tunggal bagi kanak-kanak yang paling besar di dunia. Angka yang ditemukan setakat ini juga berkemungkinan hanyalah jumlah minima.

“Di mana sahaja anda lakukan penggalian, r4ngka seorang lagi kanak-kanak pasti akan ditemukan,” ketua pasukan arkeologis yang bekerja di tapak berkenaan, Feren Castillo memaklumkan kepada media AFP pada Rabu (28 Ogos).

J4sad-j4sad yang dianggarkan dikebumikan sekitar 600 hingga 800 tahun dahulu, ditemui dalam keadaan menghadap ke laut di bandar Huancaco, Peru moden. Pada masa dahulu, tempat ini pernah menjadi pelabuhan kegemaran masyarakat Chimu, satu kelompok masyarakat yang hidup sekitar tahun 900M di sepanjang pantai utara Peru sehingga mereka ditakluk oleh Empayar Inca sekitar tahun 1475.

Menurut Castillo, kanak-kanak yang dikebumikan di sini dipercayai telah dit!kam seorang demi seorang di bahagian dada. Kemudian, j4sad mereka dilonggokkan di dalam sebuah lubang k*bur yang besar. Kanak-kanak di tapak Huanchaco ini dianggarkan terk0rban pada usia antara 4 hingga 14 tahun. Malahan, beberapa j4sad masih memiliki kesan kulit dan rambut.

Mempertimbangkan lokasi tapak pengebumian ini dan hakikat bahawa j4sad-j4sad tersebut dikatakan telah dikebumi semasa cuaca lembab, Castillo menyimpulkan bahawa kanak-kanak tersebut berkemungkinan telah dib*nuh sebagai mangsa k0rban yang dipersembahkan kepada dewa-dewa yang mengawal fenomena El Nino – suatu kitaran cuaca semi-tahunan yang berupaya mengakibatkan berlakunya ribut taufan di Amerika Selatan.

Upacara k0rban manusia yang dipersembahkan atas faktor yang sama (faktor cuaca) berkemungkinan juga pernah berlaku di tapak pengebumian Chimu, Huachaquito yang terletak berhampiran. Tapak yang ditemukan pada tahun 2018 itu dikatakan menempatkan j4sad milik seramai 140 orang kanak-kanak yang dianggarkan dib*nuh pada usia antara 5 hingga 14 tahun. J4sad-j4sad yang ditemukan di tapak ini berada dalam keadaan dada terbelah, dan bagi sebilangan j4sad, hati mereka telah dibuang. Di tapak pengebumian itu juga dijumpai j4sad 200 ekor llama.

Pada waktu itu (tahun lepas), tapak berkenaan dianggap sebagai tapak pengebumian kanak-kanak yang paling besar di dunia, sebelum penemuan terbaharu ini mengambil tempat tersebut.

DIOLAH DAN DITERJEMAHKAN DARI:

Brandon Specktor. (31 Ogos 2019). At Leats 227 Slaughtered Children Found at World’s Largest Child Sacrifice Site in Peru. Live Science.
https://www.livescience.com/worlds-largest-child-burial-site-chimu-peru.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.