Anime kesayangan ramai, Naruto banyak dipengaruhi oleh elemen cerita rakyat dan mitologi Jepun. Antara elemen yang biasa didengar seperti Musang Berekor Sembilan (kitsune) atau Shinigami yang dipanggil menerusi Jurus Cap Malaikat Kematian. Tetapi pengaruh Jepun yang paling kuat dapat dilihat pada persamaan Itachi Uchiha dengan dewa ribut dan kemusnahan Shinto, Susanoo.

Bagi peminat Naruto, Susanoo merujuk kepada avatar besar yang digunakan untuk berlawan bagi pihak si pengguna dari Itachi hinggalah adiknya Sasuke Uchiha dan moyangnya Madara Uchiha. Tetapi pengguna pertama Susanoo dari segi kronologi anime ialah Itachi semasa bertarung dengan Sasuke.

Menariknya, pertembungan Itachi dengan Sasuke/Orochimaru turut dipengaruhi mitos berkenaan Susanoo. Mengikut mitos, Susanoo berdepan seekor ular raksasa berkepala lapan yang dipanggil Yamata no Orochi.

Orochi berjaya ditundukkan dan dibunuhnya dengan Pedang Totsuka selepas membuatkan raksasa itu mabuk dengan sake. Selepas memeriksa bangkai Orochi, Susanoo mengeluarkan Pedang Kusanagi, salah satu daripada tiga khazanah utama Jepun yang tidak ternilai.

Pencipta Naruto, Masashi Kishimoto sudah pasti menggunakan Orochi sebagai asas watak Orochimaru. Malah, dalam pertarungannya dengan Itachi, dia turut bertukar menjadi ular raksasa berkepala lapan.

Itachi kemudiannya menggunakan Pedang Totsuka yang tersembunyi dalam jag sake – cara sama Susanoo menewaskan Orochi dalam mitologi Jepun. Seperti Orochi, Orochimaru juga mempunyai Pedang Kusanagi, Dengan melihat perilaku Itachi, ia merupakan refleksi dewa itu dari segi kuasa dan tindakannya.

Sekarang, berkenaan tiga khazanah utama Jepun yang dinyatakan di atas. Ketiga-tiganya pernah dimiliki Itachi pada satu ketika di mana ia mewakili nilai-nilai tertentu. Pedang Kusanagi mewakili keberanian, cermin Yata no Kagami (kebijaksanaan) dan batu permata Yasakani no Magatama (belas ihsan).

Dalam dunia Naruto, ia digunakan atas sebab berbeza. Cermin Yata yang digunakan oleh Susanoo Itachi berperanan sebagai perisai yang dapat menghalang setiap serangan. Susanoo juga berupaya menghasilkan permata Yasaka Magatama sebagai senjata jarak jauh.

Bagi Pedang Kusanagi pula, terdapat dua jenis Pedang Kusanagi. Pertama, pedang yang digunakan Orochimaru semasa berdepan Itachi. Kedua, pedang yang diberi kepada Sasuke semasa berlatih bersama sannin legenda Konoha itu.

Apabila Uchiha bersaudara (Itachi dan Sasuke) berlawan dengan Kabuto, Pedang Kusanagi digunakan Itachi untuk seketika. Ini bermakna tiga khazanah suci ini pernah dimilikinya walaupun untuk tempoh singkat.

Jadi, mengapa Itachi dianggap sama seperti Susanoo? Dalam mitologi Jepun, perwatakan dewa Shinto itu kompleks di mana ia boleh saja melindungi orang yang tidak berdosa atau mencetuskan ribut yang memusnahkan apa saja di hadapannya. Dengan melihat perjalanan wataknya dalam Naruto, persamaan Itachi dan Susanoo tidak boleh disangkal.

Suka atau tidak, Itachi telah banyak mencetuskan kemusnahan dan penderitaan walaupun mempunyai niat baik. Dia mempertahankan Konoha dengan menghalang rampasan kuasa yang digerakkan puak Uchiha. Tetapi itu bermakna Itachi perlu membunuh mereka semua dengan adiknya, Sasuke satu-satunya ahli Uchiha yang terselamat.

Itachi juga amat menyayangi adiknya itu melebihi segala-galanya. Tetapi angkara manipulasi dan pembohongan yang direkanya, ia mengakibatkan saudaranya itu memilih kebencian sebagai haluan hidupnya. Seperti mana Susanoo dalam mitologi Jepun, terdapat pelbagai sisi Itachi yang ditampilkan dalam Naruto.

RUJUKAN

Bridges, R. (2022, 9 Februari). Naruto: Itachi Uchiha’s Susanoo Proves He Is a God. CBR.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply