Hah? Pesta Naadam? Apa tu?
Turut dikenali sebagai “Eriin Gurvan Naadam” yang bermaksud “Tiga Sukan Lelaki”. Tiga sukan yang dipertandingkan ialah lumba kuda, gusti, dan memanah. Kemudian ditambah lagi dengan sukan menembak Knucklebone menjadikan jumlah sebanyak 4 sukan walaupun nama asalnya Tiga Sukan Lelaki.
Sukan Tiga Lelaki ni turut boleh disertai golongan wanita dalam acara lumba kuda, memanah, dan menembak Knucklebone, tapi tak dalam gusti.
Asal usul Pesta Naadam bermula apabila raja-raja Mongol dan jeneral tentera berpesta dan bersaing antara mereka dalam tiga sukan tradisional lelaki tersebut.
Sumber China menulis tentang fakta Pesta Naadam pertama berlangsung ketika Empayar Mongol Hunnu (209 SM).
Pesta Naadam telah diturunkan secara turun temurun sehingga tahun 1206 apabila Temujin (Genghis Khan) selepas membina Empayar Mongol Yang Agung.
Pada awal abad ke-20, orang Mongol meraikan Pesta Naadam setiap tahun sebagai tanda hormat kepada pendeta agama dan negara iaitu Bogd Khan.
Setahun selepas Revolusi Rakyat Mongolia pada 1921, Naadam telah disambut sebagai cuti kebangsaan tahunan di seluruh negara sejak 1922.
Setiap bandar dan setiap wilayah meraikan Pesta Naadam setiap tahun sejak penggubalan undang-undang Naadam Kebangsaan Mongolia pada tahun 2003.
Pesta Naadam disambut setiap tahun secara rasmi berlangsung di seluruh negara pada 11 dan 12 Julai.
Mongolia mempunyai 21 wilayah dan 330 bandar. Semua wilayah dan bandar menyambut pesta masing-masing. Ada juga yang meraikan pesta ni pada tarikh yang berbeza bergantung pada cuti perayaan khas, cuaca, padang rumput, keadaan haiwan, dan lain-lain.
Selain itu, Pesta Naadam diraikan pada tarikh yang berbeza daripada Naadam Ulaanbaatar bagi membolehkan ahli gusti, pemanah dan kuda lumba bersaing dalam Naadam yang berbeza dan menjadikan sukan Naadam lebih kompetitif.
Oleh: Azizul Farhan
___
Pesta Naadam ni antara perkara yang korang jarang dengar tentang Mongol. Kalau tak mesti asyik-asyik Genghis Khan je. Cuba selam dalam lagi bersama KITAB TAMADUN MONGOL. Dapatkan segera!
https://bit.ly/3KhafNU
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih