Ayn Jalut merupakan medan yang pernah menyaksikan pertempuran epik antara Nabi Daud AS dan Jaut. Di tapak yang sama, medan ini menyaksikan pertembungan dua kerajaan yang bermusuhan antara satu sama lain
Kali ini, medan ini menjadi saksi bertembungnya dua kerajaan iaitu Mampuk dan Mongol. Mongol sebelum ini telah menyerbu hampir seluruh kota kota Islam termasuklah Ibu Kota Baghdad.
Ibu Kota Baghdad menjadi debu akibat tindakan yang tidak berperikemanusiaan oleh Hulagu Khan. Mongol kemudiannya mara ke arah Mesir dengan harapan, mereka dapat menghancurkan kerajaan ini juga.
Saifuddin Qutuz, pemerintah Mesir telah membalas surat tersebut dengan balasan yang keras iaitu membunuh utusan Mongol.
Tidak tunggu lama, panglima Mongol, Kitbuqa telah dihantar bagi menewaskan Mesir. Menyedari hal ini, Saifuddin Qutuz segera menghantar bala tentera bagi menghalang kemaraan pasukan Mongol ini. Maka, bertemulah keduanya ini di medan Ayn Jalut berhampiran dengan Filistin. Pecah pertempuran antara dua pihak ini. Saifuddin Qutuz kemudiannya berjaya memerangkap pasukan Mongol dan akhirnya kemenangan mutlak milik pasukan Saifuddin Qutuz sekaligus menyelamatkan bumi Mesir dan Dunia Islam dari dijajah berterusan oleh Mongol.




No comments yet