Super Tuesday” Parti Demokrat baru saja selesai di US. Super Tuesday beberapa hari lepas di mana 14 negeri mengadakan primary pemilihan presiden 2020 secara serentak. Kat US Tuesday, tapi disebabkan perbezaan waktu kita hanya tau keputusan on Wednesday.
Daripada 14 negeri ni, Joe Biden menang 9 (Alabama, Arkansas, Massachusetts, Minnesota, North Carolina, Oklahoma, Tennessee, Texas, Virginia), Sanders menang 4 (California, Colorado, Utah, Vermont), Maine masih tengah kira, kebarangkalian besar Biden menang. Setakat ini jumlah undi delegate yang Biden ada melonjak ke 453, mendahului Sanders (382). Nak dinamakan sebagai calon presiden Demokrat, kena dapat 1,991 undi.
Pete Buttigieg dan Amy Klobuchar dah quit bertanding, Elizabeth Warren pun akan quit. Michael Bloomberg dah boleh bungkus. Sebelum ni kan aku kata Bloomberg tak boleh pergi jauh, power kan aku predict?
Keputusan Super Tuesday ni kira mengejutkan sebab ramai ingat Biden dah tak ada harapan. Dan ia juga menunjukkan sebenarnya Sanders tidaklah se-popular yang dibayangkan oleh macainya.
Pengundi Blacks memang tak gemar Sanders. Tak tau apa sebabnya, tapi orang kata Blacks memang anti-Yahudi, dan Sanders tu Yahudi, walaupun Yahudi yang sekular. Dan kebanyakan Blacks berada di negeri-negeri selatan, jangan ingat Blacks semua duduk kat Harlem je. Macam Beyonce dan Usher lahir kat Texas, Kanye West dan Lil Nas X lahir kat Georgia, Lil Wayne pula lahir kat Louisiana, semua negeri-negeri selatan.
Demokrat di selatan atau “Southern Democrats” juga lebih konservatif dari segi nilai sosial dan ekonomi. Jadi diorang tak suka Sanders yang “progressive”. Sebab tu Biden tapau negeri-negeri selatan.
Tapi macai Sanders akan kata semua ni mainan tipu sebab umum tahu elit (“The Establishment”) dalam Parti Demokrat tak suka ideologi sosialis Sanders. Tahun 2016 pun diorang cakap benda yang sama, kononnya The Establishment angkat Hillary Clinton jadi calon presiden tak nak bagi chance kat Sanders. Kalau kali ni Sanders tak dicalonkan juga, memang macai Sanders akan guling-guling kat depan Times Square (Times Square New York bukan Berjaya Times Square) dan jerit “Siapa Bidennn? Aku tak undi diaaa”.
Sanders masih ada peluang untuk buktikan dirinya sebagai calon yang kredibel. Biden pun belum boleh senyum lebar lagi. Ada lagi 32 negeri belum mengadakan primary, termasuk negeri-negeri besar macam Florida, New York, Pennsylvania, Illinois dan Ohio.
Florida dan Ohio especially, penting untuk lihat samada Biden atau Sanders yang ada kelebihan kat sana. Sebab ikutkan sejarah, siapa yang menang Florida dan Ohio semasa pemilihan presiden yang real akan jadi presiden: Bush semasa 2000 dan 2004, Obama semasa 2008 dan 2012 dan Trump semasa 2016.
Apa pun sebagai seorang macai Trump dan Republikan, lagi Demokrat jadi confuse dan berpecah, lagi aku happy. #MakeAmericaGreatAgain #KeepAmericaGreat
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih