Pokok kehidupan (tree of life) merupakan sejenis pokok yang menjadi simbolik penting dalam pelbagai tradisi agama, mitos dan kepercayaan. Dalam tradisi-tradisi ini, pokok kehidupan merupakan pokok suci yang dikatikan sebagai pokok kehidupan dan pokok penciptaan.
Pokok baobab Afrika (Adansonia digitata) merupakan pokok sebenar yang dikenali sebagai pokok kehidupan. Pokok baobab dapat dijumpai di sebahagian Madagascar, Afrika, Australia dan India. Pokok ini merupakan pokok kebangsaan Madagascar. Pokok baobab dikenali sebagai pokok kehidupan kerana mempunyai banyak peranan dan kepentingannya kepada kehidupan.
Pokok baobab dapat hidup lebih dari seribu tahun dan mengikut pentarikhan karbon, terdapat pokok baobab dapat hidup sehingga 6,000 tahun. Pokok ini mempunyai batang setinggi 22 meter dan bulatan sepanjang 47 meter.
Pokok baobab dapat menyediakan kawasan teduhan dan kayu-kayan. Daunnya dapat dijadikan sebagai bahan ubatan untuk merawata sakit seperti demam, asma dan luka. Daun itu juga dapat digunakan sebagai bahan makanan.
Selain makanan, pokok baobab juga dapat menyediakan air, bukan sahaja untuk haiwan tetapi untuk manusia juga. Ia dapat menyimpan berates liter air. Kulit dan batangnya dapat digunakan untuk membuat pakaian dan tali.
Malah, kulit pokok baobab merupakan kalis api. Agak ironi bagi pokok yang kalis api kerana pokok biasanya merupakan bahan bakar. Buahnya kaya dengan vitamin C dan harganya mampu mencecah bilion dolar yang mempunyai berat sekitar 1.44 kilogram serta mempunyai rasa seperti vanilla, bir dan anggur.
RUJUKAN:
- “Scientists predict African fruit trees could help solve major public health problem”. Bioversity International. Retrieved 2008-10-01.
- Hills S. “Baobab goes for GRAS ahead of 2010 World Cup”com-USA, September 30, 2008
- Lange, Karen E. (August 2010). “Vitamin Tree”. National Geographic. from magazine, also online. Retrieved 1 June2012.
- Fancy a pint in the world’s only bar that’s INSIDE a tree?, Daily Mail, December 2007Retrieved 27 August 2012
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih