Sudah menjadi resam bagi orang terkenal terutama golongan selebriti dan kerabat diraja menjadi buruan media tabloid setiap hari. Walaupun benda yang dilakukan mereka bersifat normal tetapi itu sudah cukup untuk dijadikan bahan berita. Tetapi dengan status mereka ini juga, ia turut diiringi dengan pelbagai cabaran termasuk cabaran keselamatan. Golongan sebegini dianggap sasaran mudah oleh individu atau organisasi tertentu kerana membolehkan agenda mereka diutarakan atau peluang mendapat wang t3busan. Salah seorang yang pernah terkena dalam hal ini ialah puteri Ratu Elizabeth II, Puteri Anne dengan suaminya ketika itu, Kapten Mark Phillips.
Seperti mana Puteri Diana pada tahun 80-an dan awal 90-an atau Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle hari ini, Puteri Anne merupakan selebriti dalam kalangan kerabat diraja Britain pada 70-an. Baginda amat aktif dalam sukan ekuesterian di mana di situlah baginda berkenalan dengan bakal suaminya, Kapten Phillips. Beliau merupakan bekas pemenang pingat emas acara ekuesterian Sukan Olimpik Munich 1972 dengan setahun sebelumnya, Kapten Phillips dan Puteri Anne dipilih sebagai Personaliti Sukan BBC Tahun 1971. Malah, pasangan suami isteri kemudiannya bertanding dalam acara sama pada Sukan Olimpik 1976 di Montreal, Kanada. Apabila mereka mengikat tali perkahwinan pada November 1973, perkahwinan itu menjadi tumpuan ramai dengan dihadiri 2,000 orang tetamu. Sementara 500 juta penonton dari seluruh dunia berpeluang menyaksikan upacara perkahwinan mereka.
Pada malam 20 Mac 1974, Puteri Anne dan Kapten Phillips dalam perjalanan pulang ke Istana Buckingham selepas menghadiri majlis tayangan filem untuk tujuan kebajikan. Mereka menaiki kereta Rolls Royce berwarna merah maroon dengan lambang kerabat diraja British yang dipandu pemandu Alex Callender, pembantu peribadi Puteri Anne dan pengawal peribadi baginda dari So14 (Unit Cawangan Khas Scotland Yard yang ditugaskan mengawal keselamatan kerabat diraja Britain), Inspektor James Wallace Beaton yang duduk di ruang penumpang hadapan. Hanya seorang saja pegawai yang diperuntukkan oleh SO14 untuk menjaga keselamatan baginda. Perkara ini dianggap lumrah kerana bila bonda Puteri Anne, Ratu Elizabeth II pergi ke mana-mana, baginda hanya ditemani seorang pengawal peribadi untuk lawatan tidak rasmi dan perjalanan pergi balik ke kediaman rasmi baginda.
Tetapi tatkala mereka hendak kembali ke istana, mereka tidak sedar mereka diekori oleh sebuah kereta Ford Escort Mark 1 berwarna putih yang dipandu seorang lelaki bernama Ian Ball. Ball yang berusia 26 tahun mempunyai sejarah masalah mental ini mempunyai niat yang tidak baik terhadap Puteri Anne dan Kapten Phillips. Dalam kereta Ford Escort itu mengandungi dua pasang gari, ubat pelali Valium dan sehelai surat meminta wang t3busan terhadap Ratu Elizabeth II. Semasa Callender melalui The Mall iaitu satu laluan yang melalui Dataran Trafalgar dan Istana Buckingham, kereta Ford Escort yang dipandu Ball tiba-tiba memintas dan memaksanya berhenti 200 kaki dari kawasan istana.
Ball keluar dari kereta sambil mengeluarkan dua pucuk p1stol dan terus menuju ke kereta Rolls Royce itu. Di Britain, hanya sesetengah anggota polis saja yang boleh memegang senjata api tetapi bagi anggota SO14, mereka diberi kebenaran menggunakan s3njata autom4tik. Inspektor Beaton menyangka Ball ialah seorang pemandu yang marah dan keluar bertemu dengannya. Tanpa sebarang amaran, lelaki itu men3mbak bahu Inspektor Beaton. Beliau cuba men3mbak balas penj3nayah itu tetapi keceder4an bahu yang dialaminya mengganggu tumpuannya. Dan selepas Inspektor Beaton melepaskan t3mbakan buat kali pertamanya, s3njatanya tidak boleh digunakan kerana p3luru tersekat.
Tatkala Ball mendesak Puteri Anne dan Kapten Phillips membuka pintu kereta, salah satu pintu dibuka bagi membolehkan pembantu peribadi baginda keluar menyelamatkan diri. Inspektor Beaton segera masuk ke dalam kereta dan membantu pasangan diraja itu menutup pintu Rolls Royce. Ball men3mbak kali kedua dan t3mbakannya mengenai tangan anggota SO14 itu. T3mbakan kali ketiga yang dilepaskannya mengakibatkan Inspektor Beaton mengalami keceder4an teruk dan terpaksa keluar dari kereta Rolls Royce itu. Callender segera keluar dan bersemuka dengan Ball tetapi dit3mbak di bahagian dada.
Penj3nayah itu cuba memaksa Puteri Anne keluar tetapi enggan dilayan baginda. Ini ditambah suaminya, Kapten Phillips turut bergelut dengan Ball sehingga mengakibatkan gaun yang dipakai baginda koyak di bahagian belakang. Semasa disoal polis selepas kejadian, beliau mengakui insiden itu merupakan insiden yang paling menakutkan dihadapinya dan merasakan dirinya seperti haiwan yang terkurung apabila polis mula datang ke tempat kejadian. Konstabel Michael Hills merupakan orang pertama yang sampai di tempat kejadian. Menyangka insiden itu merupakan perbalahan akibat kemalangan kereta, Konstabel Hills mencuit bahu ball. Tetapi penc*lik itu men3mbaknya di bahagian perut. Sebelum tumbang, dia sempat meminta bantuan balainya.
Kejadian itu disedari oleh seorang eksekutif syarikat pembersihan, Ronald Russell yang sedang memandu pulang dari tempat kerja. Russell yang juga seorang bekas peninju tahu ada sesuatu yang berlaku selepas Ball menembak Konstabel Hills. Sementara itu, pemandu Glenmore Martin meletakkan keretanya di hadapan Ford Escort untuk mengelakkan penj3nayah itu dari melarikan diri. Martin juga cuba mengalihkan perhatian Ball tetapi selepas Ball hendak men3mbaknya, dia segera memapah Konstabel Hills ke tepi jalan.
Kemudian seorang wartawan Daily Mail bernama John Brian McConnell pula tiba di lokasi kejadian. Selepas melihat lambang kerabat diraja British, sedarlah dia bahawa ini merupakan satu cubaan penc*likan dan pasangan diraja itu berada dalam b4haya. Tetapi cubaannya memujuk Ball mengakibatkan dia dit3mbak dan jatuh di tepi jalan. Ball sekali lagi cuba memaksa Puteri Anne keluar tetapi kali ini diganggu oleh Russell dengan dia menumbuk kepala penc*lik itu. Pada mulanya, baginda ingin keluar tetapi selepas Russell menuju ke pintu berkenaan, Puteri Anne dan suaminya segera menutup pintu. Ball sekali lagi cuba menghampiri tetapi ditumbuk di bahagian muka oleh eksekutif syarikat pembersihan itu.
Melihat lebih ramai polis menghampiri tempat kejadian, kehadiran mereka membuatkan Ball merasa gementar. Tatkala itulah, Puteri Anne mencabarnya dengan berkata, “Marilah. Ini peluang anda.” Lelaki itu segera melarikan diri tetapi kelibatnya melalui St James Park disedari Detektif Konstabel (DC) sementara Peter Edmonds. DC Edmonds yang mendengar panggilan radio Konstabel Hills tiba di tempat kejadian bersama keretanya sendiri. Melihat Ball cuba melarikan diri, dia mengejarnya sebelum melemparkan kotnya ke atas kepalanya, menjatuhkannya dan menahan Ball.
Selepas ditahan, penj3nayah itu mempunyai wang sebanyak 300 paun dalam bentuk not 10 paun. Mereka turut menemui surat meminta wang t3busan dalam kereta Ford Escort yang disewa Ball di bawah nama John Williams. Dalam surat itu, Ball mengkritik keras sikap keluarga diraja British dan meminta mereka membayar wang t3busan sebanyak dua juta paun dalam bentuk not lima paun.
Wang t3busan ini kemudiannya akan disimpan dalam 20 beg bimbit yang tidak berkunci dan diletakkan dalam pesawat menuju ke Switzerland. Ball juga mendesak Ratu Elizabeth hadir ke pesawat itu mengesahkan tandatangan untuk semua kertas kerja berkaitan. Hasil siasatan polis turut mendedahkan penc*lik itu turut menyewa sebuah rumah di Hampshire, tidak jauh dari kediaman rasmi pasangan diraja itu di Akademi Tentera Sandhurst.
Untuk beberapa hari seterusnya, media di seluruh dunia termasuk di Britain berspekulasi bagaimana seorang pesakit mental boleh merancang jenayah serumit ini dengan baik. Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri ketika itu, Roy Jenkins mengarahkan satu siasatan segera tetapi sulit diadakan dengan Scotland Yard dan Istana Buckingham enggan mengulas lanjut siasatan yang dijalankan. Beberapa organisasi pengganas cuba mengambil kredit daripada jenayah yang dilakukan Ball tetapi siasatan Scotland Yard mendapati ia hanya dilakukan oleh seorang individu dan bukan sekumpulan individu.
Atas sebab itulah, Jenkins mengarahkan tahap kawalan keselamatan ke atas keluarga diraja dipertingkatkan tetapi tidak mengulas lanjut. Namun, keluarga diraja British menolak usaha itu dan menganggap seolah-olah tinggal dalam sangkar kalis peluru. Salah seorang yang menolak ironinya ialah Puteri Anne sendiri kerana tidak mahu peningkatan tahap keselamatan memberi kesan negatif kepada privasinya.
Yang pasti beberapa hari selepas insiden itu, Puteri Anne dan Kapten Phillips kembali ke Sandhurst dan meneruskan rutin kehidupan mereka seperti tiada apa yang berlaku. Baginda sibuk menguruskan kuda-kuda sementara suaminya itu memberi tunjuk ajar menembak kepada kadet-kadet akademi. Pada September 1974, Ratu Elizabeth II menganugerahkan George Cross (anugerah keberanian orang awam paling tinggi di Britain) kepada Inspektor Beaton, George Medal (pingat keberanian orang awam kedua tertinggi di Britain) kepada Konstabel Hills dan Russell, Queen’s Gallantry kepada DC Edmonds, McConnell dan Callender. Manakala Martin pula menerima anugerah Queen’s Commendation for Brave Conduct.
Bila Ball dibawa ke mahkamah pada 4 April 1974, peguamnya mendedahkan sejarah masalah mental yang dihadapinya. Tetapi bila ditanya apa motif penc*likannya, Ball berkata, “Saya akan berkata bahawa saya melakukannya kerana saya mahu menarik perhatian kekurangan kemudahan untuk merawat penyakit mental di bawah kendali Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).”
Dia mengaku bersalah atas tuduhan menc*lik dan cubaan bvnuh dan kini ditahan di kemudahan psikiatri keselamatan bertaraf tinggi di Broadmoor sehingga hari ini. Pada tahun 80-an, Ball menulis kepada seorang ahli parlimen UK dan mendakwa cubaan penc*likan yang dilakukannya merupakan satu penipuan tetapi dakwaan tersebut dipandang sepi oleh pihak berkenaan.
Lapan tahun kemudian, Britain sekali lagi digegarkan dengan insiden keselamatan membabitkan kerabat diraja British. Pada Julai 1982, seorang penganggur berjaya memanjat dinding istana dan menyusup masuk ke bilik tidur Ratu Elizabeth II. Kedua-duanya berbual selama 10 minit sebelum baginda berlari meminta bantuan pasukan keselamatan. Akibatnya, Scotland Yard mendapat kritikan keras dari ramai pihak. Setahun selepas itu, Scotland Yard menyusun semula Cawangan Perlindungan Diraja dan meletakkan Inspektor Beaton sebagai Superitendan cawangan berkenaan.
Walaupun Scotland Yard enggan mendedahkan jumlah peruntukan belanjawan untuk perbelanjaan keselamatan dan perlindungan diraja, belanjawan polis dalaman pada tahun 2010 mendedahkan mereka membelanjakan 113.5 juta paun untuk tujuan keselamatan kerabat diraja British. Angka tersebut kemudiannya menurun kepada 50 juta paun pada tahun 2012.
Ini berlaku bila SO14 memotong peruntukan kewangan yang digunakan untuk melindungi kerabat diraja yang tidak bekerja seperti anak-anak saudara Puteri Anne merangkap puteri-puteri Putera Andrew, Puteri Eugenie dan Puteri Beatrice. Kedua-duanya bagaimanapun mendapat perlindungan rasmi apabila mereka menghadiri acara-acara rasmi diraja. Bagaimanpun, Putera Andrew mengambil keputusan mengupah sebuah firma keselamatan untuk melindungi puteri-puterinya untuk mengelak perkara sama yang menimpa kekandanya berulang.
Dalam satu temubual pada tahun 2006, Russell masih ingat apa yang dititahkan Ratu Elizabeth II kepadanya semasa baginda menganugerahkan George Medal kepadanya. Baginda bertitah, “Pingat ini daripada Ratu England dan ucapan terima kasih daripada bonda Anne.” Walaupun kisah hidup baginda dipaparkan diadaptasi dalam bentuk drama televisyen bersejarah Netflix The Crown yang kini memasuki musim ketiga, program yang dicipta oleh Peter Morgan itu langsung tidak menyebut kes cubaan pencvlikan Puteri Anne.
SUMBER
Hagen, Carrie. (2014). The Bl*ody Attempt to Kidn*p a British Princess. Smithsonian Magazine. https://www.smithsonianmag.com/history/bl*ody-attempt-kidn*p-british-princess-180950202/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih