Bukan seorang dua wanita yang dinobatkan sebagai srikandi dalam sejarah China. Terlalu ramai. Negara dan bangsa yang mempunyai sejarah yang sangat tua, lebih tua dari kebanyakan bangsa lain di dunia ini pastinya berbangga dengan nama seperti Hua Mulan, Puteri Pingyang, Fan Lihua dan Liang Hongyu sekadar nama yang saya petik mempunyai peranannya dalam sejarah.
Tetapi semua nama di atas statusnya sekadar legenda atau bukanlah panglima perang yang diiktiraf dalam sejarah China. Hanya seorang srikandi yang dinobatkan secara rasmi sebagai seorang panglima perang ialah Qing Liangyu.
Sepanjang perkhidmatan Qing Liangyu, beliau dicatatnya diikitraf oleh Maharaja Chongzhen, Dinasti Ming (1368-1644) dan tercatat dalam 25 buah buku catatan sejarah yang disunting secara rasmi oleh pemerintahan pelbagai dinasti.
Pada usia kecil lagi, Qin Liangyu dilihat mempunyai bakat yang luar biasa. Selain mempunyai kercedasan akal yang mengagumkan, Qin Liangyu juga sangat mahir bermain senjata, menunggang kuda, berenang dan memanah. Bakat Qing Liangyu yang sungguh memukau itu mendapat pujian dari bapanya sendiri.
“Tahukah bahawa engkau jauh lebih berbakat dari semua abang-abang serta adik kau? Sayang sekali kau adalah seorang wanita. Nescaya kalau lelaki, kau mungkin akan menjadi panglima perang yang hebat!”
Tidak puas hati dengan kenyatan ayahnya itu, maka sejarah mencatatkan bahawa Qing Liangyu dipetik pernah berkata:
“Dengan menjadi seorang pegawai tentera sahaja sudah cukup untuk aku menguasai sebuah kota dan memimpin sebuah pasukan!”
Sejarah masih segar mencatatkan bagaimana srikandi hebat ini sedang dipilih jodoh oleh ayahnya. Memandangkan Qing Liangyu mempunyai bakat hebat dalam bidang pertempuran, maka sebuah pertandingan dibuat untuk memilih bakal suami.
Mereka harus beradu tenaga di hadapan Qing Liangyu. Memandangkan cerita tentang kejelitaan dan kehebatan Qing Liangyu tersebar di merata tempat, maka ramai jejaka yang menyertai pertandingan ini. Akhirnya, Ma Qiancheng memenangi pertempuran itu dah berkahwin dengan Qing Liangyu.
Antara jasa-jasa Qing Liangyu dalam sejarah China ialah beliau dan suami beliau telah melatih sebuah pasukan tentera elit dalam sejarah China yang diberi nama “Tentera Batang Putih.”
Pasukan “tentera batang putih” menggunakan sejenis tombak yang batangnya dibuat daripada kayu putih. Senjata ini dicipta oleh Qin Liangyu. Di hujung tombak ini ada sebuah cangkuk besi dan di hujung bawahnya ada sebuah lingkaran besi.
Selain digunakan sebagai senjata, tombak ini dapat saling menyambung untuk membantu askar mendaki tembok kota atau gunung dan bukit. Senjata ini sangat sesuai untuk berperang dalam pergunungan. Ribuan askar batang putih yang di bawah pimpin Ma Qiancheng dan Qin Liangyu telah menjadi pasukan tentera yang terkenal dalam sejarah China.
Selain itu dalam sejarah, Qing Liangyu turut dicatatkan mengetuai askar Dinasti Ming melawan serangan orang Manchu dari utara China. Walaupun Dinasti Ming kalah, Qing Lianyu tidak pernah menyerah. Jasanya kemudian diiktiraf oleh Maharaja China yang di dalam pelarian ketika itu dengan gelaran Pelindung Agung Putra Mahkota.
Beliau meninggal dunia ketika berusia 75 tahun ketika mengetuai askarnya dalam usaha melakukan pemeriksaan ke atas pasukan musuh. Ketika itu. Qing Liangyu terjatuh dari kudanya. Bayangkan seorang wanita sepertinya masih mampu gagah menjulang senjata meski usia sudah memasuki lebih 70 tahun.
Hebat dan mengagumkan sungguh sejarah Qing Liangyu!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih