Pulau Sandy atau Sandy Island ialah sebuah pulau kecil yang terletak di Lautan Pasifik. Kedudukan pulau ini ialah di antara Australia dan New Caledonia, wilayah jajahan Perancis. Pulau ini ialah daratan sebesar 120 kilometer persegi sebagai mana yang dicatatkan oleh James Cook ( Alex Chapman, 2018).
Pulau ini tercatat dalam banyak peta pada penghujung kurun ke-19. Kapten James Cook, seorang pelayar dan penjelajah British adalah orang pertama memetakan Pulau Sandy pada tahun 1774.
Beberapa portal juga menyebut pada tahun 1876, sebuah kapal bernama Velocity telah melaporkan keberadaan Pulau Sandy. Namun, identiti dan kapal Velocity yang disebutkan tidak dikenalpasti (Luke Harding, 2012). Ini kerana, berdasarkan dokumen senarai perkapalan pada tahun 1874-1875, terdapat lima buah kapal berbeza bernama Velocity.
Pulau ini ditulis dalam peta navigasi British (British Admiralty chart) pada tahun 1908.
Akan tetapi, keberadaan pulau ini menimbulkan kesangsian. Banyak pelayar dan ekspedisi gagal menemui pulau ini walaupun telah berada di tempat yang betul mengikut peta. Apa yang ada hanyalah lautan luas tanpa daratan.
Staff Auckland Museum di New Zealand turut menyatakan terdapat catatan pada peta yang dicatatkan oleh kapal Velocity pada tahun 1876. Selepas kembali dari pelayaran, kapten kapal ini melaporkan keberadaan pulau-pulau kecil di kawasan meridian 159° 57 ‘E dan di antara latitud 19° 7’ S dan 19° 20 ‘S. Kedua-duanya kemudian muncul dalam direktori maritim Australia untuk tahun 1879.
Para pengkaji mula mempertikaikan kewujudan pulau ini. Pada tahun 1979, pihak berkuasa Perancis membuang pulau ini daripada peta lautan.
Pada tahun 2012, sekumpulan penyelidik dari Australia sekali lagi menuju kegagalan dalam ekspedisi mencari pulau ini. Selepas 25 hari ekspedisi, mereka membuktikan pulau ini sememangnya tidak wujud.
Saintis dari Sdyney University, Dr. Maria Seton dalam satu temubual berkata, “Kami mahu memeriksa kewujudannya kerana peta navigasi di atas kapal menyatakan air di kawasan pulau tersebut sedalam 1,400 meter(4620 kaki) yang dianggap ‘amat dalam’.
Kumpulan penyelidik ini juga berpendapat apa yang mereka lihat dahulu adalah fenomena rakit batu terapung yang besar (fumice raft). Bahan ini ialah bentuk lava gunung berapi yang mempunyai gas di bahagian dalam membolehkan ianya terapung. Perkara ini disokong dengan fenomena letusan gunung berapi bawah laut Havre Seamount pada tahun 2012. Bahan ini terapung di sekitar pantai New Zealand sejauh 22000 kilometer persegi.
Dalam tempoh 250 tahun, untuk sebuah pulau besar tenggelam akibat pemanasan global dan peningkatan air laut sehingga kedalaman itu adalah mustahil. Beberapa pendapat juga menyatakan James Cook dan anak kapal Velocity tidak menjejakkan kaki di pulau itu. Mereka hanya melihat dari atas kapal sahaja, pada jarak yang tidak diketahui.
Google map kemudian membuang kedudukan pulau ini dari peta. Hanya ada lautan biru pada koordinat yang dicatat oleh kapal velocity dalam google map.
Adakah pulau ini sememangnya wujud satu masa dulu menimbulkan rasa ingin tahu semua pengkaji. Pelbagai hipotesis dan pendapat untuk soalan ini, namun tiada siapa pernah menemui pulau ini sejak kali terakhir pada 1876.
RUJUKAN:
- Robert Krulwich (2013) Pacific Island, Bigger Than Manhattan, Vanishes, NPR
- Alex Chapman (2018) The island that doesn’t exist: Australia’s ‘phantom’ Sandy Island has been charted since 1774 – but has mysteriously vanished from Google Maps, Dailymail
- BBC (2012) South Pacific Sandy Island ‘proven not to exist’, BBC News Portal
- Luke Harding (2012) Sandy Island: whaling ship behind land that proved not ahoy, The Guardian, Australia
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih