HUBUNGAN antarabangsa antara Negara China dan Melaka mengikut sejarahnya sudah terjalin sebegitu lama. Bukan sedikit dokumen sejarah yang menyatakannya yang diketahui kita semua. Dalam pada itu apabila berkata mengenai kejatuhan Melaka di tangan Portugis pula mungkin kita semua ingin mengetahui apakah tiada tindakbalas daripada negara yang menaungi Melaka pada ketika itu. Mana mungkin mereka hanya berdiam diri berpeluk tubuh seribu bahasa memandangkan China juga adalah satu kuasa besar sejak dahulu lagi.
Susulan kekalahan Melaka di tangan Portugis, utusan telah dihantar kepada China selaku penaung (suzerain) kepada Melaka. Mendengar kekejaman Portugis daripada perawkilan Melaka, pegawai Kerajaan Ming telah mengambil langkah menghantar ‘memorial maharaja’ (dalam pentadbiran moden, serupa denga Kertas Kerja atau Kertas Cadangan) kepada Sang Maharaja untuk menolak keras sebarang hubungan diplomatik dengan Portugis. Walau bagaimanapun sebelum sempat melakukan apa-apa tindakan, Maharaja Zhengde telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dalam tempoh ketiadaan raja (interregenum), Yang Tinghe, iaitu Setiausaha Maharaja telah memegang tampuk pentadbiran (dalam konteks Malaysia, jawatan Setiausaha Maharaja adalah mirip Ketua Setiausaha Negara atau KSN).
Yang Tinghe juga turut mendengar tentang pencabulan yang dilakukan oleh pedagang Portugis di China, khususnya oleh Simão de Andrade lantas mengambil tindakan menghalau semua pedagang Portugis yang bertapak di Tuen Mun, berhampiran Hong Kong. Memandangkan pihak Portugis enggan meninggalkan pos pedagangan mereka, China telah mengangkat armada mereka untuk menghalau pihak Portugis. Walaupun mempunyai kelebihan kedudukan yang strategik dan senjata api yang lebih maju, Portugis akhirnya tumpas jua di tangan China. 2 daripada 5 kapal utama Portugis musnah, manakala jongkang-jongkang milik Portugis kesemuanya musnah atau berjaya dirampas China.
China telah menahan beberapa tawanan Portugis dan menghantar surat kepada Portugis supaya berundur daripada Melaka. Namun Portugis angkuh, dan para tawanan Portugis dibunuh dengan kejam oleh pihak China: kemaluan mereka dikerat dan disumbat ke dalam mulut, disaksikan oleh tawanan lain sebelum menerima nasib sama. Hukuman-hukuman ini telah dilakukan di khalayak ramai.
Kerajaan China juga tidak mengiktiraf kota Melaka di bawah Portugis. Kaum Cina yang bertapak di Jawa juga membantu dalam usaha orang Melayu menakluk semula Kota Melaka, khususnya Kesultanan Acheh. Hal kerjasama kaum Cina di Jawa ini tercatat dalam “Sejarah Melayu Semarang dan Cerbon”.
Ditulis oleh Syed Nizamuddin bin Sayed Kassim @ SN
Rujukan:
- John H. Parry (1990) _The Discovery of the Sea._聽
Ernest S. Dodge (1976) _Islands and Empires: Western Impact on the Pacific and East Asia_
3. C. Guillot et al. (1998) _From the Mediterranean to the China Sea_
4. De Graaf et al. (1984) _Chinese Muslims in Java in the 15th & Centuries: the Malay Annals of Semarang & Cerbon_
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih