Mitologi orang Eropah terutamanya mereka yang berbangsa Eropah Utara begitu unik sehingga kita tertanya-tanya bagaimana mereka mampu ceritakan mitos mereka. Antara mitos yang menarik untuk dirungkai ialah pulau misteri bernama Hy-Brasil!
Hy-Brasil atau Brasil (bukan negara Brazil ya!) ialah pulau misteri menurut kepercayaan orang Ireland. Pulau itu dipercayai terletak di Lautan Atlantik, lebih tepat di barat Pulau Ireland.
Pulau Brasil dikatakan penuh dengan kabus sehingga tiada siapa dapa menemuinya walaupun guna kompas. Hanya setiap tujuh tahun pulau ini muncul tapi tiada siapa dapat menjejakkan kaki.
Pada tahun 1325, seorang pemeta berbangsa Itali bernama Angelino Dulcert telah memetakan nama pulau ‘Bracile’ yang diletakkan di Lautan Atlantik berdekatan barat Ireland.
Masuk tahun 1436, pemeta Itali bernama Andrea Bianco telah senaraikan pulau bernama ‘Insula de Brasil’ sebagai antara pulau terbesar dalam Lautan Atlantik. Pemetaan kedua-dua pemeta ini membuatkan kita tertanya-tanya, mengapa mereka petakan Pulau Brasil walaupun ia sekadar mitos saja?
Berkemungkinan besar Pulau Brasil benar-benar wujud! Kerana kepercayaan inilah ramai pengembara mancari nasib menemui pulau misteri itu. Pengembara pertama ialah John Cabot yang menjadi penjelajah Eropah pertama tiba di pinggir pantai Amerika Utara selepas orang Viking.
Selepas tiba di Amerika Utara pada tahun 1497, beliau mendakwa bahawa Amerika Utara pernah ditemui oleh seorang pengembara sebelum beliau. Pengembara itu dikatakan berlayar dari kota Bristol, England kemudian menemui Pulau Brasil.
Pada tahun 1674, Kapten John Nisbet mendakwa yang beliau temui Pulau Brasil apabila mengembara dari Perancis ke Ireland. Dikatakan pulau itu dihuni oleh arnab hitam bersaiz besar dan ahli sihir yang menetap di istana batu. Tapi, kisah kapten ini adalah rekaan dari seorang penulis Ireland terkenal bernama Richard Head.
Maka, sehingga sekarang tiada siapa dapat buktikan kewujudan Pulau Brasil. Tapi, masih ada suluh di sebalik kemisterian pulau ini! Porcupine Bank, iaitu lembah yang menaik dari dasar laut, sedalam 200 meter dan sejauh 200 kilometer dari barat Pulau Ireland dikaitkan dengan Pulau Brasil.
Lembah dasar laut yang ditemui pada tahun 1862 ini telah direkodkan pernah ‘timbul’ dari permukaan laut setelah kertas kajian yang diberikan kepada Geological Society of Ireland pada tahun 1870 mengesahkan perkaitan antara Porcupine Bank dan Pulau Brasil.
Jadi, adakah Porcupine Bank itu sebenarnya Pulau Brasil yang misteri? Sampai sekarang belum ada kajian lanjut tentang perkaitan ini. Namun, tidak mustahil kebenaran sebenar tentang pulau itu akan terbongkar kelak!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih