Empayar Byzantine ialah sebuah empayar hebat yang pernah berdiri di bumi Eropah dan merupakan salah satu daripada empayar yang dikagumi pencapaian dalam helaian taamdun mereka. Disebalik setiap kemenangan yang ditempah oleh mereka dalam proses membina Empayar mereka, namun Empayar ini juga tidak ketinggalan daripada kekalahan yang memalukan. Salah satu yang dikenang sebagai antara pertempuran yang paling berdarah dan paling membawa bencana ialah dalam Pertempuran Pliskan yang merupakan sebahagian daripada Perang Byzantine-Bulgaria. Detik kehancuran ini berlaku pada 26 Julai 811 Masihi.

Ketika Maharaja Nicephorus menaiki takhta Byzantine pada tahun 802 Masihi, antara rancangannya ialah mahu meluaskan empayar Byzantine yang semakin mengecil akibat beberapa konflik dan dilanggar oleh musuh. Namun, rancangan Nicheporus tidak seperti yang dia jangkakan. Empayar Bulgaria yang dia sasarkan bukanlah calang-calang lawan. Pertempuran Piliska ini terjadi daripada rentetan Kepungan Serdica oleh Khan Bulgaria bernama Krum yang telah berjaya menakluk sebuah kubu tentera milik Byzantine. Lagipun gerakkan ketenteraan Krum ini adalah berpunca daripada tindakan Byzantine yang lebih awal yang telah mengacau sempadan Bulgaria.

Apa yang berlaku di Serdica telah memaksa Maharaja Nicephorus mengumpulkan seluruh tentera dari seluruh Empayar Byzantine bagi membentuk ketumbukan tentera sebanyak 80 000 orang untuk menggempur Bulgaria. Pada bulan June 811 Masihi, Nicheporus telah mara dari Konstatinople ke arah Pliska yang merupakan ibu negara untuk Empayar Bulgaria. Dia telah membahagikan tenteranya kepada tiga bahagian dan ketiga-tiga unit itu bergerak ke arah Pilisika dari arah yang berbeza. Byzantine tiba-tiba Pliska tanpa sebarang tentangan yang sengit daripada tentera daripada Bulgaria dan semua halangan berjaya dihabiskan oleh Byzantine. Apabila pusat pemerintahan Bulgaria iaitu Pliska ditawan, Krum telah menghantar pesanan kepada Nicheporus yang berbunyi seperti ini:

“Di sini kau telah memenangi perangnya. Ambilah apa yang kau rasa perlu ambil dan berangkatlah dengan keamanan.”

Namun, Nichephorus yang menjadi sombong dan angkuh dengan kemenangannya beranggapan bahawa dia sudah menundukkan keseluruhan Empayar Bulgaria lalu melangkah masuk ke dalam Pliska membawa bala bencana. Diceritakan bahawa anak kecil digantung terbalik lalu wajah mereka dihancurkan dengan batu-batu oleh tentera Byzantine. Ladang-ladang ternakan Pliska dibakar dan disembelih. Harta-harta karun Krum pulak dirampas dan dijadikan hak milik peribadi Nicephorus.

Namun, dalam masa yang sama, selepas tawaran gencatan senjata dan keamanannya ditolak, Krum sedang merencanakan rancangan lain untuk mengalahkan bala tentera Byzantine itu. Ketika Byzantine sedang sibuk menjarah harta kekayaan Pliska, Krum dan baki tentera Bulgaria telah menyediakan perangkap yang bakal menghujani tentera Byzantine di sebuah laluan pergunung yang sempit. Selepas puas menjarah, Nicephorus mahu pulang ke Byzantine. Rancangan awalnya, dia mahu melalui beberapa daerah sebelum sampai ke Constatinople. Laluan tersebut lebih selamat. Tetapi dek kemenangan bergayanya, Nicephorus menjadi sombong dan memilih Laluan Varbica di pergunungan Balkan yang semput dan berbahaya sebagai laluan tenteranya. Malah, dia menolah untuk menghantar skuad peninjau terlebih dahulu demi memastikan laluan itu tidak berbahaya.

Ketika tentera Byzantine melalui laluan gunung itu, Krum dan tenteranya sudah berkampung di atas kawasan yang lebih tinggi memerhati dari atas gunung ketika Byzantine melalui laluan gunung tadi. Namun ketika sampai di penghujung laluan tadi, salah satu daripada unit berkuda Byzantine melaporkan kepada Nicheporus bahawa terdapat tembok kayu telah dibina menghalang jalan itu sambil unit-unit Krum memerhati dari atas tanah yang lebih tinggi. Nicheporus pula mengambil keputusan untuk berpatah balik, namun jalan masuk tadi juga telah ditutup oleh tembok kayu.

Namun, ketika ini, Nicephorus benar-benar hilang akal. Dia dilaporkan selalu berkata:

“Kalau kita mempunyai sayap sekalipun, kita tidak akan berjaya keluar dari lembah ini!”

Selepas itu, Nicephorus telah membuat keputusan yang agak bodoh dalam sejarah apabila mengarahkan tenteranya berkampung di situ dan membina khemah. Selama dua hari berturut-turut Byzantine berkampung disitu. Para jeneral dan panglima perang Nicephorus menyuruh Nicephorus mengambil tindakan segera namun sepertinya, maharaja Rom itu sudah kehilangan semangat dan seperti menanti takdir daripada TUHAN sahaja. Pada malam ketiga tentera Byzantine berkampung disitu, tentera Bulgaria telah bermain permainan psikologi dengan tentera Byzantine. Disepanjang lembah yang membarisi laluan itu, tentera Bulgaria telah memukul gendang dan perisai masing-masing dan menjerit.

Tindakan itu telah menjatuhkan terus semangat tentera Byzantine. Selepas itu, terus tentera Bulgaria turun dari atas lembah dan tanah tinggi yang mengapit laluan gunung itu, dan menyerang tentera Byzantine yang tidak bersedia langsung. Serangan mengejut ini disasarkan ke atas khemah Nicephorus dan terus membunuh Nicephorus menjadikan Nicephorus sebagai Maharaja Rom pertama dalam sejarah yang terbunuh di tengah medan perang selepas 400 Tahu.

Sisa-sisa tentera Rom yang tinggal cuba lari dengan memanjat dan membakar tembok kayu yang dipasang namun sebaik sahaja sampai diseberang sana, mereka tersangkut dalam longkang dan parit yang digali oleh tentera Bulgaria sebelum dibunuh oleh tentera Bulgaria. Ada pula yang sempat lari sehingga sampai ke sungai yang berdekatan namun terperangkap pula dalam lumpur yang sangat tebal. Sungai itu pada hari itu dipenuhi oleh mayat-mayat tentera Byzantine yang cuba lari daripada amukan tentera Bulgaria. Dicatatkan bahawa 80, 000 orang tentera Byzantine berjaya dilenyapkan sehinggakan hanya beberapa orang sahaja yang terselamat dan salah seorang daripadanya ialah anak Nicephorus sendiri iaitu Stauricius yang kemudian mati beberapa bulan selepas itu kerana jangkitan pada luka daripada Pertempuran Pliska.

Rujukan:

1. Παπαθανασίου, Μ. (n.d.). Byzantine Battles. Retrieved September 06, 2016, from http://www.byzantium.xronikon.com/battle.php?byzbat=b9_04

2. Andrew Knighton. The Battle of Pliska – a Byzantine military disaster. Retrieved September 06, 2016, from https://www.warhistoryonline.com/medieval/the-battle-pliska-byzantine-military-disaster.html

-HE-


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply