Artikel ini dikarang khas untuk pembaca The Patriots sempena musim PRU. Perkongsian pada kali ini memilih topik propaganda, supaya ia dapat dipraktikkan dalam menyampaikan sesuatu isu dengan liputan yang lebih meluas. Ia juga boleh digunakan dalam membuat iklan perniagaan.
Namun, tujuan utama artikel ini dikarang untuk menyedarkan seberapa banyak zombi politik kepartian yang merayau dalam media sosial ini, akan bagaimana mereka termakan dakyah & penipuan politik. Saya beri amaran di awal artikel,
“ARTIKEL INI MENEMBAK SEMUA ZOMBI POLITIK KEPARTIAN TIDAK KIRA ZOMBI KERAJAAN MAHUPUN ZOMBI PEMBANGKANG”
Berbalik pada tajuk, ilmu propaganda ini kita ibaratkan bagai sepucuk pistol.
Apakah kita akan menggunakannya untuk melakukan jenayah ? Atau patutkah kita gunakan bagi membanteras jenayah ? Terpulang kepada kita. Siapa makan cili akan terasa pedas.
……………………..……………………..….
APA ITU PROPAGANDA ?
Propaganda bermaksud mesej-mesej bersepadu yang bertujuan mempengaruhi pendapat atau kelakuan orang ramai. Dalam erti kata paling asas ialah menyediakan maklumat dengan tujuan mempengaruhi masyarakat. Propaganda juga turut dikenali sebagai ‘Gerak Saraf, Perang Saraf (GSPS)’.
Propaganda sering digunakan sebagai alat komunikasi untuk menaikkan atau menjatuhkan individu berpengaruh seperti ahli politik, ahli perniagaan, selebriti & lain-lain.
Sejak manusia mengenali perperangan menyaksikan bagaimana propaganda menjadi antara ketumbukan utama untuk menghancurkan musuh. Sejarah juga telah banyak kali menyaksikan bagaimana propaganda dilaung acap kali untuk mempengaruhi kawan atau lawan.
Dalam fasa kedua Perperangan Uhud, selepas tentera pemanah Muslimin melanggar arahan Rasulullah untuk bertahan di atas bukit Uhud, Khalid Al-Walid (yang belum Islam) telah melihat ini sebagai peluang & mengarahkan tentera Musyrikin yang sedang berundur kembali melakukan serangan. Pertahanan Tentera Muslimin menjadi kucar-kacir. Melihat Rasulullah yang tercedera terkena panahan, Tentera Musyrikin melaungkan “Muhammad telah mati !”. Laungan ini jelas merupakan propaganda yang berkesan untuk melunturkan semangat Tentera Muslimin Madinah.
……………………..……………………..….
LANGKAH MELAKUKAN PROPAGANDA
Pelbagai teknik yang berasaskan kajian psikologi sosial digunakan untuk menjana propaganda. Kebanyakan teknik adalah sama kerana ia adalah falasi logik. Penyebar propaganda akan menggunakan hujah yang meyakinkan tapi tak semestinya tepat. Yang penting ialah ‘Memenangi Hati Orang Ramai (Winning People’s Heart)’.
»AD HOMINEN
Ia adalah perkataan Latin yang bermaksud “menyelar musuh”. Ahli politik menggunakan teknik ad hominen untuk menangkis propaganda daripada musuh. Terus selar tuduhan musuh tanpa perlu berbalas dengan hujah. Ini kerana minda ‘kelas bawahan’ lebih suka situasi yang hangat dengan tuduh menuduh, hina menghina & sebagainya berbanding duduk berbincang secara matang & profesional. Kelemahan ini dipergunakan sebagai kekuatan untuk menyerang lawan.
“Tuduhan yang tidak dijawab dalam masa 24 jam akan membenarkan tuduhan itu”
Selain itu, propagandis menggunakan ad hominen sebagai teknik untuk menyerang lawan politiknya. Propagandis akan memberikan nama gelaran yang hina kepada lawan. Ia akan menambahkan lagi kehangatan politik.
Contoh :
*Al-Juburi
*Mat GST
*Spender
*Jibby
*Komunis
»AD NAUSEAM
“Pengulangan idea tanpa henti.”
Vladimir Lenin menyebut – “A lie repeated often enough becomes the truth. (Pembohongan yang diulang-ulang secara berterusan akan nampak benar.)” Frasa ini turut diakui oleh Joseph Goebbels, seorang pegawai Kementerian Propaganda Nazi Jerman.
Slogan ringkas, penipuan, penghinaan, kesalahan musuh atau apa saja yang ingin dipropagandakan akan dilaungkan berulang kali supaya dapat menembusi masuk ke minda si penerima. Minda penerima ibarat terkena hipnotisma atau pukau. Pendekatan ini lebih berkesan jika sumber media yang terhad & terkawal oleh penyebar.
Contoh :
*Altantuya
*Kapal Selam Scorpene
*Cincin berlian
*Maha Firaun
*KY Jelly
*Qu Puteh
»ARGENTUM AD VERECUNDIAM
Ahli politik akan menggunakan tokoh atau ikon untuk menyokong idea atau pendirian beliau. Ini kerana tokoh atau ikon mempunyai aura & pengaruhnya yang tersendiri. Sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi pengikut tokoh atau figura tersebut.
Hari ini, propagandis melihat trend generasi Y & Z lebih ‘bijak’, iaitu memilih ikon daripada golongan agamawan, ilmuan & negarawan. Generasi X pula lebih cenderung untuk memilih golongan artis sebagai ikon mereka.
Contoh :
*A. Samad Said
*Sheikh Yusuf Al-Qadrawi
*Mejar Zaidi
*Adam Adli
*Dr. Fathul Bari
*Dato’ Kazim Elias
»ARGUMENTUM AD METUM
Meraih sokongan atau menjatuhkan musuh dengan membina ketakutan, menanamkan kekhuatiran dan kecemasan pada rakyat umum. Perkara yang dibangkitkan tidak semesti perlu tepat.
Contoh :
*Malaysia akan jatuh muflis
*Kerajaan sedang menzalimi rakyat
*Rakyat sedang kebuluran
*Pembangkang akan menggulingkan Institusi Raja Berpelembagaan
Selain yang disebut di atas, seorang propagandis amat memahami cara kerja ‘minda bawahan’, seperti yang ditulis di bawah.
»SNOWBALL STRATEGI
Strategi ini berkait rapat dengan pepatah ‘Berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit’. Propaganda harus dimulakan dari sekecil-kecil ‘penipuan’, dan serangan bertubi-tubi (ad nauseam) akan secara kendirinya menghasilkan ‘penipuan’ yang lebih besar. Tugas propagandis jadi lebih mudah jika dia pandai memanipulasikan minda penerima.
»SERTAI YANG MENANG
Tarikan ‘Sertai Yang Menang’ & ‘Kemenangan Terjamin’ akan mengesa penerima agar menyertai pihak penyebar propaganda & mengambil langkah ‘seperti orang di sekeliling’.
Manusia sebenarnya cenderung untuk menyertai pihak yang menang. Tunjukkan anda lebih kuat & akan menang. Ia akan menarik lebih ramai menyebelahi anda.
Contoh :
*Perhimpunan BERSIH
*Perhimpunan Melayu Bersatu (Baju Merah)
*Konflik Plagiat Samsung© – Apple©
……………………..……………………..….
TEKNIK MENCIPTA PROPAGANDA
»IDEA
Apakah idea/isu yang ingin disampaikan kepada masyarakat ? Ia perlulah bersesuaian dengan tuntutan setempat
Contoh :
*Qu Puteh (wanita Malaysia mahu jadi lebih putih)
»KESAMARAN
Wujudkan kesamaran dalam penyampaian idea/isu. Ia akan membuatkan penerima berfikir sejenak & terdorong untuk melakukan apa yang anda mahu penerima tersebut lakukan.
Propaganda sering memilih fakta-fakta tertentu sahaja dengan teliti untuk menggalakkan hipotesis yang tertentu terhadap maklumat yang diberi.
»PERKATAAN & RENTAK
Pilih perkataan yang sesuai & mudah dalam menyampaikan idea/isu. Sulami perkataan tersebut dengan rentak yang menarik perhatian & meyakinkan.
Ulang perkataan & rentak tersebut, gunakan kuasa laungan untuk mewujudkan keyakinan & ‘kebenaran’ padanya.
Contoh :
*Qu Puteh, Qu Puteh, barulah putih
*Luaskan Kuasamu
*Now Everyone Can Fly
*Sungguh Enak Dimakan Begitu Saja
*BERSIH
*1Malaysia
»IMEJ & AKSI
Pilih imej atau aksi yang mudah & meyakinkan tetapi jangan kelihatan seperti ‘over-confidence’ atau terlalu rumit & berserabut hingga menenggelamkan mesej yang cuba disampaikan.
Contoh :
*Qu Puteh, Qu Puteh, barulah putih. (dengan dua jari di pipi)
»WAKTU YANG SESUAI
Pemilihan waktu yang sesuai amat penting. Untuk membuat liputan yang meluas, pilih masa di mana ada ramai bakal penerima berkumpul.
Di media sosial, pukul 7 hingga 12 malam adalah waktu yang sesuai kerana orang ramai sedang berehat & cenderung untuk meluangkan masa di media sosial. Selain itu, pukul 7 pagi hari Jumaat sering menjadi pilihan, kerana orang berkerja hari Jumaat memiliki banyak masa lapang yang terluang, terutamanya sebelum & selepas solat Jumaat.
Jika di alam nyata, persimpangan jalan utama merupakan tempat yang sesuai untuk menyebarkan propaganda. Pasang kain rentang yang berisi mesej propaganda di setiap persimpangan jalan utama, maka ramai akan membacanya. Pastikan teknik-teknik lain di atas dipraktikkan.
……………………..……………………..….
Konklusinya, inilah satu ‘ilmu sihir’ yang dituju ke atas para zombi politik kepartian.
Apabila tersebarnya satu propaganda, siapa yang tahu akan kesahihan berita tersebut ? Bagaimana jika ia suatu fitnah ?
Jadi kepada semua zombi politik, berhentilah membawa berita-berita politik kepartian yang dipropaganda kepada kalian.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih