Bagi peminat francais sains fiksyen Star Trek, Vulcan merupakan planet asal kru USS Enterprise Spock. Tetapi bagi seorang pakar matematik, beliau percaya planet ini wujud selepas mengira perbezaan antara orbit planet Uranus dengan pengiraan fizik tentang jangkaan orbit planet yang dinyatakan. Teori ini dikemukakan oleh Urbain Le Verrier pada tahun 1846.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Beliau percaya selepas membuat pengiraan, planet baru itu sudah ditemui dan tidak memerlukan pemerhatian astronomi untuk mengesahkannya. Justeru, tugas untuk mengesahkan teori itu jatuh ke bahu ahli astronomi Jerman, Johann Gottfried Galle. Apabila Galle memerhati kedudukan planet yang dinyatakan oleh Le Verrier, malangnya yang hanya kelihatan bukan Vulcan tetapi planet Neptun.

Selepas membuat pengumuman penemuan planet baru dengan mengkaji orbit planet sebelum ini, Le Verrier diminta untuk mengira orbit planet Utarid mengikut undang-undang Newton. Malangnya, semua pengiraan beliau tidak menjadi kerana orbit Utarid langsung tidak masuk akal.

Ini kerana mengikut undang-undang Newton, planet sepatutnya beredar mengikut orbit berelips semasa mengelilingi matahari. Tetapi itu tidak menjelaskan keanehan orbit Utarid sekaligus Le Verrier mengeluarkan teori ia terhasil akibat gangguan graviti sebuah planet lain. Seperti Uranus, beliau percaya orbit Utarid terganggu oleh kemunculan planet lain dan menamakan planet kesembilan itu sebagai Vulcan sempena nama dewa api Rom.

Vulcan dalam peta lithografi pada tahun 1846.

Tidak lama selepas pengumuman kewujudan Vulcan, beberapa ahli astronomi mengumumkan telah melihat planet tersebut seperti Edmond Modeste pada Mac 1859. Mengikut perkiraan Le Verrier, orbit planet berkenaan dijangka melintasi matahari antara dua hingga empat kali setahun.

Bagaimanapun, semua laporan pemerhatian Vulcan kemudiannya dilaporkan sebagai tompok matahari, planet-planet yang diketahui atau bintang-bintang berhampiran. Ringkasnya, semua laporan tentang Vulcan ketika itu kabur dan sukar diiktiraf sebagai fakta. Di sebalik semua ini, Vulcan terus dicanang sebagai planet baru selama 70 tahun.

Tetapi planet yang lahir dari pengiraan matematik Le Verrier itu akhirnya mu.sn.ah terima kasih kepada teori relativiti am Albert Einstein. Mengikut teori beliau, ia dapat menjangka peredaran orbit Utarid tanpa gangguan oleh mana-mana planet baru. Teori ini menyatakan graviti sebagai akibat daripada lengkungan masa dan ruang oleh objek-objek yang besar dengan objek-objek yang berhampiran dengan objek-objek besar yang akan merasai kesannya.

Justeru, menerusi teori Einstein ini, ia dapat menjelaskan semua orbit planet dalam sistem suria dari Utarid hinggalah Neptun tanpa keperluan planet baru. Kemunculan teori ini sekaligus membu.n.uh terus teori planet Vulcan buat selama-lamanya.

Kapten Spock

Bagaimanapun, nama planet itu kembali mekar apabila ia kini menjadi sebahagian daripada mitologi Star Trek hari ini. Tercapailah hasrat Le Verrier walaupun ia sekadar menjadi sebutan peminat budaya pop!

RUJUKAN:

Felton, James. (2021). Planet Vulcan: The Forgotten Ninth Planet Of The 19th Century, DITAPIS Off By Einstein. IFLScience


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.