Selasa, 20 Oktober 202620 Okt 2026
Marcapada Dunia

Filipina Isytihar Darurat Sebab Minyak Dah Habis!

Kalau kau rasa harga minyak naik kat Malaysia ni dah cukup pening kepala, cuba tengok apa jadi dekat Filipina sekarang.

Dah sampai tahap negara isytihar darurat.

Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. umum negara mereka sedang berdepan “ancaman bekalan tenaga kritikal” yang dah mula bagi kesan dekat ekonomi, pengangkutan, sampai kehidupan harian rakyat.

Semua ni macam yang kita tahu berpunca daripada konflik Timur Tengah yang menyekat Selat Hormuz.

Filipina antara yang paling awal kena hentam sebab mereka hampir 100% bergantung pada import minyak luar terutamanya dari Timur Tengah.

Sekarang ni, stok minyak mereka tinggal lebih kurang 45 hari je.

Ya, 45 hari.

Lepas tu?

Tak ada siapa boleh jamin.

Marcos sendiri cakap, kalau keadaan makin teruk, kapal terbang mungkin tak boleh terbang sebab kekurangan bahan api jet. Malah ada situasi di mana airport luar negara dah minta pesawat Filipina bawa minyak sendiri dari negara asal.

Dalam keadaan panik macam ni, kerajaan Filipina terus isytihar darurat tenaga untuk bagi kuasa lebih luas kepada kerajaan. Mereka tubuhkan jawatankuasa khas untuk kawal pengedaran minyak, makanan, ubat dan barang keperluan lain supaya tak jadi huru-hara.

Kerajaan juga diberi kuasa untuk beli minyak secara terus, malah boleh bayar awal untuk pastikan bekalan sampai cepat.

Selain tu, tindakan keras akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba sorok minyak, manipulasi harga atau ambil kesempatan.

Tapi masalah dia, rakyat tak puas hati.

Kesatuan pengangkutan di sana dah mula rancang mogok besar-besaran sebab harga minyak naik mendadak. Mereka anggap pengumuman darurat ni cuma penyelesaian sementara tapi tak selesaikan punca sebenar iaitu harga minyak global yang dah hilang kawalan.

Ada juga yang persoalkan kenapa kerajaan tak terus buang cukai minyak untuk kurangkan beban rakyat.

Dalam masa yang sama, ekonomi Filipina dah mula goyang. Mata wang jatuh, pasaran saham merudum, kos hidup makin naik. Ini dah jadi krisis ekonomi.

Untuk selamatkan keadaan, Filipina sampai terpaksa buat langkah yang dulu dianggap mustahil iaitu beli minyak dari Rusia.

Satu kapal yang bawa lebih 700,000 tong minyak mentah Rusia dah pun sampai ke pelabuhan mereka. Ini pertama kali dalam lima tahun mereka buat langkah macam ni. Maknanya apa?

Bila dah terdesak, semua pilihan atas meja.

Tak kira politik, tak kira sekatan, janji ada minyak.

Kerajaan mereka juga aktif cari sumber alternatif dari pelbagai negara termasuk negara yang sebelum ni kena sekatan. Dalam masa sama, mereka buka dana kecemasan bernilai 20 bilion peso (lebih kurang RM1.7 bilion) untuk tampung krisis ni.

Tapi realitinya, semua ni cuma solusi jangka pendek.

Selagi konflik global tak reda, selagi laluan minyak terganggu, selagi dunia bergantung pada minyak sebagai sumber utama, krisis macam ni boleh jadi lebih teruk.

Ini amaran untuk semua negara termasuk kita.

Sebab tanda-tanda tu dah ada. Thailand dah mula goyang. Bangladesh pun sama. Australia pun terkesan. Rantaian bekalan global tengah perlahan-lahan retak.

Sebab tu, dalam keadaan macam ni, mungkin buat masa sekarang kita masih boleh isi minyak tanpa catuan walaupun mahal, itu sebenarnya satu nikmat yang ramai orang tak sedar.

Filipina dah masuk fasa panik.

Soalan dia sekarang, negara mana pula akan menyusul?

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet