Pada tahun 14 Hijrah, telah tercetus sebuah pertempuran diantara pihak Muslimin dan kerajaan Sasanid Parsi.Pertempuran ini berjaya membawa kerajaan Sasanid Parsi kepada ambang kejatuhannya. Pada waktu itu pemimpin pasukan Muslimin di Iraq yang bernama Muthanna Al-Haritsah telah meninggal dunia. Maka,Sayyidina Umar RAH mengutus Sayyidina Saad Bin Abi Waqas untuk menggantikan posisi Muthanna Al-Haritsah.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Bergeraklah pasukan Sayyidina Saad bin Abi Waqas RAH ke Iraq. Berita pasukan tambahan ini sampai ke pengetahuan Kisra Parsi. Beliau mengirim pasukan yang berjumlah 120 000 orang yang dipimpin oleh Panglima Rostum Fakhrozzad untuk menghadang kemaraan pasukan ini ke ibu kotanya di Madain.

Bersama angkatan Parsi ini disertakan sekali pasukan bergajah yang pada ketika itu antara pasukan yang terkuat pada waktu itu.Sayyidina Saad bin Abi Waqas mengetahui hal ini bergerak untuk menghadang kemaraan pasukan Parsi ini. Pasukan Muslimin berkumpul di suatu kawasan atau tempat di ????????????????????????????????????????. Mereka membina pengkalan tentera disana untuk menghadapi pasukan Parsi. Pasukan Parsi tiba di sana dan seperti biasa tawaran diberi kepada pihak Parsi untuk mengubah fikiran mereka untuk membayar Jizyah atau memeluk Agama Islam.

Sayyidina Saad memberi tempoh selama tiga hari kepada mereka. Namun,tiga hari berlalu tanpa respon balas daripada pihak Parsi.Bermulalah pertempuran sengit diantara keduanya.

Pasukan Gajah Parsi berjaya memporak perandakan barisan pasukan Muslimin.Hal ini membawa kegawatan kepada barisan Pasukan Muslimin.L antas, skuad pasukan Bajeelah dikerah untuk melindungi pasukan Muslimin. Skuad pasukan Bajeelah berjaya menahan asakan pasukan bergajah ini. Bantuan ketenteraan pasukan Muslimin pun tiba dari Syam.

Pasukan baru tiba dari Iraq yang dipimpin oleh Al-Qaqa’ Amru At-Tamimiy mula memainkan peranan mereka. Al-Qaqa’ yang terkenal dengan gelaran seorang umpama seribu pasukan mula mengatur strategi.Strateginya ialah membutakan pasukan bergajah Parsi lalu membu.n.uh gajah Parsi.Taktik yang kedua ialah dengan menyolek pasukan berkuda dengan hiasan yang akan menakutkan gajah Parsi.T aktik itu berhasil. Gajah Parsi mula ketakutan dan berpatah balik lantas memijak pasukan Parsi.

Pasukan Muslimin terus mara dan menewaskan Pasukan Parsi secara total. Sayyidina Saad bin Abi Waqas terus membawa pasukannya ke arah ibu kota Madain.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Namun halangan yang perlu dihadapinya ialah sungai yang terbentang luas dihadapannya menggangu kelancaran pergerakannya. Sayyidina Saad bin Abi Waqas membaca doa “Hasbunallah Wa Ni’mal Wakil Wa Ni’mal Maula’ Wa Ni’mal Nasir” dan menyeberang sungai dengan kudanya dan tenteranya.Pasukan Muslimin terus mara ke arah istana putih Madain.Akhirnya, Kota Madain berjaya dibebaskan oleh Pasukan Muslimin yang dipimpin oleh Sayyidina Saad bin Abi Waqas.

RUJUKAN:

Al-Bidayah Wa An-Nihayah (Khulafa’ Ar-Rashidin)

Mukhtasar (Ringkasan) Bidayah Wa An-Nihayah

Buku Pintar Sejarah dan Tamadun Islam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.