Program Apollo telah berjaya merevolusikan banyak industri. Sebuah misi yang memakan AS$152 bilion (nilai sekarang) telah menulis semula hukum teknologi terutamanya dalam aspek penerbangan dan komunikasi.
Tetapi cita-cita manusia takkan mungkin boleh terhenti. Apabila menjayakan sesuatu, tentu sekali umat manusia menanam hasrat baru.
Dan tidak salah pun jika ingin mendapatkan dua lembah emas apabila sudah memiliki satu. Selepas Bulan, manusia meletakkan mata di Marikh pula.
Tetapi dalam usaha ke arah Marikh, ada banyak batu yang berapungan di ruangan angkasa sambil mengelilingi Matahari dengan setia. Batu-batu jenis ini – atau dinamakan asteroid – mungkin menyimpan banyak sumber untuk kegunaan manusia.
Pelombongan asteroid telah lama menjadi hasrat. Logam mewah seperti emas, perak dan platinum mempunyai banyak kegunaan.
Emas misalnya boleh memantul radiasi suria dan mengimbangi suhu, sekali gus suatu aset penting dalam penjelajahan angkasa (Langley, n.d.).
Cuma misi sebegini belum dilaksanakan secara berleluasa atas kekangan teknologi dan perbelanjaan tinggi.
Perjalanan sudah menjadi suatu persoalan. Asteroid dan planet mempunyai jurang lebih berjarak untuk dibandingkan dengan Bulan semata-mata
Tetapi jaraknya berubah-ubah antara 360,990 hingga 405,000 kilometer sahaja (NASA, n.d.). Manakala jarak pembolehubah antara Bumi dan Marikh berada di antara 54.6 juta hingga 401 juta kilometer, oleh kerana faktor orbit.
Inilah cabaran utama, yang boleh dianggap sama dengan asteroid pun.
Semuanya bergerak, mengikuti perjalanan yang kadangkala jauh dan dekat. Bagi asteroid pula, faktor fizikal masih lagi menjadi penghalang. Manusia tidak boleh terlalu lama di angkasa.
Tetapi sehingga September 2016, 711 asteroid yang diketahui dijangka mempunyai nilai mencecah AS$110 trilion.
Jadi industri robotik (tidak perlu manusia di asteroid), tenaga (untuk kuasa robot), penerbangan (untuk pergi ke destinasi) dan komunikasi (untuk kawalan) akan memainkan peranan besar dalam misi sebegini.
Dan NASA nampaknya telah menjayakan satu langkah besar, dalam sebuah usaha yang dikuasai Jepun.
Benar, Amerika Syarikat ialah negara pertama yang mendaratkan pengorbit di sebuah asteroid pada 12 Februari 2001.
NEAR Shoemaker (dinamakan sempena Eugene Shoemaker) berjaya menghantar pulang maklumat seperti komposisi, minerologi dan morfologi (kajian bentuk) berkaitan asteroid Eros.
Tetapi Jepun paling banyak mngusahakan misi ke asteroid seperti Hayabusa ke asteroid 25143 Itokawa, siap kembali dengan 1,500 sampel lagi (Gough, 2016). Hayabusa2 ialah misi yang enam kali pergi ke 162173 Ryugu, turut disertai Jerman atau Perancis pun.
Pada 10 Oktober 2020 pula, NASA memancakkan bendera kiasan di asteroid 101955 Bennu. Ia merupakan salah satu daripada lima asteroid terpilih dalam kalangan 500,000 asteroid diketahui di Sistem Suria ini.
Dan NASA memilihnya atas tiga alasan – jarak, saiz yang bersesuaian dan komposisi menarik. OSIRIS-REx bukan sahaja bertujuan untuk mengkaji, juga kembali dengan sampel sekurang-kurangnya 60 gram (Chang, 2016).
Tetapi sebaik sahaja OSIRIS-REx menyentuh asteroid, permukaan dibawahnya terus retak dan pecah.
Ini merupakan satu berita yang baik, kerana ledakan nitrogen telah menghamburkan debu dan batu seperti dimahukan (Chang, 2020).
Lebih banyak sampel, lebih baik sebenarnya. Dan kejayaan OSIRIS-REx menunjukkan bahawa bukan semua pendaratan sama seperti Bulan misalnya.
Kerana Bennu sudah lama diketahui sebagai sebuah asteroid gumpalan yang ada banyak cebisan dan sisa berbatu. Saiznya ibaratkan Menara Empire State yang digumpalkan dalam masa beberapa minggu sahaja (NASA, 2020).
Dan ini merupakan suatu masalah juga, kerana kebarangkalian Bennu boleh mengucup permukaan Bumi… tetapi masih ada masa lagi kerana kebarangkalian ini mungkin berlaku dalam tempoh 100 hingga 200 tahun lagi.
RUJUKAN:
Chang, K. (2016, September 8). The Osiris-Rex Spacecraft Begins Chasing an Asteroid. The New York Times.
Chang, K. (2020, Oktober 21). ‘Literally, We Crushed It’: Video Shows NASA Space Probe Touch an Asteroid. The New York Times.
Gough, E. (2016, Jun 28). Returned samples of asteroid Itokawa show (ditapiskan) 4.5 billion year history. Phys Org.
Langley, R.C. (n.d.). Gold Coatings for Temperature Control in Space Exploration. Engelhard Industries.
NASA. (n.d.). Distance to the Moon.
NASA. (2020, Oktober 16). Ten Things To Know About Bennu.
Webster, I. (2016, September 24). Asteroid Database and Mining Rankings – Asterank. Asterank.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih