Khamis, 22 Oktober 202622 Okt 2026
Sukan

Malaysia Juara Piala Dunia Sepak Takraw! Thailand Tarik Diri!

Malaysia berjaya jadi juara dunia acara regu berpasukan ISTAF Sepak Takraw World Cup selepas Thailand tarik diri dalam perlawanan akhir yang penuh drama dan kontroversi.

Siapa yang biasa tengok Malaysia lawan Thailand dalam sepak takraw memang tahu benda ni normal.

Ini memang El Clasico sepak takraw Asia Tenggara.

Dan kali ini, panas dia lain macam.

Malaysia turun lawan Thailand dalam final acara regu berpasukan di Stadium Titiwangsa yang penuh lebih 3,000 penyokong. Dari awal lagi suasana memang tegang sebab Thailand masih dianggap kuasa besar utama sepak takraw dunia.

Diorang dah menang tiga edisi sebelum ini.

Malaysia pula main dekat tempat sendiri dengan tekanan besar atas bahu.

Regu pertama negara yang dibarisi Muhammad Zulkifli Abdul Razak, Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Aidil Aiman Azwawi mulakan tugas dengan cukup baik.

Diorang menang set pertama 15-9 sebelum Thailand bangkit menang set kedua 15-13.

Masa tu memang dah nampak perang mental bermula.

Tapi regu Malaysia berjaya tenangkan balik permainan dan menang set penentuan 15-12.

Malaysia mendahului 1-0.

Lepas tu regu kedua Thailand pula masuk macam orang kerasukan.

Malaysia yang dibarisi Muhammad Haziq Hairul Nizam, Mohamad Azlan Alias dan Farhan Adam terus kena belasah straight set 15-6 dan 15-10.

Kedudukan jadi 1-1.

Maka semuanya ditentukan melalui regu ketiga.

Malaysia mempertaruhkan Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican, Hafizul Hayazi Adnan dan Amirul Zazwan Amir.

Regu ketiga negara main cukup berani dan berjaya menang set pertama 15-13.

Tapi set kedua jadi gila.

Thailand mendahului 14-13 dan cuma perlukan satu mata lagi untuk heret game ke set penentuan.

Lepas tu berlaku satu insiden yang terus buat seluruh stadium kecoh.

Pemain Thailand melakukan libasan dan pada awalnya mata diberikan kepada Thailand. Tapi selepas semakan dibuat, pengadil mendapati kaki pemain Thailand melepasi garisan semasa melakukan libasan.

Mata dibatalkan. Malaysia diberi mata.

Kedudukan jadi 14-14.

Kem Thailand mula protes dekat tepi gelanggang. Pemain diorang tak puas hati dan enggan sambung permainan. Perlawanan terhenti hampir setengah jam.

Satu stadium tunggu. Akhirnya pengadil buat keputusan rasmi.

Thailand dibatalkan penyertaan sebab enggan meneruskan permainan.

Malaysia menang. Dan stadium terus meletup. Penyokong melompat. Pemain rebah dekat gelanggang. Ada yang terus sujud syukur.

Malaysia akhirnya juara dunia regu berpasukan.

Sudah tentu kemenangan ini terus jadi bahan perdebatan.

Penyokong Thailand marah sebab diorang rasa keputusan pengadil tak adil. Penyokong Malaysia pula kata video jelas tunjuk kaki pemain Thailand memang dah melepasi garisan.

Pengurus pasukan Malaysia, Datuk Abu Jimi Samat sendiri mempertahankan keputusan pengadil. Menurut beliau, faul memang berlaku dan perkara itu jelas dalam ulang tayang video.

Apa pun pandangan orang, keputusan rasmi tetap kekal.

Malaysia juara dunia.

Sebenarnya kejayaan ini memang besar untuk negara.

Sepak takraw ni sukan tradisi Melayu dan Asia Tenggara. Thailand selama ini memang dominan gila dalam sukan ni. Jadi bila Malaysia berjaya kalahkan Thailand dalam final Piala Dunia depan penyokong sendiri, memang suasana dia lain macam.

Tambahan pula beberapa hari sebelum itu, Malaysia juga dah menang acara quadrant selepas kalahkan India 2-0 dalam final.

Kejohanan kali ini memang antara penampilan terbaik skuad sepak takraw negara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Walaupun penamatnya penuh kontroversi, sejarah tetap akan catat bahawa Piala Dunia Sepak Takraw 2026 milik Malaysia.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet