Perang Dunia ke 2 tercatat di dalam sejarah sebagai konflik yang paling banyak menelan korban. Sekitar 58 juta orang maut sepanjang tempoh perang yang berlangsung sekitar 6 tahun.

Adolf Hitler disebut – sebut sebagai individu yang bertanggungjawab dalam tercetusnya perang dunia ke 2. Namun, di balik sesuatu peristiwa pasti terdapat sebab musababnya. Perjanjian Versailles dipercayai sebagai punca utama yang mendorong kepada tindakan agresif Hitler.

Perjanjian Versailles ialah sebuah perjanjian gencatan senjata yang sekaligus menamatkan Perang Dunia Pertama. Adapun isi kandungan perjanjian ini bersifat merugikan pihak Germany. Malangnya, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain bersetuju dengan terma – terma yang termaktub.

Perjanjian Versailles menyebabkan Jerman kehilangan sebahagian daripada wilayahnya. Selepas Perjanjian Versailles dipersetujui, 12.5% bangsa Jerman terpaksa menetap di luar sempadan wilayah negara asal mereka.

Selain itu, Jerman juga dikenakan sekatan militer dengan jumlah tentera dan senjata perang mereka dibatasi jumlahnya. Dasar ini bertujuan untuk melemahkan Jerman sekaligus dapat meredam sebarang tindakan agresif mereka.

Tidak cukup dengan itu, Jerman juga diisytiharkan sebagai pesalah Perang Dunia Pertama. Hasilnya, Jerman diwajibkan membayar ganti rugi perang berjumlah 132 bilion Gold Marks (setara dengan 33 bilion USD.) Untuk pengetahuan semua, pembayaran ganti rugi tersebut hanya selesai pada bulan Oktober 2010.

Disebabkan terpaksa membayar jumlah ganti rugi yang besar, ekonomi Jerman juga turut sama terkesan. Ditambah dengan keadaan yang belum pulih sepenuhnya pasca Perang Dunia Pertama, ekonomi Jerman berada di ambang kehancuran. Puncaknya ketika hiperinflasi terjadi pada tahun 1923. Ketika itu, mata wang Jerman tiada nilainya.

Secara keseluruhannya, Perjanjian Versailles memberikan impak yang sangat buruk kepada Jerman. Sebelum ini, Jerman dikenali sebagai negara yang gah lagi dihormati. Perjanjian Versailles menyebabkan Jerman kehilangan status tersebut. Seluruh bangsa Jerman dipaksa hidup dengan menanggung perasaan malu. Negara lain tidak lagi melihat mereka dengan pandangan yang sama seperti sebelum ini.

Rakyat Jerman terkenal dengan sikap nasionalisme tinggi mereka. Apa yang terjadi bagaikan sebuah penghinaan kepada mereka. Bertahun lamanya mereka hidup di dalam penuh dendam dan kemarahan.

Di tengah krisis yang melanda, munculnya sosok Adolf Hitler membimbing Jerman keluar dari waktu susahnya. Hitler berkongsi perasaan sama yang dirasakan oleh rakyat Jerman yang lain. Tidak hairan jika kemudiannya beliau mendapat sokongan daripada sebahagian besar rakyat Jerman.

Di awal – awal masa pemerintahannya, Hitler sering berbicara tentang membawa semula kejayaan kepada tanah air mereka. Seperti yang sering dilaungkan beliau “Deutschland Uber Alles in der Welt” (Jerman di atas semua yang lain di dunia).

Hitler secara sengaja melanggar terma yang telah dipersetujui di dalam Perjanjian Versailles. Secara rahsia beliau memperkuat pasukan militer Jerman. Apabila beliau merasakan angkatan tentera Jerman sudah cukup kuat, Hitler menduduki semula Rhineland, diikuti dengan menawan Austria dan Republik Czech. Lalu ketika Hitler mengarahkan angkatan tenteranya menyerang Poland pada tanggal 1 September 1939, kita semua tahu apa yang terjadi selanjutnya.

Apa yang dapat disimpulkan ialah jika Perjanjian Versailles tidak memperlakukan Jerman dengan sedemikian rupa, tidak mustahil Perang Dunia ke-2 dapat dielakkan. Perjanjian Versailles umpama mencurahkan minyak ke api. Dari situ berputiknya marah dan dendam.

Tindakan Hitler merupakan respon terhadap ketidak adilan Perjanjian Versailles. Hitler merupakan “suara” kepada seluruh dendam dan amarah rakyat Jerman. Jika difikirkan secara logik, rakyat Jerman tidak akan menyokong Hitler jika mereka tidak merasakan sentimen yang sama.

Rujukan:

History.com. “Nazis Take Czechoslovakia.

Encyclopaedia Britannica. “Treaty of Versailles”.

Artikel kiriman Firdaus Jaafar untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.