Isu ini penting untuk dijelaskan kepada
masyarakat disebabkan masih ramai yang beranggapan bahawa piring astro itu
menghala ke arah kiblat.
Benarkah piring astro menghala ke arah
kiblat?
TIDAK BENAR!
Jika kita menjadikan arah piring astro
sebagai petunjuk arah kiblat, maka, akan berlaku ralat yang sangat besar.
Arah kiblat kita akan terpesong berpuluh –
puluh darjah dari arah sebenar.
Kenapa?
Untuk pengetahuan semua, piring astro yang
menghala ke arah barat itu menghadap satelit MEASAT yang terletak di orbit
geopegun di atas lautan Hindi. Kedudukannya berada di atas Khatulistiwa iaitu
latitud 0° dan longitud 91.5° Timur.
Kedudukan Kaabah iaitu kiblat kita pula
adalah:-
Latitud 21.4225° Utara, Longitud
39.8262° Timur.
Azimut satelit MEASAT dari lokasi di
Malaysia dalam lingkungan 232° sehingga 268°.
Azimut arah Kiblat dari lokasi di Malaysia
pula dalam lingkungan 290° sehingga 293°.
Jelas disini menunjukkan perbezaan sudut
yang ketara antara azimut satelit MEASAT dan Azimut arah kiblat.
Tiada satu pun piring astro di Malaysia
yang menghala ke arah kiblat.
Sebagai contoh:
Pulau Langkawi.
Azimut Satelit MEASAT:-
232°
Azimut arah kiblat :-
291°
Ada perbezaan sudut sekitar 59°.
Arah kiblat akan terpesong jauh dari arah
sebenar jika menjadikan piring astro sebagai petunjuk arah kiblat.
Adakah cara lain yang lebih tepat untuk
mencari arah Kiblat?
Terdapat pelbagai cara yang kita boleh
gunakan untuk mencari arah kiblat.
Antaranya adalah, kita boleh menggunakan
kaedah dengan melihat bayangan yang terhasil di kawasan masing – masing
semasa Istiwa’ Adzam di Kaabah berlaku.
Istiwa’ Adzam di Kaabah merupakan satu
peristiwa apabila Matahari berada tegak di atas Kaabah sehingga bayangan Kaabah
tidak akan kelihatan ketika itu
Ketika kedudukan Matahari berada di atas Kaabah, arah bertentangan dengan
bayang objek tegak yang terhasil di tempat lain boleh digunakan untuk mencari
arah kiblat.
SETAHUN HANYA DUA KALI.
Umum mengetahui, Kita tidak akan melihat Matahari
berada di lokasi sama setiap hari disebabkan kecondongan paksi Bumi semasa
mengelilingi Matahari.
kita di Bumi akan melihat Matahari Kadang
“bergerak” ke arah utara dan kadang kelihatan “bergerak” ke
arah selatan.
Begitu juga dengan peristiwa istiwa’ adzam,
ia tidak berlaku setiap hari disebabkan kedudukan Matahari yang tidak tetap di
tempat yang sama setiap hari apabila dilihat oleh pemerhati di bumi
Dalam setahun hanya dua kali sahaja Matahari
berada tegak diatas Kaabah iaitu pada:-
~ 28 Mei
( * 27 Mei pada tahun lompat )
Waktu : 5.16 pm
~ 16 Julai
( * 15 Julai pada tahun lompat )
Waktu :
5.28 pm
Cara Cara Menyemak Arah Kiblat dengan
Menggunakan Kaedah Istiwa’ Adzam:
1)
Semak waktu yang digunakan.
Pastikan waktu yang tertera pada jam
atau sebagainya mengikut waktu piawai.
(Contoh : waktu yang tertera pada tv)
2) Berada dikawasan lapang.
3) Pastikan cahaya matahari kelihatan .
4) Cari objek lurus seperti kayu atau
sebagainya.
5) Pacakkan objek lurus tersebut di atas
permukaan rata.
6) Pastikan bayang objek lurus yang
terhasil boleh kelihatan dengan jelas.
7) Tunggu waktu istiwa’ adzam bermula.
8) Ketika istiwa’ adzam berlaku, buat satu garisan bertentangan dengan bayang
yang dihasilkan objek lurus tadi.
9) Garis bertentangan yang dibuat
merupakan arah kiblat.
Sekian.
‘Majulah Falak Untuk Ummah ‘
RUJUKAN:
-sudut piring astro
-sudut kiblat




No comments yet