Ramai yang percaya dunia ini dikawal oleh sebuah organisasi rahsia seperti Freemason atau Illuminati, atau sebuah negara seperti Hong Kong sebenarnya diperintah oleh kumpulan kongsi gelap secara rahsia, dan adakalanya apa yang kita fikir berkuasa itu bukanlah apa-apa tetapi sekadar pergerakan biasa sahaja. Kedengarannya tidak masuk akal, tetapi adakah ia benar-benar wujud?

Baiklah kali ini bukan nak cerita tentang teori konspirasi, tetapi kita kenali beberapa organisasi rahsia yang terlibat dalam membentuk perjalanan dunia hari ini seperti yang kita ketahui antara yang biasa kita dengar adalah Rothschid, Freemason dan Illuminati, tetapi artikel ini ingin mendedahkan kumpulan-kumpulan yang mungkin belum pernah kita kenali.

Carbonari

Selepas kekalahan Napoleon pada tahun 1814, kuasa-kuasa Eropah terpaksa memutuskan apa yang harus dilakukan terhadap wilayah yang dia telah memerintah sebagai sebahagian daripada Empayar Perancis Pertama.

Sempadan-sempadan Eropah telah dibentuk semula di Kongres Vienna, ia diputuskan oleh Great Britain, Rusia, Prusia, dan Austria.  Napoleon telah menaklvki Itali pada 1805, dan apabila Kongres menandatangani Akta Akhir pada bulan Jun 1815, Itali terbentuk dengan baik.  Austria mendapat bahagiannya di utara, manakala selebihnya dipecah menjadi beberapa negeri kecil.

Carbonari dibentuk semasa dekad kekacauan, tetapi asal usul mereka tidak jelas, mereka  benar-benar mempraktikkan “kerahsiaan” dengan serius. Mereka mungkin telah diimport dari Perancis, mungkin juga boleh jadi salah satu cabang freemasonry kerana mereka mempunyai inisiatif dari segi upacara, simbol, dan hierarki yang mirip dengan kumpulan rahsia yang terkenal itu.

The Carbonari, dengan keahlian seramai 60,000 orang, setakat ini adalah yang terbesar dari beberapa persatuan rahsia di semenanjung Itali pada masa itu. Walaupun mereka tidak membentuk matlamat menyatukan Itali, mereka bertanggungjawab untuk memastikan kesemua operasi berjalan lancar.

Negeri pra-penyatuan yang terbesar adalah Kingdom Of Two Sicilies, yang terdiri daripada Sicily dan Naples. Ia diperintah oleh Raja Ferdinand, ia berperanan sebagai cagaran Austria.

Pada tahun 1820, Carbonari mengetuai satu rev0lusi yang memaksa Ferdinand melepaskan kuasa dan mewujudkan perlembagaan untuk negara itu. Austria terdorong untuk mara ke Naples dan merobek perlembagaan kerana mereka mencari pihak yang bertanggungjawab.

Walau bagaimanapun, tindakan pember0ntakan ini mewujudkan gerakan besar-besaran orang Itali untuk bangkit dan menyatukan negara, gerakan itu mencapai kejayaannya pada tahun 1861.

Hai San Society

Hai San, yang mempunyai sejarah asal usulnya dari China Selatan, adalah sebuah pertubuhan rahsia Cina yang berpangkalan di Pulau Pinang berhampiran Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia), ia ditubuhkan pada tahun 1820 dan pada 1825 ia diketuai oleh Low, Ah Chong, Hoh Akow (juga dieja Ho Ah Kow atau Hok Ah Keow), ketua titularnya. Pada waktu itu ibu pejabat mereka terletak di Ujong Pasir.

Kewujudan mereka di Pulau Pinang dapat ditelusuri kembali ke penubuhan Pulau Pinang (1799). Thomas John Newbold (1807-1850), seorang pegawai dalam Regiment 23, Infantri Ringan Madras, di Melaka (1832-1835) menyatakan:

“Persaudaraan rahsia adalah di mana mereka (peneroka Cina) mendaftarkan diri mereka untuk perlindungan dan sokongan sesama mereka, membuktikan perpaduan yang kuat untuk kombinasi politik, seperti yang telah dialami oleh Belanda selama pentadbiran panjang mereka di Jawa dan di Negeri-negeri Melayu. Di China sendiri, organisasi-organisasi ini dianggap sangat berbahaya kepada kerajaan hingga kesalahannya melibatkan hukuman m4ti”

Pertubuhan Hai San mula menonjol dalam Per4ng Larut tahun 1862-1873 dan pada masa itu diketuai oleh Chung Keng Quee atau Chung Ah Kwee.  Di Larut, pelombong yang menjadi ahli Hai San bersaing dengan pelombong yang menjadi ahli pertubuhan Ghee Hin merebut lombong timah Kelian Pauh dan Kelian Baru. Dua kumpulan ini juga bertempvr di Selangor.

Hai San bersekutu dengan masyarakat Tokong atau Tua Peh Kong yang berpusat di Pulau Pinang, ahli mereka yang membiayai aktiviti perlombongan timah di kawasan Larut.

Hai San dan lawan nya terlibat dalam Per4ng Larut yang berulang sebanyak empat siri per4ng bermula pada bulan Julai 1861 dan berakhir dengan Perjanjian Pangkor pada 1874.

Konflik itu tercetus di kalangan organisasi rahsia atau kongsi gelap Cina tempatan yang menuntut hak atas kawalan kawasan perlombongan di Perak yang kemudiannya melibatkan persaingan antara Raja Abdullah dan Ngah Ibrahim, menjadikannya sebagai per4ng peralihan.

Setelah per4ng berlanjutan hingga memasuki siri keempat, Kesultanan Perak yang turut terlibat dalam menyelesaikan perebutan hak yang berlarutan berturut-turut, gagal melaksanakan perintah undang-undang. Malapetaka semakin meningkat dan kekacauan kaum memburukkan lagi keadaan bagi orang Melayu, Cina dan Inggeris.

Sebagaimana Raja Muda Abdullah kemudiannya meminta pendapat rakannya di Singapura, Tan Kim Ching. Tan, bersama-sama dengan seorang saudagar Inggeris di Singapura mengutus surat kepada Gabenor Sir Andrew Clarke yang ditandatangani Abdullah. Surat itu menyatakan keinginan Abdullah untuk menempatkan Perak di bawah perlindungan British, dan “mempunyai seseorang yang mampu mengajarkan dia cara sistem pemerintahan yang baik.”

Pada 26 September 1872 Chung Keng Quee telah mengemukakan petisyen, yang ditandatangani oleh dirinya sendiri dan 44 pemimpin Cina yang lain, memohon campurtangan British berikutan serangan 12,000 lelaki Chung Shan oleh 2,000 orang Sen Ning.

Keperluan untuk menguatkuasakan undang-undang di Perak memberi alasan untuk British yang campur tangan mengenai dasar baharu dalam hal-hal Negeri-negeri Melayu yang mengakibatkan Perjanjian Pangkor. Pada tahun 1874, Gabenor Negeri Selat Sir Andrew Clarke mengadakan perjumpaan di Pulau Pangkor, di mana Sultan Abdullah dinaikkan takhta Sultan Perak yang sepatutnya diberi keutamaan terhadap saingannya, Sultan Ismail.

Dokumen-dokumen yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 di atas kapal The Pluto di Pulau Pangkor menyelesaikan pertikaian kaum Cina, menyelesaikan pertikaian takhta Sultan dan membuka jalan untuk penerimaan Residensi British – Kapten Speedy dilantik untuk mentadbir Larut sebagai penolong kepada Residen British.

Chung Keng Quee dan Chin Ah Yam, pemimpin Hai San dan Ghee Hin, dianugerahkan oleh Inggeris dengan gelaran Kapitan Cina dan Pesuruhjaya memutuskan untuk memperuntukkan lombong di Klian Pauh (Taiping) ke Hai Sans dan lombong di Klian Bharu (Kamunting) ke Ghee Hin.

Tiga hari kemudian, Chung Keng Quee dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Pelombong yang diketuai oleh Kapten S. Dunlop dan Tetuan Frank Swettenham dan William A. Pickering – salah satu objektifnya adalah untuk mengatur penyelesaian yang baik dari masalah lombong timah di Larut.

Kesan dari peristiwa ini, bandar Larut dinamakan sebagai Taiping (dalam bahasa Cina, yang bermaksud “keamanan sejahtera” ) sebagai pengesahan perjanjian keamanan baharu dan hingga hari ini daerah tersebut dikenali sebagai daerah Taiping.

La Trinitaria

Republik Dominika terhutang budi dengan pertubuhan rahsia yang dikenali sebagai La Trinitaria, atau The Trinity. Organisasi ini ditubuhkan pada bulan Julai 1838.

Pulau Hispaniola telah berada di bawah pemerintahan Haiti sejak 1822. Orang barat berbahasa Sepanyol tidak berminat sepenuhnya untuk diperintah oleh orang Haiti berbahasa Perancis di sebelah timur pulau itu. Keinginan untuk merdeka telah melahirkan pemimpinnya, Juan Pablo Duarte, yang digelar Bapa Kemerdekaan Republik Dominika.

Duarte, bersama-sama dengan lapan komrad, mengasaskan La Trinitaria pada usia 25 tahun. Organisasi ini bertujuan untuk mendidik orang ramai dan menyebarkan sentimen nasionalis.  Duarte menulis ikrar sumpah untuk ahli-ahli kumpulan, di mana ahli-ahli mengisytiharkan sumpah mereka :

“Kami bersumpah dan berjanji, dengan maruah dan nurani kami, di tangan Presiden kita, Juan Pablo Duarte, untuk bekerjasama dengan harta benda dan kehidupan kami demi pemisahan yang pasti dari kerajaan Haiti dan membenihkan republik merdeka, berdaulat dan bebas, bebas dari semua penguasaan asing, yang akan dipanggil Republik Dominika. “

Kumpulan itu melakukan apa sahaja yang mereka mampu untuk menyembunyikan kewujudan mereka daripada pihak berkuasa. Duarte mencipta abjad cryptic untuk berkomunikasi secara rahsia. Ahli-ahli menggunakan nama samaran dan beroperasi dalam ruangan kecil seramai tiga orang setiap ruang. Kumpulan itu juga bekerjasama dengan pember0ntak di timur yang mahu menggulingkan kerajaan atas sebab berbeza.

Pada tahun 1843, mereka cuba melaksanakan rev0lusi tetapi gagal. Beberapa orang anggota dipenjarakan, dan Duarte melarikan diri ke Venezuela. Namun kumpulan itu telah melakukan kerja mereka dengan baik, dan pember0ntakan kedua pada tahun berikutnya membawa kemerdekaan Dominican yang diisytiharkan pada 27 Februari 1844. Duarte kembali untuk menjadi presiden, tetapi dia berhadapan dengan rampasan kuasa oleh tenter4 sebelum dia sempat menerima jawatan.

Duarte telah diusir dari negara yang diciptanya sendiri dan meninggal dunia di luar negara pada tahun 1864.

Afrikaner Broederbond

The Afrikaner Broederbond, yang ditubuhkan pada tahun 1918 dan dibuka hanya kepada orang kulit putih yang berusia lebih 25 tahun, menuntut kawalan penuh ke atas Afrika Selatan dari segi kebudayaan, ekonomi, dan politik.

Kumpulan itu menjaga kerahsiaan mereka dengan baik, dan penulis tidak tahu banyak tentang mereka. Semasa tahun 1930-an, mereka mempromosikan nasionalisme Afrikaner. Mereka membina pengaruh besar ke atas Reunited National Party hingga Perdana Menteri menganggap parti itu “tidak lebih daripada Afrikaner Broederbond yang beroperasi di khalayak awam.”

Menjelang tahun 1947, mereka mengawal Biro Hal Ehwal Kaum di Afrika Selatan. Di sana ahli-ahlinya merancang apartheid, mungkin antara contoh yang paling terkenal berkaitan kes pengasingan kaum selama 60 tahun yang lalu.

Kebangkitan mereka menjadi sangat dramatik sehingga ia mendorong seorang penulis pada tahun 1978 untuk mengatakan, “Kerajaan Afrika Selatan hari ini adalah Broederbond dan Broederbond adalah kerajaan.”  Senarai keanggotaan termasuk 143 pegawai tenter4 dan setiap perdana menteri dan presiden negara dari 1948 hingga zaman pilihan raya Nelson Mandela pada tahun 1994.

Sejak tahun 1990-an, kumpulan itu terpaksa dijenamakan semula dan kini menamakan dirinya Afrikanerbond. Mereka juga mempunyai laman web sendiri dan mereka kini secara rasminya menerima sesiapa sahaja tanpa mengira warna, jantina, atau agama, dan objektif terkini adalah hanya mencari kehidupan yang lebih baik untuk semua warganegara Afrika.

Filiki Etaireia

The Filiki Etaireia (“Brotherhood Friendly”) mempunyai matlamat yang bertentangan dengan nama mereka yang berunsur keamanan. Mereka memulakan per4ng rev0lusi Greek pada 1821, yang berlangsung selama 11 tahun dan membawa kepada pembentukan negara Greek moden.

Pada 1814, dua orang pedagang, Nikalaos Skoufas dan Athanasios Tsakalov, menyusun rancangan membentuk organisasi rahsia untuk menggulingkan pemerintahan Uthmaniyyah di Greece. Kumpulan mereka mempunyai empat tahap keahlian, dan akan ada kuasa tertinggi.  Semua orang akan mempunyai identiti rahsia.

Para pedagang menstruktur perancangan mereka dengan teliti berdasarkan struktur Freemason, memandangkan mereka juga adalah ahli Freemason. Mereka menyusun organisasi mereka dengan terperinci seboleh. Kemudian mereka menyedari bahawa lebih mudah bergerak dengan ahli sebenar.

Dalam masa dua tahun, mereka hanya berjaya merekrut sekitar 30 orang. Ahli yang paling menonjol adalah Nikolaos Galatis, yang mengaku sebagai saudara kepada Ioannis Kapodistrias, duta besar Greek kepada Empayar Rusia, yang juga musuh terbesar Uthmaniyyah. Pihak pember0ntak melihat ia satu peluang untuk mendapatkan sekutu yang kuat telah menghantar Galatis untuk menghasut saudaranya itu.

Maklum balas dari Kapodistrias adalah tidak menentu. Dia memberitahu Galatis, “Satu-satunya nasihat yang boleh saya berikan kepada anda adalah jangan bercakap dengan sesiapa jua mengenai hal ini dan kembali lah ke tempat asal kamu; dan ceritakan kepada mereka yang menghantar anda bahawa jika mereka tidak mahu memusnahkan diri mereka dan menyeret seluruh bangsa mereka yang tidak bersalah, mereka mesti meninggalkan kegiatan rev0lusi mereka. “

Galatis melakukan sebaliknya dan mula bercakap tentang Etaireia kepada sesiapa sahaja yang berminat. Dia memberitahu polis Rusia. Dia juga memberitahu Tsar. Kapodistri menjadi serba salah. Galatis akhirnya meninggalkan Moscow di bawah pengawasan Rusia dan terus berusaha untuk merekrut anggota. Pada akhirnya, “Persaudaraan Mesra” (nama kumpulan itu) sendiri telah membunvhnya hanya kerana enggan memahami etika kerahsiaan organisasi.

Menjelang tahun 1819, organisasi telah berjaya mewujudkan sistem perekrutan yang lebih cekap dan berkembang ke enam tahap keahlian. Orang yang menyertai secara “bai’ah” diberi lebih banyak maklumat berdasarkan sumbangan yang mereka buat.

Golongan buta huruf, pekerja tidak mahir berada di tahap terendah. Untuk melangkah lebih tinggi memerlukan ritual dan sumbangan yang lebih terperinci, serta mempelajari banyak isyarat rahsia, tetapi datang dengan gelar baru: “Yang Dirujuk,” “Ayahanda” dan yang teratas adalah “Gembala.”

Para pemimpin organisasi tahu bahawa mereka tidak dapat mengekalkan konspirasi mereka selama-lamanya dan mendesak pemimpin untuk memulakan pember0ntakan. Mereka memujuk Kapodistri sekali lagi, tetapi dia tetap menolak, sekali lagi mengatakan rancangan mereka adalah bodoh dan tidak akan berjaya.

Mereka akhirnya meminta pegawai Rusia bernama Alexander Ypsilantis, lalu usul mereka diterima. Mereka mengumumkan rev0lusi Greek pada musim bunga tahun 1821, dan walaupun organisasi itu sendiri telah runtuh ketika per4ng meletus, Greek memenangi kemerdekaannya.

Ketua negara Greece merdeka yang pertama, yang juga dianggap sebagai bapa pengasas negara Greece moden, adalah Ioannis Kapodistrias. Siapa kata pendirian seseorang tidak boleh berubah?

Germanenorden

Pertubuhan rahsia Jerman abad ke-20 yang menggelar diri mereka sebagai Germanenorden percaya sepenuh hati terhadap “Ketuanan Bangsa Aryan”, pada tahun 1916 mereka mengangkat simbol Swastika sebagai identiti mereka. Mereka juga sangat bersifat anti-Semitik. Anda mungkin boleh meneka apa yang akan berlaku nanti.

Germanenorden dibentuk pada tahun 1812 untuk memer4ngi konspirasi licik Yahudi dan Freemason dengan mempermainkan mereka menggunakan permainan mereka sendiri.

Germanenorden mengamalkan ritual yang terperinci dan pelik untuk ahli baharu antaranya berpakaian sebagai kesatria, raja, dan bahkan pari-pari. Ahli-ahli dikehendaki membuktikan pengesahan keturunan Aryan mereka dengan melampirkan sijil kelahiran bernilai beberapa generasi.

Pada tahun 1918, organisasi itu berkembang menjadi Thule Society, di bawah pemerintahan Rudolf von Sebottendorff. Kegiatan bawah tanah mereka pada tahun 1919 membantu menyekat idea komunisme, dan mereka terus berkembang menjadi Parti Buruh Jerman. Pada tahun 1920, mereka telah diambil alih oleh Adolf Hitl3r, yang menghapuskan budaya ketaksuban terhadap ritual mistik dan tradisi ghaib kerana tiada keperluan tetapi mengekalkan perkara selebihnya.

The Black Hand

Organisasi Serbia ini bernama Unification Or De4th, tetapi lebih dikenali sebagai The Black Hand, dibentuk pada 9 Mei 1911 dengan tujuan memer4ngi Empayar Uthmaniyyah. Dalam beberapa tahun keahlian mereka kira-kira 2,500 ahli, yang diketuai oleh Kolonel Dragutin Dimitrijevic, atau dikenali sebagai “Apis” sempena nama dewa kerbau jantan Mesir Purba.

Ahli-ahli yang mengangkat sumpah akan menjaga rahsia kumpulan melebihi nyawa mereka sendiri melalui ikrar berikut :

“Di hadapan Tuhan, demi maruah saya dan hidup saya, bahawasanya saya akan melaksanakan semua misi dan arahan tanpa sebarang persoalan. Saya bersumpah di hadapan Tuhan, demi maruah saya dan dalam hidup saya, bahawa saya akan menjaga segala rahsia organisasi ini dan membawanya bersama hingga ke lubang kubur saya. “

Kumpulan itu beroperasi dalam sel rahsia. Di bahagian tangga bawah ada kumpulan seramai tiga hingga lima orang. Setiap sel-sel peringkat bawah hanya mengetahui butiran kenalan yang boleh dihubungi segera tetapi tiada butiran tentang sel-sel lain atau pemimpin-pemimpin kumpulan yang lebih tinggi.

Ideanya ialah jika ahli bawahan yang tidak tahu apa-apa berkemungkinan tertangkap, mereka tidak dapat juga memberikan apa-apa maklumat penting.

Pada tahun 1914, Apis mengusulkan perancangan besar untuk membunvh Archduke Franz Ferdinand. Misi itu berjaya, dan ia mencetuskan per4ng yang lebih besar dan berlanjutan daripada apa yang pernah dunia alami sebelum itu.

Katipunan

Katipunan adalah nama ringkas untuk Kataastaasan Kagalang-galang Na Katipunan Nang Manga Anak Nang Bayan, yang bermaksud “Persatuan Penyembah Tertinggi Anak-Anak Rakyat.” Organisasi ini dibentuk di Filipina pada tahun 1892 untuk menentang pemerintahan Sepanyol.

Semua pengasasnya adalah anggota freemason, ritual, kod rasmi, dan kriteria keanggotaan hanya untuk lelaki adalah diwarisi dari tradisi tersebut.

Katipunan menokok tambah unsur sampingan, walau bagaimanapun setiap penandaan mereka adalah menggunakan darah mereka sendiri, bermula dengan dokumen pengasasan mereka pada 7 Julai, 1892. Hari ini, salinan surat bersumpah asli mengisytiharkan “Saya telah menandatangani dokumen ini dengan darah saya sendiri yang mengalir melalui urat saya” dijual di eBay hanya untuk beberapa ratus dollar.

Pertubuhan ini berjaya mengumpulkan puluhan ribu anggota sambil mengekalkan kewujudan mereka tidak diketahui sepenuhnya oleh penjaj4h Sepanyol. Walau bagaimanapun, pada tahun 1896, seorang pekerja di sebuah kilang percetakan yang menghasilkan dokumen Katipunan telah menceritakan hal dokumen itu kepada kakaknya.

Perkara itu kemudian didengari oleh seorang biarawati yang mendedahkannya kepada seorang paderi, kemudian paderi memaklumkan kepada pihak berkuasa Sepanyol hinggalah kilang percetakan itu diserbu, dan rahsia itu terdedah.

Pada 22 Mac tahun berikutnya, ahli Katipunan memutuskan untuk menamatkan kerahsiaan mereka sama sekali. Mereka berjaya merekrut kekuatan tempvr yang mencukupi betul-betul di dalam kawasan Sepanyol untuk memulakan pember0ntakan penuh. tenter4 rev0lusi Filipina mengalahkan Sepanyol dan mengisytiharkan kemerdekaan pada 12 Jun, 1898.

Sepanyol menafikan negara baharu itu dan melapor kepada Amerika Syarikat bahawa Filipina adalah milik mereka. Amerika Syarikat, yang baru mencapai kemerdekaannya dari penjaj4han imperialis melalui rev0lusi, melihat tidak ada orang lain yang berpeluang untuk melakukan hal yang sama.

Amerika Syarikat mula memindahkan tenter4 ke Filipina dan memerintah selama 50 tahun. Walau bagaimanapun, tarikh 12 Jun tetap dirayakan sebagai Hari Kemerdekaan Filipina pada zaman ini.

Irish Republican Brotherhood

Anggota gerakan kemerdekaan Ireland abad ke-19 dipanggil Fenians, dan cawangan di Ireland sendiri diasaskan oleh James Stephens. Berikutan pember0ntakan gagal pada tahun 1848, Stephens melarikan diri ke Paris di mana dia berkawan dengan seorang lagi pelarian iaitu John O’Mahony.

Semasa di Perancis, kedua-dua lelaki itu telah ‘disapu’ dalam kudeta Louis-Napoleon 1851, dan berakhir dalam sekurang-kurangnya satu organisasi rahsia yang dimodelkan mengikut dasar Freemason. Stephens menulis bahawa dia mengkaji “Pertubuhan-pertubuhan rahsia seluruh benua, dan khususnya mereka yang berkaitan dengan Itali,” merujuk kepada Carbonari.

O’Mahony mengembara ke New York dan mengasaskan Fenian Brotherhood yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Stephens kembali ke Ireland pada Januari 1856, kemungkinan besar kerana didorong oleh semangat rev0lusi tetapi kerana fakta bahawa hidupnya di Paris semakin melarat dan miskin.

Pada bulan Disember 1857, Stephens menerima surat tawaran daripada O’Mahony yang menjanjikan bantuan kewangan untuk menubuhkan sebuah organisasi miIitan di Ireland.  Pada Hari St Patrick pada tahun 1858, Stephens menerima 80 pound. Dia dan sekumpulan yang lain mengangkat sumpah di rumah penginapannya malam itu, menubuhkan Irish Revolutionary Brotherhood, yang akhirnya dinamakan semula sebagai Irish Republican Brotherhood.

Kumpulan Fenian mempunyai mata-mata di seluruh dunia, antaranya England, Kanada, New Zealand, dan Australia dalam Empayar British;  Amerika Syarikat dan Amerika Selatan di sebaliknya.

Mereka beroperasi dalam kumpulan yang dikenali sebagai ‘lingkaran’. Di tengah masing-masing adalah seorang kolonel, yang merekrut sembilan kapten. Sembilan sarjan akan direkrut oleh setiap kapten, dan sembilan prebet oleh setiap sarjan.  Setiap anggota hanya mengenali ketua masing-masing.

Pada tahun 1910, kepimpinan IRB mendatangi Thomas Clarke, yang bertanggungjawab meningkatkan keahlian terutama di kalangan pemuda Ireland. Pada bulan Mei 1915, beliau menubuhkan sebuah majlis miIitari, yang mengatur Easter Rising pada 1916.

Para pemimpin pember0ntakan itu terpaksa menyerah diri. Kebanyakannya menyalahkan kerahsiaan organisasi sebagai punca kegagalan kerana ia telah menyebabkan kesulitan untuk mengatur pember0ntakan. Walau bagaimanapun, kumpulan itu terus menjadi entiti yang kuat untuk beberapa tahun akan datang, dengan menyertai per4ng Anglo-Ireland yang akhirnya menyaksikan Negeri Ireland yang bebas diwujudkan pada tahun 1921.

The Union of Salvation

Empayar Rusia runtuh pada tahun 1917, tetapi benih rev0lusi telah ditabur hampir 100 tahun sebelumnya. Pember0ntakan Decembrist pada tahun 1825 menyaksikan 3,000 pasukan pember0ntak cuba menawan Istana Winter dan menggulingkan Tsar Nicholas I pada hari pertama dia menaiki takhta.

Pember0ntakan dipatahkan, tetapi ia telah merubah Rusia. Nicholas I menubuhkan rangkaian perisik untuk memantau penduduk serta menapis kandungan akhbar dan pendidikan.  Daerah autonomi telah dimansuhkan untuk wilayah-wilayah seperti Poland.

Pember0ntakan Decembrist dianjurkan oleh Union Of Salvation. Organisasi ini bermula secara kecil-kecilan. Enam anggota pengasasnya iaitu pegawai tenter4 dan rakan-rakan membuat pertemuan di rumah persendirian sehingga seorang di antara kumpulan itu mencadangkan mereka harus menubuhkan sebuah organisasi politik rahsia.

Objektifnya samar-samar, berikutan semua ahli mempunyai masalah dengan status politik dan sosial. Ahli-ahli berikrar untuk menentang golongan bangsawan yang tamak, kepercayaan buta terhadap pihak berkuasa, dan penyalahgunaan undang-undang dan mahkamah.

Pada tahun 1817, mereka merangka satu perlembagaan yang membentuk inisiatif permulaan dan empat pangkat keanggotaan.  Hanya dua peringkat teratas iaitu pengasas atau “Boyars” dan orang lama sebagai “Elders” sahaja yang mengetahui matlamat sebenar pertubuhan.

Ahli-ahli baru dalam masa percubaan dipanggil “Brethren” dan berjanji untuk menyokong organisasu walaupun mereka tidak tahu apa yang diperjuangkan. Ahli prospektif dipanggil “Kawan” yang tinggal di sekitar untuk dinilai sama ada keanggotaan harus diberikan atau tidak.

Pertubuhan itu akhirnya melalui penjenamaan semula sebagai Union Of Welfare dan memainkan peranan yang lebih kemasyarakatan dan kebajikan. Pada tahun 1821, sikap radikal seorang anggota Pavel Pestel telah merosakkan kepimpinan, lalu kumpulan itu berpecah kepada puak utara dan selatan, dengan Pestel mengetuai kumpulan terakhir.

Dia menggunakan pengaruh kumpulan untuk melancarkan rancangan pember0ntakan setelah Tsar meninggal dunia bagi menghalang pewarisnya menaiki takhta.

Malangnya, pengaruh Pestel tidak begitu besar sebagaimana tindakan nya yang selalu semberono, rev0lusi tanpa arah untuk tidak menyumbang apa-apa selain daripada memberi ilham kepada Tsar untuk menjadikan Rusia lebih terkongkong.

The Hawaiian League

Kerajaan Hawaii dibentuk pada permulaan abad ke-19 tetapi bertahan kurang dari 100 tahun sebelum menjadi sebahagian dari Amerika Syarikat. Kejatuhannya telah dirancang oleh sebuah organisasi yang dikenali sebagai Liga Hawaii, yang terdiri daripada 200 orang kaya Amerika dan Eropah yang tidak puas hati dengan Raja Kalakaua. Mereka menganggap raja itu terlalu boros dan mungkin lebih logik lagi Raja itu telah melemahkan kuasa mereka di Hawaii.

Pertubuhan rahsia ini terbentuk melalui perlembagaan yang ditulis oleh Lorrin A. Thurston pada awal tahun 1887. Tidak ada salinan yang terselamat. Dalam masa setahun, kumpulan itu berkembang menjadi 405 ahli, tetapi mereka tidak bersetuju dengan matlamat mereka.

Ada yang mahu menaklvk Hawaii untuk Amerika Syarikat, sementara ada yang mahu membentuk sebuah republik bebas. Namun yang pastinya mereka semua mahu menggulingkan Raja.

Sebuah kumpulan paramiIiter yang dikenali sebagai Honolulu Rifles menjadi sekutu liga yang paling penting. Pada tahun 1893, mereka menggulingkan Ratu Liliuokalani, yang telah naik takhta dua tahun lebih awal. Selama beberapa tahun, Hawaii adalah sebuah republik, tetapi rev0lusi akhirnya menyebabkan ia menjadi wilayah Amerika Syarikat pada tahun 1898 dan negeri ke-50 pada tahun 1959.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.