Siapa saja yang tak kenal Ultraman? Baik yang muda, sehinggalah ke golongan tua. Sebut saja nama Ultraman, pasti akan terus membayangkan sosok yang bermata kuning, bertanduk satu di tengah kepala, berkostum getah yang ketat dan mempunyai lampu yang berkelip-kelip di dada. Lebih ikonik dengan gaya ‘Fire’ apabila Ultraman menyilangkan kedua tangannya untuk membunuh raksasa.
Ya, semua orang kenal Ultraman. Lebih-lebih lagi, patung Ultraman seumpama menjadi permainan wajib ada bagi kebanyakan kanak-kanak lelaki.
Tetapi, tahukah anda bagaimana bermulanya kisah Ultraman?
Ultraman ialah kisah sains fiksyen bersiri TV yang dicipta oleh Eiji Tsuburaya dan dianggap sebagai satu siri ‘tokusatsu’, bermaksud filem live-action atau drama TV yang menggunakan special effects. Secara literalnya, diterjemahkan sebagai ‘penggambaran khas’ dalam bahasa Jepun.
Siri Original Ultraman di TV itu telah dihasilkan oleh Tsuburaya Production dan mempunyai 40 buah episod, termasuk tayangan pra-perdana khas yang ditayangkan pada 10 Julai 1966.
Pada tahun 1964, Tsuburaya Productions telah mencipta Ultra-Q. Cerita itu memaparkan tentang perjalanan watak yang meneroka pelbagai perkara aneh seperti fenomena supernatural, termasuk hantu, makhluk asing dan raksasa. Episodnya telah ditayangkan dalam hitam dan putih dan mempunyai sebanyak 28 episod. Tapi jangan salah faham, dalam siri yang dinamakan Ultra-Q ini, langsung tidak mempunyai watak Ultraman!
Ultra-Q menjadi siri televisyen yang termahal pernah dihasilkan di Jepun pada masa itu. Sekelip mata ia menjadi terlalu popular sehingga Sistem Penyiaran Jepun mahukan program yang terbaru. Rangkaian itu mencadangkan Tsuburaya Production untuk mencipta siri TV berwarna yang mempunyai tema pertarungan dengan raksasa.
Eiji Tsuburaya bekerjasama dengan penulis Tetsuo Kinji mengenai konsep siri terbaharu. Mereka mengembangkan asas dalam idea Ultra-Q yang memaparkan tentang peperangan di antara raksasa dengan orang awam. Bagi siri kedua, fokusnya pula terhadap sekumpulan pasukan khas yang berhadapan dengan fenomena paranormal.
Ini adalah permulaan kepada siri susulan Ultraman yang menggabungkan tiga konsep yang berbeza menjadi satu sehingga tercetusnya watak ikonik pahlawan antaragalaksi.
Konsep pertama dikenali sebagai ‘Woo’. Ceritanya berkisarkan kepada kehidupan seorang gadis muda yang mengharungi pengembaraan bersama raksasa lucu bermata besar.
Konsep kedua pula dikenali sebagai ‘Bemler’. Ini adalah pengulangan semula watak Ultraman. Dalam cerita ini, dia mempunyai manusia sebagai hos badannya, bernama Pegawai Sakomizu. Dalam draf awal, dia digambarkan sebagai seorang lelaki dewasa berumur 28 tahun dan merupakan seorang lelaki yang gagah.
Sakomizu merupakan ahli kepada pasukan ‘Science Patrol’. Yang kemudiannya dinamakan sebagai ‘Scientific Investigation Agency’ atau S.I.A. Dia boleh bertukar menjadi gergasi bersayap yang mampu bertarung dengan musuh jahat yang lain.
Pada Disember 1965, pra-produksi dan susun atur cerita bermula dengan tajuk, ‘Bemler: Scientific Investigation Agency’. Tsuburaya dan Kinjo menambah lebih banyak bahan ke dalam cerita dengan mengambil idea yang tidak digunakan dalam siri Ultra-Q. Mereka membuat keputusan untuk menjadikan Bemler kelihatan lebih seperti manusia, berikutan permintaan daripada Sistem Penyiaran Jepun. Bagi memudahkan karakter itu dikenali daripada barisan raksasa-raksasa yang hampir serupa dalam siri itu. mereka kemudiannya menambah design watak untuk kelihatan lebih ‘metallic’.
Beberapa bulan kemudian, idea bagi konsep ketiga diperkenalkan. Tajuknya ditukar kepada ‘Redman’ kerana watak utama mempunyai warna merah sebagai warna yang dominan. Pada Februari 1966, siri TV itu diluluskan untuk memulakan penggambaran.
Akhirnya, ketiga-tiga konsep itu digabungkan bersama untuk membentuk watak popular yang kini dikenali sebagai Ultraman. Pada Mac 1966, siri itu telah didaftarkan dengan kelulusan hak cipta terpelihara. Bagi menjamin siri TV ini mampu mencapai pasaran antarabangsa, Sistem Penyiaran Jepun mencadangkan supaya watak utama mempunyai wajah ala-ala mat saleh.
Dari situlah akhirnya watak Hayata Shin diperkenalkan. Dia merupakan ahli pasukan Scientific Special Search Party (SSSP), yang dihantar untuk menyiasat tenteng misteri sfera biru yang mendarat di Tasik Ryomagori. Tetapi apabila sfera merah misteri terbang ke tempat kejadian dan melanggar pesawatnya, Hayata hampir saja maut.. Ultraman, yang bergabung dengan sfera merah itu berasa bersalah lalu menggabungkan nyawanya bersama untuk menyelamatkan Hayata dan lahirlah Ultraman Original.
Ultraman menjadi terlalu popular sehingga mendorong kepada siri-siri Ultraman yang seterusnya. Dalam tempoh beberapa dekad ini, siri itu menunjukkan anjakan daripada menggunakan props dan kesan khas kepada penggunaan komputer. Sebahagian cerita yang termasuk dalam Siri Ultra termasuklah Ultraseven, Ultraman Ace dan Ultraman Leo. Tsuburaya turut menghasilkan anime bertajuk ‘The Ultraman’. Pada 1987, animasi bertajuk ‘Ultrama: The Adventure Begins’ ditayangkan oleh syarikat yang sama.
Sehingga kini, entah terdapat berapa jenis Ultraman yang telah diperkenalkan. Bukan saja dalam bentuk persembahan siri televisyen, juga di teater, permainan video dan manga. Bahkan bagi peminat yang mengikuti siri Ultraman pun, mereka dapat perhatikan bagaimana perubahan warna, kuasa dan plot Ultraman yang semakin menarik pada hari ini masih mampu menarik audien untuk meletakkan Ultraman sebagai hero nombor satu di dunia.
Ps: Selalu orang kata, jangan pergi Jepun. Sebab banyak raksasa dan banyak bangunan hancur diterajang Ultraman.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih