Pertempuran Guadelete berlaku sekitar 711 hingga 712 Masihi di sekitar Semenanjung Iberia. Ianya sebahagian daripada misi kempen Dinasti Umaiyyah menakluk bumi Sepanyol selepas berjaya memastikan sepanjang Afrika Utara sudah mula memasuki wilayah Umaiyyah. Pertempuran ini juga menyaksikan bangkitnya seorang tokoh Islam bernama Tariq bin Ziyad yang terkenal dengan ucapan legendanya.

Pertempuran ini melibatkan dua pihak yang bertelagah iaitu Dinasti Umaiyyah dan juga Kerajaan Visigoth yang dipimpin oleh Raja Roderic. Ketika Dinasti Umaiyyah sedang ralit menakluk pantai utara Afrika, kerajaan Visigoth ketika itu pula berhadapan dengan perang saudara dan perebutan takhta yang melemahkan kerajaan Visigoth sendiri. Ketika Tariq bin Ziyad mendarat di Sepanyol, beliau telah menyerang beberapa kawasan di Semenanjung Iberia. Serangan Tariq semakin hebat selepas mendapatkan bantuan daripada gabenor Musa. Jumlah askar yang mendarat di Iberia daripada 7000 menjadi 12 000 orang.

Mendengarkan serangan Tariq yang sedang melebarkan pengaruhnya, maka Raja Rodric yang sepatutnya dalam perjalanan menundukkan pemberontakan berpatah balik mahu menghadapi tentera yang dibawa oleh Tariq. Dalam masa yang sama, Raja Rodric telah mengirimkan utusan kepada seluruh kerajaan-kerajaan dan keluarga bangsawan untuk mendapatkan bantuan mereka dan menyer kesatuan buat masa ini, dan melupakan perseteruan antara mereka dan menghadapi musuh yang lebih besar. Rekod Islam mengatakan bahawa askar yang mampu dikumpulkan oleh Tariq mencecah sehingga 100 000 orang, tetapi sejarawan berpendapat angka itu terlalu dibesar-besarkan dan meramalkan bahawa angka tentera Visigoth sebenarnya berjumlah dalam 35 000 orang sahaja.

Dalam pertempuran ini, tentera Visigoth terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama merangkumi unit kavalari bangsawan. Mereka inilah yang mempunyai latihan tentera yang sebenar dan telah mengharungi segala jenis disiplin yang diterapkan untuk menjadi sebuah angkatan tentera yang lengkap. Namun, jumlah unit kavalari ini hanyalah merangkumi tidak sampai 20 peratus jumlah tentera yang dimiliki oleh tentera Visigoth. Selebihnya, tentera Visigoth dianggotai oleh infantri yang terdiri daripada mereka yang berada di bawah kelas bawahan. Terdapat juga tentera yang terdiri daripada pewagai kota dan tentera yang terlatih yang biasanya akan memnawa senjata seperti lembing dan tombak dalam pertempuran. Senjata asasi yang biasanya di bawa oleh mereka ialah kapak, lastik, belantan, dan sabit. Raja Roderick yang memimpin bala askar Visigoth ini pula dikatakan turun ke medan perang dalam pedati yang dihias dengan gading serta berkanopi emas. Malah diperkatakan juga bahawa Raja Roderick membawa sekali segala harta kekayaannya sekali.

Dalam masa yang sama, tentera Islam dikatakan membawa lebih kurang 12 000 orang askar ke medan perang. Kebanyakan tentera Islam yang dipimpin oleh Tariq merangkumi unit kavalari iaitu sayap mujaffafa. Biasanya unit Mujaffafa ini dapat dikenali dengan pakaian baju besi nipis yang membaluti tubuh mereka serta memakai serba yang membaluti topi besi.
Dicatatkan ketika awal pertempuran, Tariq Bin Ziyad dicatatkan berucap seperti berikut:

“Ingatlah apabila aku meletakkan diri aku di hadapan serangan kita kerana aku mahukan kalian turut melakukan seperti mana aku lakukan. Apabila nanti kedua-dua askar ini saling bertembung, ketahuilah bahawa aku akan dapatkan si Roderick ini, si tirani rakyatnya sendiri, dan mencabarnya kepada pertempuran kalau diizinkan oleh ALLAH! Kalau aku berjaya selepas ini, sudah tentu aku mendatangkan kepuasan kepada kalian dan kalian pastinya akan mendapati seorang wira di kalangan kalian yang mampu memimpin kalian! Tetapi sekiranya aku syahid sebelum mendapatkan Roderick, maka tanggungjawab itu di bawah kalian. Gandakan usaha kalian, teruskan menyerang dan pastikan kita berjaya menakluk negeri ini. Dengan kematian dia, tentera dia tidak akan lagi meneruskan perang ini!”

Bahkan, terdapat ucapan legenda lain yang diperkatakan diucapkan sendiri oleh Tariq bin Ziyad:

“Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran!”

Terdapat perdebatan di kalangan sejarawan tentang asal-usul taktikal membakar kapal-kapalnya demi memberikan semangat kepada tentera Islam berjuang sehingga ke hujung hayat dan memburu syahid. Bahkan saya melihat ada seorang agamawan yang mempertikaikan kisah ini dengan beranggapan bahawa ianya tidak logik dari sudut militari. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk berbeza pendapat dengan beliau. Secara peribadi, saya lebih berpihak kepada babak pembakaran kapal ini memang wujud. Sebenarnya terdapat pertempuran yang sama berlaku di mana melibatkan peristiwa yang lebih kurang sama seperti mana yang diperkatakan oleh Tariq Bin Ziyad.

Kalau dirujuk kepada Pertempuran Julu yang berlaku pada tahun 207 atau 208 Masihi, Jeneral Xiang yu yang memimpin askar dalam Pertempuran Julu telah melakukan perkara yang sama. Ketika tenteranya menyeberangi sungai yang berdekatan dengan pertempuran, Xiang Yu telah mengarahkan agar kawah, kuali dan segala alatan memasak dibuang ke dalam sungai yang dilintasi leh mereka. Mereka hanya dibenarkan membawa bekalan yang hanya cukup untuk hidup 3 hari. Ini sebagai memberi mesej kepada pasukannya bahawa satu-satunya cara untuk mereka menang ialah berlawan sehabis baik, dan merampas bekalan makanan lawan.

Pertempuran awal dicatatkan yang tentera Islam melakukan taktik serang dan lari yang sangat berkesan dan berjaya mengucar-kacirkan tentera Visigoth. Namun punca kekalahan Raja Roderick ialah apabila terdapat pengkhianat sendiri di kalangan tentera Visigoth. Seperti mana yang dimaklumkan di awal artikel, kita mendapati bahawa eropah ketika itu sedang berada di dalam kancah perang saudara. Ketika Raja Roderick mengarahkan sayap kanan dan kirinya untuk bersama bahagian tengah melancarkan serangan ke atas tentera Islam, entah kenapa sayap kiri dan kanan tiba-tiba memilih untuk tidak mematahui arahan itu membiarkan bahagian tengah yang dipimpin oleh Roderick untuk menyerang seorang diri.

Melihatkan apa yang berlaku, Tariq terus menggunakan peluang ini dengan mengarahkan unit kavalari untuk terus memisahkan bahagian tengah Visigoth dengan sayap kanan dan kiri. Kemudian, unit infantry turut dikerahkan untuk memberikan serangan penuh ke atas barisan tengah Visigoth. Bahkan sejarah bercerita kepada kita yang tetera Visigoth yang berpaling tadah daripada Roderick turut menyertai upacara pembantaian ramai-ramai rakan senegara mereka! Ketika inilah Roderick berjaya dijatuhkan oleh Tariq dari atas kudanya lalu jatuh ke tengah-tengah medan pertempuran. Selepas itu, berita tentang kematian Roderick terus tersebar ke serata tentera Visigoth yang masih setia bersama dengan Rodrick. Berita ini kemudian menjatuhkan terus semangat tentera Visigoth lalu secara perlahan-lahan, ramai mula meninggalkan medan perang dengan berlari ke arah Sungai Guadalete yang berada di belakang mereka. Namun, alam juga seperti sudah sepakat dengan tentera Islam. Arus sungai pula menyapu habis tentera Visigoth lalu mereka pun mati kelemasan dibawa arus.

Pertempuran ini mengajar kita banyak perkara. Kepercayaan dan kesetiaan adalah benda yang paling penting dalam sebuah peperangan. Walaupun Tariq bin Ziyad dicatatkan telah membakar kapal-kapalnya untuk memberi semangat kepada tentera Islam, mereka tidak sesekali berpaling daripada Tariq Bin Ziyad. Berbeza dengan Raja Roderick, dia sendiri menjadi mangsa pengkhianatan bangsanya sendiri. Bahkan dicatatkan juga bangsa Yahudi yang turut ditindas di bawah pemerintahan Roderick turut memberikan sokongan kepada tentera Islam! Untuk rekod, pertempuran ini berlangsung selama 8 hari dan jasad Roderick langsung tak ditemui selepas berakhirnya pertempuran.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply