Pada saat ini Daulah Khulafa’ Ar-Rashidin telah berjaya menawan sebahagian Iraq. Kini,Khalifah Abu Bakar RAH menumpukan usahanya untuk menakluk Syam. Usaha ini dilakukan bagi meneruskan usaha yang dimulakan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu mengirim pasukan Muslimin yang dipimpin oleh Sayyidina Usamah Bin Zaid RAH. Khalifah Abu Bakar RAH mengirim empat pasukan yang dipimpin oleh Sayyidina Amru Al-As, Sayyidina Yazid bin Abi Sufyan, Sayyidina Syurahbil bin Hasanah dan Sayyidina Abu Ubaidah Al-Jarrah.
Sayyidina Amru Al-As ditugaskan menakluk Palestin, Sayyidina Yazid bin Abi Sufyan ditugaskan untuk menakluk Damsyik, Sayyidina Syurahbil bin Hasanah ditugaskan menakluk Jordan dan Sayyidina Abu Ubaidah Al-Jarrah ditugaskan untuk menakluk Homs. Pasukan ini semuanya berjumlah 24 000 (+ -).
Pesanan Khalifah Abu Bakar RAH
Sebelum berangkat ke medan jihad, Khalifah Abu Bakar RAH menasihati pasukannya.Beliau memulakan ucapannya dengan memuji Allah Azza Wajalla pemilik segala pujian. Kemudian beliau berkata, “Ingatlah! Setiap perkara pasti memiliki puncaknya. Barangsiapa telah mencapainya maka cukuplah baginya, barangsiapa beramal kerana Allah SWT maka Allah SWT akan mencukupkannya.
Hendaklah kamu bersungguh-sungguh dalam bekerja dan jangan berlebihan. Perkara pertengahan itulah yang terbaik. Tidak ada erti suatu amalan yang tidak disertai niat. Ingatlah, sesungguhnya ganjaran pahala Jihad yang begitu besarnya dalam kitabullah membuat seorang muslim harus berusaha keras mendapatkannya.” (Ibid 3/390)
Sayyidina Abu Bakar juga berpesan agar tidak mengganggu para rahib, melarang keras perbuatan memb.un.uh wanita wanita, kanak kanak dan orang tua. Dan yang terakhir, Khalifah Abu Bakar RAH mengingatkan kepada para panglima agar tidak memungkiri perjanjian damai yang telah dipersetujui bersama.
Reaksi Maharaja Rom
Maka, berangkatlah pasukan ini menuju ke tempat yang ditugaskan kepada mereka.Khabar ini sampai ke pengetahuan Maharaja Rom pada ketika itu. Baginda dengan segera mengumpul bala tentera yang besar bagi menghalang kemaraan pasukan Muslimin ini. Jumlah pasukan yang dikirim oleh Maharaja Rom ini terlalu ramai sehingga mencecah 180 000 orang. Hal ini membuatkan Khalifah Abu Bakar RAH bermusyawarah dengan para sahabat tentang hal ini.
Ketibaan Sayyidina Khalid Al-Walid
Khalifah Abu Bakar RAH memutuskan agar pasukan Muslimin semuanya diarahkan berkumpul di Yarmuk bagi menewaskan bala tentera yang dikirim oleh Maharaja Rom ini. Khalifah Abu Bakar RAH juga mengarahkan pasukan Sayyidina Khalid Al-Walid dari Iraq membantu pasukan di Yarmuk. Perjalanan diantara Iraq dan Yarmuk jikalau dikira pada zaman itu akan mengambil masa lebih lama tetapi Sayyidina Khalid Al-Walid berjaya tiba di Yarmuk dalam lima hari sahaja.
Khalifah Abu Bakar RAH menugaskan agar Sayyidina Khalid Al-Walid menjadi ketua panglima bagi memimpin pertempuran Yarmuk ini. Maka, bermulalah persiapan p.eran.g dan strategi bagi menghadapi pasukan Rom ini. Sementara itu, pasukan Rom baru sahaja tiba di medan Yarmuk. Mereka juga melakukan persiapan p.erang seperti pasukan Muslimin.
Rundingan Panglima Rom
Di waktu tegang ini, pe.rang akan meletus pada bila-bila masa sahaja. Panglima Rom menganggap pasukan Muslimin ini hanyalah pasukan Arab yang inginkan kekayaan dan harta. Panglima Rom membuat rundingan kepada Sayyidina Khalid Al-Walid RAH:
“Kami telah mengetahui bahawa perut laparlah yang mengeluarkan kamu dari negerimu. Mahukah kamu aku tawarkan kepadamu dan pasukanmu dengan 10 Dinar setiap seorang, kelengkapan pakaian dan makanan dengan imbalan kamu dan tenteramu pulang ke negerimu dan pada tahun hadapan akan ku berikan lagi ganjaran ini kepadamu dan tenteramu.
Sayyidina Khalid Al-Walid membalas:
“Sesungguhnya bukan perut lapar yang membuat kami keluar dari negeri kami.Tetapi, sebenarnya kami ini bangsa peminum darah manusia dan telah sampai kepengetahuan kami bahawa darah bangsa Rom adalah darah yang segar. Untuk itulah kami datang ke sini!”
Mendengar gertakan Sayyidina Khalid itu dia berkata: “Demi Tuhan! Ucapan seperti ini baru pertama kali aku dengari daripada Bangsa Arab”.
Pertempuran Tercetus
Sayyidina Khalid Al-Walid seperti biasa memberi tawaran sama ada membayar Jizyah atau memeluk Islam.Namun,dengan angkuh mereka menolaknya. Maka, api pe.ra.ng tidak dapat dielakkan lagi.Sebelum pertempuran bermula,para panglima mula memberi tausiyyah kepada pasukan Muslimin.Sayyidina Abu Ubaidah Al-Jarrah berkata:
“Wahai para hamba Allah! bersabarlah kerana kesabaran itu dapat menyelamatkan kalian daripada kekafiran dan membawamu mencapai keredhaan Allah SWT serta menutup segala kekurangan.Lemparkanlah tombak kalian,lindungilah diri kalian dengan perisai kalian.Tutuplah mulut kalian kecuali untuk berzikir kepada Allah SWT.Ingatlah Allah SWT didalam hati kalian sehingga dia menganugerahkan kalian kekuasaan. Insya Allah.”
Giliran Sayyidina Khalid Al-Walid RAH berucap:
“Celakalah kalian,apakah kalian hendak membuatku takut terhadap bangsa Rom? Ketahuilah,besarnya pasukan kerana keberanian dan kecilnya pasukan kerana pengecut.Bukan kerana jumlahnya!”.
Pada awal pe.ran.g,mengikut adat kebiasaan akan mengirim seorang jaguh pasukan untuk bertanding lawan satu. Semua jaguh yang dikirim pasukan Rom ditewaskan oleh Al-Qaqa’ Amru At-Tamimiy. Seterusnya, serangan bermula. Pasukan Rom mula mengasak pasukan Muslimin.
Walaupun, pasukan Muslimin kalah jumlah kepada pasukan Rom. Namun, mereka sedikitpun tidak gentar menghadapi mereka. Dengan laungan takbir bersahutan dilangit Yarmuk menaikkan lagi semangat juang pasukan Muslimin.
Pada awalnya, pasukan Rom berjaya memukul mundur pasukan Muslimin sehingga ke perkhemahan mereka. Sayyidina Khalid Al-Walid mengambil tindakan pantas dengan mengumpulkan pasukan berkuda dan melancarkan serangan kilat ke atas pasukan Rom. Dengan serangan ini,mampu mengundurkan pasukan Rom dan seterusnya membawa pasukan Rom kepada kekalahannya.
Ditengah kegawatan p.eran.g diantara kedua belah pihak ini,ada seorang panglima Rom yang bernama Geroge (Jirjah) menemui Sayyidina Khalid dan berkata:
“Wahai Khalid, berkata jujurlah kerana orang merdeka itu berkata jujur.Dan janganlah engkau membohongiku sesungguhnya orang mulia tidak akan berbohong terhadap orang yang berhubungan dengan Allah. Adakah Allah menurunkan pedang kepada Nabimu dan menyerahkannya kepadamu dan jika kamu menghunuskan pedangmu kepada sesiapa sahaja pasti mereka akan kalah? Sayyidina Khalid menjawab, “Tidak”.
Jirjah bertanya lagi:
“Jadi mengapa engkau digelari dengan Pedang Allah?”.
Sayyidina Khalid menjawab:
“Sesungguhnya Allah mengutus seorang Nabi dikalangan kami namun pada tika itu aku meninggalkan seruannya sehinggalah Allah memberiku petunjuk dihatiku untuk beriman kepada Allah SWT dan menyaksikan kenabiannya. Baginda juga mendoakanku agar diberi kemenangan. Oleh sebab itu, jadilah aku yang keras menentang orang-orang Musyrik.
Jirjah berpuas hati dengan keterangan yang diberikan kepadanya tentang agama Islam ini lantas meminta mengajarkannya agama Islam kepadanya seterusnya berjuang disisi Sayyidina Khalid Al-Walid. Beliau akhirnya Syahid di akhir medan Yarmuk. Semoga Allah merahmatinya yang belum pernah bersolat kecuali solat sunat dua rakaat yang diimamkan oleh Sayyidina Khalid Al-Walid setelah keislamannya.
Kesan Pertempuran
Kesan daripada kekalahan pasukan Rom ini membawa kepada kejatuhan Romawi Timur.Dimulai dengan jatuhnya Al-Quds ketangan pasukan Muslimin diikuti Antakiah, Homs, Damsyik dan yang terakhir Mesir. Bermulalah era kebangkitan Khulafa’ Ar-Rashidin.
RUJUKAN:
Al-Bidayah Wa An-Nihayah – Ibn Kathir
Sejarah Khalifah Rasulullah SAW – Prof Dr Amin Qudah (Terbitan PTS Islamika)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih