Umum mengetahui bahawasanya permainan video mula menjadi bidang arus perdana seawal 1996. Dari pertandingan hinggalah ke budaya pop. Ia seiring dengan manusia di zaman kini yang memerlukan ‘larian’ dari dunia nyata. Namun adakah kita, sebagai rakyat Malaysia sedia dengan frontal digital ini yang sudah mendunia? Ternyata, orang kita menghabiskan masa selama 3 Jam menghadap telefon pintar, selaras dengan aspirasi negara Malaysia menuju ke jalan era digital.

Akan tertapi tahukah anda yang sektor permainan kita masih lagi kurang penterjemah? Di Malaysia sahaja hanya permainan yang di-khaskan untuk permain Malaysia yang disediakan dengan Bahasa Melayu sepenuhnya, dan ada sesetengah, masih lagi tidak mempunyai lokalisasi Bahasa Kebangsaan yang kita turutkan. Bahasa-bahasa negara Asia lain seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan sekecil Taiwan sudah mempunyai lokalisasi mereka tersendiri.

Ditambah dengan kualiti pendidikan mereka yang menzahirkan cinta pada Bahasa dan negara. Di Malaysia, Bahasa kita terus dipinggirkan baik dalam layar perak mahupun kehidupan seharian, tidak dijadikan bahan untuk menaikkan semangat patriotisme kita. Setiap kali kita main permainan di telefon, baik mana mana permainan yang menyaji ‘Languages’. Kita periksa, dan kebanyakan pilihan disediakan adalah Bahasa yang kita ketahui memang ramai penuturnya. Tapi tidakah ia membuat kita rasa malu dan sedih? Bila mana ada selitnya ‘Bahasa Indonesia’ ataupun ‘Thai’ di sebuah aplikasi permainan mahupun bukan?

Disini, Malaysia perlukan bukan sahaja patriot yang memperjuangkan negara dan bangsa, tapi juga perlukan wira bahasanya yang boleh membuka mata para-pengiat seni permainan video yang sudah lama bertapak di bawah hegemoni Amerika, Eropah dan Jepun. Bahasa di dalam permainan juga boleh mermartabat kan sebuah bangsa dari tidak dikenali hingga terkenal. Sebut sajalah Poland, dengan siri Witcher-nya yang terkenal di seluruh dunia. Ukraine, dengan STALKER nya. Korea Selatan juga tidak kentinggalan dengan permainan MMORPG seperti Black Desert yang juga sudah mempunyai ramai permainan dari serata dunia. Malaysia masih lagi tertunggu tunggu industri kreatif nya berkembang, yang kini hanya tertumpu di bidang animasi sahaja.

Hakikatnya, Malaysia sudah mempunyai permainan yang berkualiti di bahagian telefon pintar seperti Postknight, yang memenangi Hadiah Google Play’s Best Game dan mempunyai 1 juta lebih pemasang, ratingya tinggi di kadar 4.8 bintang namun sayang tiada lokalisasi Bahasa Melayu setakat ini. Ejen Ali dan Boboiboy juga adalah siri animasi yang tak ketinggalan merwarnai industri permainan video Malaysia di telefon pintar dengan masing masing mempunyai 500 ribu hingga 1 juta pemasang setakat ini. Permainan seram telefon Malaysia seperti Sara Is Missing juga memukau para permain seram di tahun 2016, hingga kini. Permainan lain Malaysia yang bertemakan sukan seperti Roll Spike Sepak Takraw turut membanggkan sukan tempatan.

Di bidang mainstream. syarikat-syarikat Malaysia juga turut terlibat secara langsung dalam pembangunan permainan terkenal seperti Final Fantasy, Uncharted, FIFA, dan banyak lagi. Namun masih lagi gagal membawa Bahasa kita dalam terjemahan lokalisasi. Mungkin kurangnya ulasan-ulasan yang mendesak untuk masuki Bahasa Melayu sebagai pilihan adalah salah satu punca ia terus diabaikan. Permainan seperti Postknight yang saya amat gemari sudahpun dimaklum balas oleh pasukan pembina yang mereka akan terbitkan versi BM suatu hari nanti, namun, adakah kita harus tunggu sampai bertahun?

Malaysia perlukan ramai patriot-patriot di bidang permainan. Para-pemain kita sudah pun menjadi antara terbaik di dunia, terbaru Pasukan Air Asia Super Saiyan mara ke separuh akhir sebelum insiden kontroversi yang melenyapkan impian mereka untuk ke peringkat akhir. Perlukah kita tunggu lagi dan lagi untuk martabatkan Frontal Digital kita? Hanya kita sahaja yang boleh bertindak, dan mencari jalan untuk kembangkan Bahasa dan Budaya kita ke peringkat lebih tinggi, sama dalam bab peringkat permainan yang semakin tinggi nombornya, semakin susah namun dibayar mahal. Bangsa lain akan turut kagum.

Saya seru para penterjemah Malaysia, baik sambilan atau profesional, untuk mula terlibat secara besar-besaran dalam bidang terjemahaan. Ayuh letakan ‘Bahasa Melayu’ di pilihan ‘Languages!’ Bermula dengan menyapa para pembina-pembina permainan, baik orang kita ataupun orang asing, dengan tawaran kepada mereka bagi terjemahkan permainan mereka ke dalam Bahasa kita. Permainan juga membentuk generasi di masa hadapan akan cinta budayanya

Rujukan:

MStar (2016) ‘Rakyat Malaysia Habiskan Lebih Tiga Jam Bersama Telefon Pintar -Kajian’. MStar [online] 21 January 2016. available from  <http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/01/21/rakyat-malaysia-habis-3-jam-telefon-pintar> [3 August 2018]

Kiddy, A. (2016) ‘Macam Mana Kompeni Malaysia Ni Tolong Buat Game Paling Femes Di Dunia?’. soscili.my [online] 18 July 2016. available from <https://soscili.my/game-buatan-malaysia-playstation-pc/> [3 August 2018]

Wong, D.J. (2016) ‘Check Out The Only M’sian Game On Google Play’s Best Games Of 2017!’. Vulcan Post [online] 6 December 2017. available from <https://vulcanpost.com/627789/postknight-google-play-best-games-2017/> [3 August 2018]

Artikel disumbangkan oleh Ricky250 untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Nasionalis dan Konservatif. Negara nombor satu dalam dada. Mengimpikan suatu hari nanti permainan video dalam Bahasa Melayu mendapat liputan meluas. Peminat "furries."

Comments are closed.