Kalau sebut pasal monumen piramid, pasti dalam otak kita dah bayangkan kemegahan binaan yang menempatkan makam-makam para Firaun ini. Salah satu piramid yang terkenal adalah piramid Giza atau piramid Khufu yang terletak di kawasan bandar ketiga terbesar di Mesir, iaitu kota al-Gizah.
Piramid Giza merupakan salah satu binaan purba yang paling bertahan ke hari ini sehingga ianya diiktiraf sebagai ‘Seven Wonders of the Ancient World’ melangkaui kedudukan Rumah Api Alexandria, Taman Gantung Babylon dan lain-lain lagi.
Tetapi dalam catatan ringkas kali ini, saya hanya akan menulis sedikit sahaja tentang binaan piramid yang lain bentuknya selain piramid Khufu.
1. Piramid Djoser (Dor-shur).
Dibina pada tahun 2667 SM dan merupakan piramid yang paling tertua diantara piramid-piramid lain. Pembinaan piramid ini dirancang oleh seorang arkitek Mesir Kuno, Imhotep yang juga merangkap pendeta tertinggi yang mengabdi diri di kuil Matahari (ketika ini masih menyembah Dewa Ra). Selain memegang tugas sebagai pendeta tertinggi, beliau juga diamanahkan sebagai penasihat utama yang mendampingi Firaun Djoser, penguasa ketiga Dinasti Mesir.
Tujuan pembinaan piramid Tangga, atau piramid Djoser ini adalah sebagai makam yang menempatkan jenazah Firaun Djoser. Piramid Djoser terletak di tempat bernama Saqqara, iaitu sebuah tempat pemakaman bawah tanah Mesir Kuno.
Piramid ini dibina dalam susunan gabungan blok bertangga-tangga atau ianya lebih dikenali sebagai ‘mastaba’.
Apakah itu ‘mastaba’?
Mastaba adalah struktur binaan yang terdiri daripada gabungan blok-blok tanah liat yang disusun kemas ke dalam bentuk segi empat panjang. Dibina sebanyak lima lapis ‘mastaba’ dan setiap ‘mastaba’ diletakkan mulai pembentukan tapak ‘mastaba’ yang luas dan besar sehinggalah ke puncak ‘mastaba’ yang semakin kecil keluasannya.
2. Piramid Sneferu (S-nay-fer-oo).
Piramid kedua yang bentuk puncaknya melengkung (curve), yang memberikan perbezaan sedikit dengan piramid Giza ini terletak di kawasan Dahshur, iaitu sebuah kawasan pemakaman kerabat diraja Firaun Mesir.
Firaun Sneferu, iaitu pemerintah Dinasti Keempat Mesir Kuno, memegang bumi Mesir selama 24 tahun dan berjaya membawa kerajaannya ke puncak keemasan dengan pembinaan pelbagai infrastruktur lainnya.
Selain piramid Sneferu, baginda turut melancarkan beberapa projek lainnya seperti projek pembinaan ‘Red Pyramid’ dan ‘Meidum Pyramid’. Mengikut pelbagai teori dan pendapat para arkeologi dan ilmuwan, pembinaan pelbagai projek binaan piramid pada zaman Firaun Sneferu inilah yang menjadikan Firaun Khufu bersemangat untuk meneruskan legasi para leluhurnya dengan mengatur projek bangunan yang bakal dikagumi oleh dunia, iaitu piramid Giza.
3. Piramid Giza atau Khufu (Cheops).
Merupakan sebuah binaan makam yang terletak di dalam kawasan kompleks al-Giza, Mesir. Piramid yang dibina dan didampingi dua lagi piramid lain adalah salah satu monumen bersejarah peninggalan Firaun Khufu, pemerintah Dinasti Keempat atau ianya dikenali sebagai fasa Kerajaan Lama. Pada zaman fasa Kerajaan Lama, Dinasti Mesir Ketiga, Keempat, Kelima dan Keenam dalam suasana pembangunan yang rancak dalam pelbagai projek mega pembinaan piramid.
Pada fasa ini juga, Dinasti Mesir Kuno berpusat di ibukota Memphis.
Kalau anda belajar tentang sejarah Mesir Kuno, fasa-fasa pemerintahan Firaun dibahagikan kepada 7 fasa besar yang di mana setiap fasa-fasa ini menaungi pelbagai dinasti-dinasti Mesir Kuno yang lainnya. Fasa-fasa ini akan dibincangkan dalam penulisan yang akan datang.
Pembinaan Piramid Giza yang diselia oleh seorang arkitek khas, Hemon merangkap wazir Firaun Khufu, mengambil masa sekurang-kurangnya 20 tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Setiap jam, para hamba akan mengangkut 12 buah blok tanah liat ini dan jika dijumlahkan maka sebanyak 2.3 juta buah blok diangkat dalam masa tempoh 20 tahun lamanya.
Bentuk piramid pada zaman pembinaan Firaun Khufu lebih kepada meruncing, tidak bertangga mahupun melengkung. Sistem yang digunakan untuk mengangkut blok-blok tanah liat untuk disusun juga berbeza daripada sistem pembinaan yang digunakan untuk membina Piramid Djoser dan Piramid Sneferu.
Susunan blok-blok yang kemas dan tersusun pada Piramid Giza juga membuktikan bahawasanya kerajaan Mesir tidak berada di takuk yang lama dalam segi kemudahan dalam proses pembinaan mahupun rekabentuk piramid miliknya yang berbeza daripada yang lainnya.
Maka dengan pencerahan kali ini, saya berharap anda sudah tahu serba sedikit yang piramid tidak tertumpu pada satu rekabentuk sahaja malahan ianya juga didahului dengan bentuk yang bertangga dan melengkung.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih