Pernahkah anda terfikir “Mengapalah begitu ramai rakyat Malaysia yang susah nak ikut peraturan dan ingkar perintah?” Terutamanya di musim Covid-19 ini yang sedang menggila ini. Bukankah sesuatu perkara itu lebih senang dilakukan dalam kumpulan?
Seorang jurutera pertanian dari Perancis, Maximillian Ringelmann (1913) ingin mengkaji pencapaian individu berbanding kumpulan. Dia menyuruh peserta lelaki menarik tali selama 5 saat, kemudian dia mengukur jumlah daya yang dikeluarkan untuk menarik tali tersebut mneggunakan dynamometer. Eksperimen itu diulang pula kepada perserta kumpulan yang terdiri daripada 7 orang, kemudian, 14 orang.
Dia mendapati bahawa apabila ditarik seorang diri, daya yang dikeluarkan ialah 85.3 kg. Apabila ditarik seramai 7 orang ialah sebanyak 65.0kg dan ketika ditarik oleh 14 orang pula 61.4 kg. Beliau perasan bahawa apabila ditarik tali secara berkumpulan, setiap orang hanya akan keluarkan daya yang sedikit. Dalam erti kata lain, setiap orang akan menjadi malas apabila berada dalam kumpulan, berbanding berada seorang diri.
Perkara ini dipanggil “Ringelmann Effect” iaitu kecenderungan setiap individu menjadi kurang produktif (baca :pemalas) apabila berada dalam kumpulan. Dalam sains, perkara ini juga dipanggil sebagai social loafing atau kemalasan sosial.
Berbalik kepada persoalan ingkar perintah Kawalan Pergerakan tadi, kenapa perkara ini berlaku?
Sebabnya semua orang nak mudah, dan ambil mudah. Mengapa kita perlu bersusah payah apabila ahli lain dapat melakukannya, terutamanya apabila tiada siapa yang perasan?
Hakikatnya, kita semua melakukan perkara ini tanpa kita sedari. Atau sekurangnya mesti pernah terlintas “Takpe, aku sorang je tak buat, orang lain dah ramai yang buat..” Betul bukan?
Kemudian satu persoalan lagi timbul, apakah yang menghalang kita daripada melakukan sesuatu perkara, dan membiarkan orang lain berusaha keras? Jawapannya adalah akibat.
Kita tidak mudah nampak sesuatu akibat daripada perbuatan kita itu tadi, dan perkara yang dilakukan secara berkumpulan juga susah mengenal pasti individu manakah yang bermasalah. Jadi, selagi kita boleh menjadi “malas” dalam komuniti tanpa diketahui orang lain, selagi itulah kita akan cenderung melakukannya.
Kesimpulan dari eksperimen Ringelmann tadi, tingkah laku manusia adalah berbeza semasa dalam kumpulan dan semasa bersendirian. Kelemahan dalam kumpulan dapat dipertimgkatkan dengan melibatkan ahli semaksimum yang mungkin. Cari ahli-ahli yang pasif dan kejutlah mereka dari tidur yang panjang!
Untuk menentang wabak ini, setiap orang harus rasa kebersamaan. Dan setiap orang adalah penting dan ada peranan.
Ayuh!
#kitajagakita
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih