Putri Saadong merupakan anakanda kepada Cik Siti Wan Kembang yang merupakan Ratu bagi kerajaan Negeri Kelantan. Versi yang lain pula menyatakan bahawa Tuan Putri Saadong adalah anak angkat kepada Cik Siti Wan Kembang. Tetapi, kedua dua versi ini menyatakan bahawa Putri Saadong merupakan anak kepada Cik Siti Wan Kembang. Kecantikan dan Kehebatan Putri Saadong ini bukanlah rahsia pada waktu itu. Justeru itu, Cik Siti Wan Kembang bimbang akan kecantikannya Putri Saadong ini akan membuatkan musuh musuh Kelantan melirik kepadanya.

Oleh itu, Cik Siti Wan Kembang mengambil keputusan untuk menikahkan Putri Saadong dengan Raja Abdullah. Raja Abdullah merupakan keturunan Di-Raja Jembal yang berpusat di selatan Kelantan. Hal ini telah menyebabkan, Raja Abdullah menjadi Raja Kelantan pada waktu itu.

Kehidupan kerajaan Kelantan ini seringkali diganggu oleh Kerajaan Siam yang bersempadan dengan Kerajaan Kelantan. Pada waktu itu, pemerintahan Kerajaan Ayutthaya sering menggangu kerajaan jiran jiran mereka dengan meminta agar dibayar bunga emas kepada mereka.

Permintaan ini ditolak dengan tegas oleh kerajaan Kelantan pada waktu itu. Akhirnya, Siam telah melancarkan serangannya ke atas Ibu Kota Kelantan, Bukit Marak. Siam telah menangkap Putri Saadong dan dinikahkan dengan Raja Siam pada waktu itu. Sebahagian versi lain menyatakan, Putri Saadong telah dibawa ke Siam.

Putri Saadong dikatakan mempunyai azimatnya yang mana setiap kali Raja Siam ingin menggangunya maka Raja Siam ini akan ditimpa tulah dan sakit. Dek kerana ini, Putri Saadong dipulangkan semula kepada Raja Abdullah dengan keadaan yang baik. Namun, sepanjang pemergiannya Putri Saadong ternyata Raja Abdullah telah berkahwin lain.

Tindakan Raja Abdullah ini mengundang murka yang teramat kepada Putri Saadong. Akhirnya, Putri Saadong telah menghilangkan diri dari Bukit Marak dan versi lain menyatakan Putri Saadong telah membunuh Raja Abdullah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.