Pada tahun 1975 di Harvard University, Muhammad Ali, seorang peninju terbaik di dunia, telah menghasilkan puisi yang paling pendek di dunia.
Semasa memberi ucapan untuk majlis graduasi, mahasiswa di sana cukup terkesima dengan ucapan Muhammad Ali berkenaan persahabatan dan perpaduan. Selepas itu, mahasiswa meminta Muhammad Ali berpuisi. Lalu, dia berpuisi,
“Me, We.”
Tiada siapa yang tahu yang dimaksudkan oleh Muhammad Ali dengan puisi tersebut. Yang menjadi persoalan terbesar pemuisi adalah apakah yang menjadi puisi itu puisi?
Adakah puisi itu seperti mesin? Seperti letupan? Seperti mimpi? Sebuah gelombang? Pemuisi selalu menggunakan metafora untuk menggambarkan definisi.
Walau apa pun definisi yang cuba diketengah berkenaan ‘puisi’, terdapat beberapa ciri yang telah membentuk puisi.
1. Puisi menekankan kualiti bahasa muzik iaitu ritma dan irama seperti yang terdapat dalam ‘Sonet’ oleh Shakespeare, ‘Odes’ oleh Confucius, Kitab Veda oleh Brahma, dan Quran.
2. Puisi menggunakan bahasa yang mampat dan dalam. ‘Deep’ orang kata. Ia seperti tulisan sastera yang mampu diperah oleh buku seperti air.
3. Puisi selalu menggambarkan perasaan yang cukup mendalam. Ini pun dikatakan ‘deep’ juga seperti puisi-puisi Rumi dan ‘Ode to an onion’ oleh Pablo Neruda.
Puisi adalah sebuah seni yang mempunyai disiplin yang tinggi dalam membentuk sebuah definisi yang mudah.
Puisi yang berirama suatu ketika dahulu digunakan untuk mengingati kisah-kisah ataupun peristiwa-peristiwa tertentu.
Puisi tak semestinya perlu berlirik seperti yang terdapat dalam karya ‘Apfel’ oleh Reinhard Dohl dan ‘Silenco’ oleh Eugen Gomringer.
E.E Cummings menulis puisi mengikut pembentukan dan dinamik keadaan dunia itu sendiri seperti dia membentuk puisi seperti daun yang bergugur dari pokoknya.
Ini yang menjadikan puisi seolah mengakuri seni visual.
Sekiranya sifat visual puisi agak kabur, mungkin apa yang tinggal adalah muzik. Ini menimbulkan persoalan baru, adakah lirik lagu itu sebuah puisi?
Tidak ramai yang anggap lirik muzik sebagai sebuah puisi. Tapi lirik muzik yang dihasilkan oleh seniman seperti Bob Dylan, Paul Simon dan Tupac Shakur mampu menjadi sebuah puisi tanpa kehadiran irama lagu dan muzik.
Dalam rap pula, sifat puisi sepert irama, ritma dan visualiti tak dapat dipisahkan dalam rap.
Penulisan dalam puisi yang mempunyai selang dan berhenti pada suatu tempat, membantu pembaca membaca puisi secara berirama. Tetapi apabila benda-benda itu tiada, adakah puisi itu menjadi puisi? Mungkin tidak lagi.
Puisi menggunakan permainan kata dan gambaran yang kabur dalam menghasilkan prosa dan diformatkan dalam bentuk perenggan.
Kalau kita tidak melihat puisi dalam bentuk ‘fizikalnya’, dan lebih pada ‘konsep’, kita akan dapati ‘puisi’ sentiasa berada di sekeliling kita.
Garisan antara prosa, muzik, dan seni visual mempunyai garisan yang sangat nipis dan terlalu kabur.
Tapi satu perkara yang kita pasti iaitu definisi perkataan ‘poetry’ itu sendiri. Ia berasal perkataan Yunani, ‘poiesis’ yang bermaksud ‘Mencipta’. Mengambil ‘bahan-bahan mentah’ dunia untuk mencipta sebuah ‘kefahaman’ yang baru.
Dan ia menjadi maksud apakah yang dimaksudkan oleh manusia dalam cara hanya manusia saja dapat difahami.
Kajian pernah dilakukan ke atas robot untuk menulis sebuah puisi, untuk membezakan puisi yang dihasilkan oleh manusia dan robot. Jawapannya menarik, robot tidak mampu menghasilkan puisi seperti ia mampu menghasilkan jurnal, mencipta peralatan dan melakukan proses perubatan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih