Program Biasiswa Albukhary ialah satu program biasiswa yang ditawarkan Yayasan Al-Bukhary kepada pelajar-pelajar cemerlang yang datang dari latar belakang kurang bernasib baik dari serata dunia untuk menyambung pelajaran bukan saja di Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) tetapi juga 17 universiti yang mempunyai perkongsian kerjasama dengan yayasan berkenaan.
Program Biasiswa Albukhary terdiri daripada lima program iaitu:
a) Albukhary Equity Scholarship (AES)
b) Refugee Education Dream (RED) Scholarship
c) Regional Awards
d) Leadership, Academic and Service Excellence Awards
e) Campus Residence Grant
Albukhary Equity Scholarship (AES) ialah program biasiswa penuh yang disediakan oleh Yayasan Al-Bukhary. Program biasiswa ini terbuka kepada semua pelajar pra-siswazah dan pengajian asas. Program ini bertujuan memberi biasiswa kepada pelajar yang kurang bernasib baik tetapi cemerlang dari segi akademik. Syarat kelayakan ialah pelajar mesti berasal dari keluarga yang kurang bernasib baik dan mempunyai pencapaian cemerlang dalam peperiksaan GCE Tahap O, Tahap A atau peperiksaan yang sama taraf dengan peperiksaan yang dinyatakan.
Bagi pelajar pengajian asas yang nak mendapatkan biasiswa program ini, mereka harus mempunyai kelayakan peperiksaan Tahap O iaitu 3A (termasuk Matematik dan Bahasa Inggeris) dan 2B. Manakala bagi kelayakan peperiksaan Tahap A, tiada syarat dikenakan. Manakala untuk Program Pengajian Pra-siswazah, pelajar yang mengambil peperiksaan Tahap O atau sama tahap dengannya perlu mendapat 3A (termasuk Matematik dan Bahasa Inggeris) dan 2B. Manakala untuk peperiksaan Tahap A, pelajar perlu 2A dan 1B.
Bagi Refugee Education Dream (RED) Scholarship pula, ia merupakan satu program biasiswa penuh disediakan oleh Yayasan Al-Bukhary. Biasiswa ini disediakan untuk semua kursus peringkat ijazah dan program asasi. Program biasiswa ini diperuntukkan untuk pelarian atau pencari suaka yang berdaftar dengan UNHCR Malaysia. Pemohon haruslah layak untuk menyambung pengajian mereka di AIU. Syarat kelayakan untuk RED sama seperti AES iaitu datang dari keluarga yang bukan bernasib baik. Tetapi satu perbezaan di sini ialah ia diperuntukkan kepada pelarian atau pencari suaka yang mendaftar dengan UNHCR Malaysia.
Bagi pelajar pengajian asas yang nak mendapatkan biasiswa program ini, mereka harus mempunyai kelayakan peperiksaan Tahap O iaitu 3A (termasuk Matematik dan Bahasa Inggeris) dan 2B. Manakala bagi kelayakan peperiksaan Tahap A, tiada syarat dikenakan. Manakala untuk program pengajian pra-siswazah, pelajar yang mengambil peperiksaan Tahap O atau sama tahap dengannya perlu mendapat 3A (termasuk Matematik dan Bahasa Inggeris) dan 2B. Manakala untuk peperiksaan Tahap A, pelajar perlu 2A dan 1B.
Jumlah Pembiayaan
A. Albukhary Equity Scholarship
– Tuition dan yuran berkaitan
– Penginapan dan elaun sara hidup
– Insuran kesihatan
– Visa pelajar
– Penghantaran balik (satu tiket)
B. Refugee Education Dream (RED) Scholarship
– Tuition dan yuran berkaitan
– Penginapan dan elaun sara hidup
– Insuran kesihatan
Bagi yang ingin memohon atau mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan Program Biasiswa Albukhary, mereka boleh berhubung secara terus dengan pihak yayasan menerusi dua alamat:
Scholarship Unit
Albukhary Foundation
30, Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +60 12-928 1876/+60 10-222 1876
ATAU
Scholarship Unit
Albukhary Foundation
Jalan Tun Abdul Razak,
05200 Alor Setar, Kedah
Tel: +60 12-928 1876/+60 10-222 1876
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih